Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Pelaburan Penternakan Cacing Tipu Pun Ada
Scam Alert

Pelaburan Penternakan Cacing Tipu Pun Ada

sham 3 Comments

Saya tertarik dengan berita semalam tentang penipuan tentang perternakan cacing dimana pelabur rugi berjuta ringgit. Ini adalah artikel yang berkenaan:

KULIM: Seorang pesara kerajaan, Omar Ismail, 58, dari Bayan Baru, Pulau Pinang, mendakwa beliau menggunakan wang pencen sebanyak RM100,000 dibayar secara berperingkat kepada syarikat yang menganjurkan skim pelaburan penternakan cacing sejak Ogos tahun lalu.

“Kali pertama, saya melabur RM60,000 dan mendapat pulangan RM20,000 untuk dua bulan pertama sebelum menambah pelaburan RM40,000 lagi tetapi gagal menerima sebarang pulangan sejak November lalu.

“Saya pergi ke pejabat syarikat itu untuk mendapatkan kepastian tetapi alasan diberi boleh dikatakan munasabah sebelum menyedari ditipu, pada bulan lalu, ” katanya.

Ini adalah antara kes penipuan yang dikesan sejak kebelakangan ini. Sebelum ini terdapat juga penipuan yang melibatkan penternakan ikan keli, kambing dan lembu. Syarikat yang berkenaan mengutip wang pelaburan dan menjanjikan pulangan yang tetap setiap bulan. Ia menyebabkan ramai orang menyertainya melabur kerana potensi yang besar dalam bidang berkenaan.

Mengikut trend terbaru sekarang ialah saya jangkakan akan ada penipuan melibatkan burung walit atau layang layang selepas ini. Ini adalah kerana harga sarang burung walit dari Malaysia boleh mencecah RM7,000 sekilo. Saya pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menawarkan pakej pelaburan untuk melabur dan menjanjikan pulangan lumayan sebelum mereka cabut.

Tidak dinafikan penternakan burung walit memang lumayan kerana kos yang rendah dan pulangan yang agak tinggi. Harap anda semua berhati hati dengan sebarang tawaran pelaburan. Penipuan sebegini semakin lama semakin menjadi jadi. Mungkin yang menjadi dalang adalah orang yang sama. Operasi mereka mudah, buat syarikat, tunjuk skit hasil kerja mereka, kemudian kutip wang pelaburan dan cabut apabila sampai masa untuk membuat bayaran kepada pelabur.

Apa yang menyedihkan ramai orang Malayu yang menjadi mangsa. Habis duit simpanan dan juga wang pencen mereka disebat oleh penipu. Ingatkan untuk mengandakan wang tetapi terus hilang wang yang ada. Dalang penipuan ini biasanya mengunakan syarikat proxy untuk mengaburi orang ramai dan juga menyukarkan pihak berkuasa bertindak.

ternak-cacing

Penternakan cacing memang ada potensi kerana ia menghasilkan baja yang berkualiti tinggi dan juga digunakan sebagai bahan asas dalam kosmetik. Induk cacing dijuga dijual dengan harga RM150 sekilo. Ia pasti akan menjadi umpan yang besar untuk penipu mencari mangsa. Harap ia menjadi teladan buat kita semua agar tidak mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya sebegini.

Jangan asyik nak melabur je. Laburkan pada tempat yang betul dan disahkan seperti hartanah, stok, saham,emas dan sebagainya. Pastikan pelaburan yang anda buat dijamin selamat oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara dan kerajaan.

Artikel Berkaitan
  • Scam Alert: Penipuan Pelaburan Penternakan Layang Layang
    Keratan artikel dari Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 10 Mei - Penipuan membabitkan skim pelaburan bur...
  • Penternakan Ikan Keli dan Pasaran
    Post saya di Blog Raja Adsense tentang ikan keli memang hot. Kini ia telah melebihi 400 respon merek...
  • Encik Ada jual Cacing?
    Salam.Ada jual cacing? Saya nak beli 30kg. Itulah sms yang saya dapat kejap tadi. Pelik jugak sebab...
  • Penipuan Penternakan Burung Walit @ Layang Layang
  • Penternakan Burung Walit Memang Lumayan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 285
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:cacing jual cacing pelaburan cacing penternakan cacing ternakan cacing

Related Articles

Biasanya maybank yang sering menjadi sasaran scammer untuk membuat email …

Scam Alert: CIMB Phising Email Lagi

Disebabkan terlalu banyak permintaan diterima berkenaan pelaburan EMGOLDEX. Adakah ia …

EMGOLDEX Penipu?

3 Comments

  1. nuwa

    Tak serik2 org kita nie..
    dh ramai yg kena pun xinsaf2 lagi..huhu

  2. abrablog

    huhu..macam-macam dah sekarang ek. cacing pun nak tipu gak..

  3. zoul

    ..memang cacing skarang memang pandai menipu… lepas tipu korek lobang dalam-dalam pastu sorok dalam lobang. Kalau boleh tuan tanah kedaung.. kambuskan tanah tu dengan simen.. tak pun curahkan amonia.. baru cacing tu panas

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

penipuan di fb

Awas Taktik Penipu Mencari Mangsa Di Facebook

Hari ini ada berita tentang tunpasnya satu sendikit menipu menerusi di Facebook …

Scam Alert: Lottery Scam Kini Di Facebook

Biasanya scammer mencari mangsa menerusi emel. Hari ini saya ada menerima satu m…

JutawanKlik – Anda Tak Kaya Dengan Hanya Sekadar Klik Iklan

Ini adalah salah satu daripada program skim cepat kaya yang makin hangit hangat …