Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Penipuan Spekulasi Dinar Iraq
Scam Alert

Penipuan Spekulasi Dinar Iraq

sham 26 Comments

Spekulasi tentang dinar Iraq ini saya dengar sejak 2005 lagi. Hari ini saya ditanya dengan soalan yang sama. Adakah ia benar atau tidak?

Saya ada dapat offer beli 2500 dinar iraq pada harga rm150. Katanya, nilai dinar akan naik mendadak lepas IMF dan lain2 badan dunia isytihar sekatan ekonomi iraq ditarik balik. Nilai 2500 dinar akan bersamaan rm300,000.

Betulkah dakwaan ini? Atau berasaskah?

Ia adalah spekulasi yang tidak berasas. Malah saya boleh kategorikan sebagai menipu sebab keadaan di Iraq tidak seperti yang berlaku pada Kuwait. Peranan kuasa besar ketika itu tidak begitu aktif. Kini ISIS pula telah mengambil alih 1/4 negara Iraq.

Situasi di Kuwait juga berbeza kerana rezab minyak di Kuwait sangat banyak berbanding di Iraq dan jumlah penduduk Kuwait hanya 3 juta berbeza dengan Iraq seramai 33 juta orang dan bergantung kepada pinjaman pada IMF untuk survive. Iraq menyerang Kuwait kerana nak mendapatkan telaga minyak yang terdapat di Kuwait. Hasil minyak Iraq kemana? Ia disedut US dan sekutunya seperti hak mereka sendiri..

Jadi adakah dinar iraq akan naik mendadak? Tidak sama sekali!

Situasi politik di Iraq juga tidak menentu. Pentadbiran Syiah di Iraq telah meniayai masyarakat Sunni di sana. Bom berlaku di sana sini. Ia ditadbir dengan teruk sekali. Malah hasil minyak Iraq entah kemana perginya sebab US mengawalnya.

Berapakah nilai 2500 Dinar Iraq jika dibandingkan dengan duit Ringgit kita yang sedang menyusut sekarang?

dinar iraq vs rm

Inilah nilai Dinar jika dibandingkan dengan RM pada 19hb Februari 2015, pada hari Tahun Baru Cina. Ia hanya RM7.80. Ada pula yang nak menjualnya pada harga RM150?

Itu mencari bala.

9 Sebab Anda Tak Patut Beli Dinar Iraq

1.  Kerajaan Iraq sedang mengalami kejatuhan. 1/4 IS sudah tawan dan tiada tanda untuk pulih.

2.  Ekonomi Iraq sedang kelemasan.

3.  Dinar Iraq tidak didagangkan di Pasaran Tukaran Asing Antarabangsa

4. Dinar Iraq hanya boleh digunakan di Iraq

5. Banyak Negara sudah mengeluarkan amaran tentang Penipuan Dinar Iraq

6.  Matawang Dinar mungkin tidak sah pada masa akan datang.

7. Dinar Iraq dikeluarkan secara besar besaran. Nanti nak beli teh secawan perlu bawa 1 lori duit dinar.

8. Inflasi di Iraq sangat tidak menentu.

9. Nilai Dinar semakin menyusut setiap hari.

Sumber : Investopedia

Boleh search Iraqi Dinar Scam kat google. Ada banyak laman web pelaburan membincangkan tentang perkara ini. Mereka semua mengatakan jangan beli dinar iraq. Jadi cari pasal dengan membeli dinar iraq pada harga yang tinggi.

Ia hanya spekulasi yang takkan terjadi berdasarkan keadaan semasa di Iraq.

 

Artikel Berkaitan
  • Ada apa dengan Dinar Reserve
    Saya ada dengar orang disebalik tabir Dinar Reserve adalah mereka yang sama dari MIRSB sebelum ni. N...
  • Koperasi Dinar Dirham Diserbu RM18.2 Juta Disita
    Berikutan penulisan saya pada Februari 2017 berkenaan skim Dinar Dirham, ramai juga penyokong DD ini...
  • Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelaburan Emas dan Dirham Perak
    Sekarang ini pelaburan emas dan perak menjadi antara pelaburan jangka masa panjang yang cukup popula...
  • Penipuan SMS Yang Perlu Anda Tahu
  • Osama Laden Meninggal Hanya Super Impose
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • penipuan dinar iraq
  • dinar iraq tipu
  • dinar iraq
  • dinar iraq terkini 2016
  • dinar iraq terkini
  • dinar iraq tipu 2015
Post Views: 532
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:dinar iraq pelaburan dinar iraq penipuan dinar iraq

Related Articles

Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu
Lagi tentang skim cepat kaya. Kali ini dalam bentuk koperasi. …

Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu

report scam
Biasanya scammer mencari mangsa menerusi emel. Hari ini saya ada …

Scam Alert: Lottery Scam Kini Di Facebook

26 Comments

  1. yukaman

    Adekah tuan beli jgak? Kl tak baguslah, selamatlah tuan.

