Ingin cepat kaya tetapi jadi kayap. Itulah yang terjadi kepada mereka yang inging kaya dengan cepat dengan menyertai pelaburan dan skim cepat kaya tertentu yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia ni. Hari dalam Utusan beberapa dalang skim cepat kaya melibatkan menukar wang asing atau black money ditangkap.
Seperti biasa, dalangnya adalah warga afrika terutamanya Nigeria dan Cameroon.
Penipuan memang tidak dapat lari daripada warga Nigeria kerana KDNK terbesar mereka adalah hasil daripada penipuan tidak kira secara online mahupun di luar sana.
Lebih menyedihkan mereka mengunakan Visa Pelajar untuk memasukki negara yang menjadi sasaran mereka. Malaysia adalah antara negara kegemaran kerana terdapat ramai rakyat yang ingin cepat kaya cepat. Ianya memudahkan mereka mencari mangsa untuk ditipu. Dengan sedikit bukti dapat duit dengan mudah. Mudah je rakyat kita ni tertipu.
Ini adalah keratan Utusan Malaysia berkenaan penahanan Pelajar Afrika ini:
KUALA LUMPUR 15 Jun – Siasatan polis mendapati tiga daripada empat suspek warga Afrika yang terlibat dalam sindiket skim cepat kaya dan pengedaran wang palsu yang ditumpaskan di Ampang, Khamis lalu, merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Suspek-suspek berusia 22 hingga 30 tahun yang berasal dari Cameroon dan Nigeria itu disyaki menjalankan skim tersebut dan pengedaran wang palsu bagi menyara hidup mereka di negara ini.
Bagaimanapun kegiatan mereka terbongkar apabila gagal menipu seorang suri rumah berusia 53 tahun melalui pelaburan dan penggandaan mata wang asing di dalam skim cepat kaya berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, bertindak atas laporan mangsa, polis menahan seorang suspek berusia 27 tahun di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang.
“Hasil siasatan terhadap suspek terbabit, polis dibawa ke sebuah rumah di Sunrise Park, Kampung Baru Ampang, pada keesokannya.
“Pemeriksaan terhadap rumah yang didiami tiga lelaki warga Cameroon dan Nigeria itu, kita menemui wang kertas RM50 palsu sebanyak 8,400 keping serta wang kertas dolar Amerika palsu iaitu AS$100 (4,200 keping), AS$50 (120 keping, AS$20 (30 keping) dan AS$10 (80 keping).
“Kesemua wang palsu tersebut bernilai RM1.8 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Akhbar tempatan hari ini melaporkan satu sindiket skim cepat kaya dan pengedaran wang palsu yang didalangi empat lelaki warga Afrika ditahan selepas memperdayakan seorang suri rumah.
Dalam kejadian itu mereka pada mulanya membuat tawaran kepada wanita terbabit menerusi talian telefon sebelum melarikan wang simpanannya sebanyak RM17,000.
Izany memberitahu, polis juga sedang menyiasat dokumen perjalanan warga-warga asing itu menerusi kedutaan negara masing-masing.
Beliau menambah, keempat-empat suspek telah direman selama 14 hari mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Kepada anda semua, sentiasa ingatkan saudara mara anda agar tidak terlibat dalam skim cepat kaya atau program yang menawarkan pulangan tanpa usaha. Kemungkinan besar, ia adalah penipuan.
Bukan senang nak senang…