  2. sham

    tak pernah beli.

  3. kiddd

    Aku tgk inflation rate iraq Kat xe.com hanya 2% je..
    Tang mana inflation rate tinggi tu tuan??

  4. sham

    http://www.learningmarkets.com/the-iraqi-dinar-scam/

    Kadar inflasi di iraq tidak menentu setiap bulan..kadang2 ia mencecah 8%.

    Menurut Investopedia, andainya berlaku perang saudara, kadar 2+ inflasi sekarang akan melambung tinggi. Berdasarkan keadaan semasa di sana sekarang, ia mungkin berlaku sebagaimana Rasulullah ramal suatu masa dahulu tentang perang besar di Syria dan Iraq. Bibit-bibit perang semakin muncul. IS semakin kuat dan membesarkan kawasan mereka.

    http://www.investopedia.com/articles/forex/090314/top-ten-reasons-not-invest-iraqi-dinar.asp
    http://www.forbes.com/sites/jayadkisson/2012/07/30/you-cant-fix-stupid-the-iraqi-dinar-scam-lives/

  5. Ahmad Helmi

    Tuan ada pembetulan skit.. Rate kat atas tu utk IQD2500 = RM7.8. Tapi kalau IQD25000 = RM78, kalau beli dekat money changer dia akan ikut harga ni.. Tapi kalau beli dgn individu biasanya dia markup harga.. Tu yg jadi RM150.

  6. Fadzil

    Beli buat kenanhan ler…bli 1..2..keping udah….tetiba meletup untung..x meletup nuat kolaksi..

  7. Johat

    Tuan.. kenape bank negare tak senarai dinar iraq ni scam..

  8. Zack

    Sbb IQD matawang rasmi negara iraq…mana boleh ikut je nak scam

  9. MoneyCome

    semua statement2 kat atas tu,memalukan penulis tu sendiri.
    seperti menulis dan mengkaji luar permukaan sahaja.tanpa kaji lebih mendalam.
    saya nak tanya penulis,adakah sesebuah negara,tak kisahlah mana2 negara pun,akan membuat matawang untuk mencipta sesuatu penipuan?ambil contoh saya menyimpan matawang negara eropah,iran,vietnam,dan menjadi semakin viral untuk ramai penyimpan2 lain menyimpan matawang tersebut.adakah itu boleh dipanggil “PENIPUAN”?
    berkaitan matawang iraq,money changer menerima jual beli matawang ini pada kadar semasa,bermakna money changer juga bersubahat dengan BNM untuk menyorok sesuatu penipuan matawang asing?
    come on!kaji lagi dan lagi tanpa memalukan diri sendiri.PENIPUAN adalah dari manusia itu sendiri,bukannya “MATAWANG”.

  10. MoneyCome

    tak berani approve posting comment sy ke encik shamsuri?
    susah2 sy typing berjela,reject camtu aje ke?tak apa.ada hikmah pd sy.
    jgn sorok kebenaran.yg tak benar,di hebohkan.sy cabar,encik approve posting
    yg pertama dan yg sekarang ni.jika encik laki2 sebenar.

  11. sham

    Moneycome dah kaya dengan dinar iraq ke? 😛

    Menyimpan matawang apa sekalipun tak salah. Yang menjadi salah apabila membuat spekulasi mengenainya. Fahamkan dulu maksud spekulasi tu!! Negara kita pernah menjadi mangsa spekulasi ini dulu menyebabkan matawang kita ditambat zaman Tun Mahathir menjadi PM.

    Spekulasi itu sendiri adalah penipuan. Beli matawang. Buat cerita ia akan naik, ramai orang beli. Kemudian jual besar-besaran sampai nilai jatuh.

    Saya raikan pendapat tuan. Cuma lebih elok guna profile dan nama betul. Bukan anak jantan kot? Baling batu sembunyi tangan guna nama macam tu. hehehe

    Saya approve semua komen. Cuma ambil masa sebab saya ada banyak blog. Cuma ini personal blog saya tiada spesifik kategori.

  12. MoneyCome

    tajuk utama pun tak padan dgn 9 sebab2 diatas.
    sy rasa,baik diubah atau di padam sahaja blog berat sebelah ni ?
    oh…dan terima kasih kerana approve ??

  13. sham

    Hahaha..macam-macam manusia.

  14. MoneyCome

    termasuklah manusia seperti tuan punya blog

  15. Kau rugi

    hari ini dinar iraq terbukti akan naik matawangnya kerana bnyk faktor2 yg boleh lonjakkan semula matawang ni..
    -telaga minyak kedua terbesar dunia di iraq..
    -bebas perperangan isis
    -banyak para pelabur dtg untuk membina mega projek di iraq..
    -iraq akan masuk dalam ahli WTO
    -keadaan politik semakin baik..
    dan ll…
    nasihat saya selagi mana dinar iraq belum diperbaharui nilai matawang mereka saya nasihatkan anak melayu cari lah peluang ni sebab dtg sekali seumur hidup..sama je mcm kuwait..cuma masalah dalaman negara yg berbeza…TQ..

  16. sham

    All the best. Situasi Iraq sangat berbeza dengan kuwait. Kuwait takde masalah dalaman. Iraq yang menyerang. Tapi iraq sekarang lebih kepada perang saudara syiah-sunni + Isis yang tak pasti bila akan kesudahan.

  17. MoneyCome

    kepada”Kau rugi”
    nampaknye tuan betul2 follow progress iraq
    utk ke global.memang betul,monetary iraq
    semakin amat2 positive.CBI central bank iraq
    menekankan bahawa 2018,projek delete 3 zero
    perlu dilakukan segera.pekeliling utk bank2 juga
    diedar 10april lepas.bukan blog,bukan news,tp
    pekeliling dr CBI sendiri.masaalah dalam mana2
    negara pun tetap ada.so negara tu nk berdiam saja
    dgn artificial rate?PM haider pun dpt anugerah 2018
    seorang yg berpengaruh.askar2 iraq terbaik 2017.so
    masih nk kutuk dan mencari salah dalaman iraq je ke
    sampai bile2?come on…open your mind.at least 1 keping
    cukup,bantu kewangan kite sendiri.khazanah bhd pun
    ada reserve iraq,kite ade?kalo tak,takkan pak najib berani
    belanja kuat2 utk undi kali ni kot.dah ade backup beb!!!
    kpd tuan blog,minta ikut semula betul2 progress iraq
    yg terbaru.anda akan tahu.

  18. MoneyCome

    tuan blog,masih ditakuk lama punya info.
    kesian sy baca komen tuan.”syiah-sunni + isis”
    rasa nye tuan blog ni tembak info tanpa kaji perihal terbaru.
    PM haider abadi dah umum di media,November-December 2017.
    bahawa iraq bebas isis.mesti berita tv pun tak tengok kot.haisshhh….
    memang kelakar tuan blog.byk lagi kalau nak typing kat sini.

    apa pun,terang2 sy nampak tuan blog caca merba info.sudah2 lah
    kondem tanpa kaji betul2.kesian dan kelakar beb!!!adoi…..senak perut.

  19. sham

    Dah kaya ke sekarang? 😛

  20. MoneyCome

    hehehe…..tuan blog dah takde modal nak tembak.lawak2…..
    asik negatif je fakta2 kuno dia.perli,tak update fakta,perli,tu je kot modal
    sekarang ni.kawan aku engineer,bukan orang biasa2,ideology hebat,dato2,doktor2,chief officer banker,pun simpan,diorg ni hebat2
    tahu tak.bukan biasa2 nak ikut atau berkawan dgn org biase2 ni.diorg kaji
    dgn kawan2 bank,money changer,BNM.tp kita,dah lah tak kaji.sebarkan kata
    penipuan spekulasi lagi.adoii…bukan mahal pun.lawak siot tuan blog ni.

  21. sham

    Benda ni dah berbelas tahun lepas lagi dah. Actually ramai kawan2 saya beli sama siap ada simpan berbelas tahun pun ada. Jadi persoalan, sembang jadi jutawan kalau simpan dinar iraq. Dah berbelas tahun ada jadi jutawan?

    Ia spekulasi dan masih menunggu ekonomi iraq pulih. Saya tulis artikel ini pada tahun 2015 nilai dinar iraq 2500 bersamaan rm7.80 . Sekarang 2018, nilainya rm8.27. naik sikit 3 tahun ni. tak jauh beza pun.

    Beli pastu berharap nilai naik. Dah macam judi pun ada, beli pastu berharap kena nombor.

    yg mungkin jadi jutawan mungkin cicit tuan nanti kot. Itupun kalau note tu diterima lagi pada masa akan datang. Kalau kerajaan iraq tukar note mereka, pastu cakap note lama tak sah. nganga semua skali dengan engineer tak engineer. Ada banyak kemungkinan yang mungkin berlaku.

    semoga tuan jadi kayalah nanti. Saya tumpang gembira. Kita tunggu 10 tahun lagi pulak. itupun kalau umur masih panjang. Ini serius, saya tak buat lawak walaupun tuan cakap ia lawak. kalau berterusan mungkin 2500 tu jadi rm10 lagi 10 tahun kalau ikut kadar sekarang.

  22. MoneyCome

    itu sebab,disuruh kaji dan ikut lebih rapat dan mendalam.
    kemudian semua alasan di jawap dengan fakta tu ke laut.takkan semudah
    itu iraq sewenang2 nak tukar matawang dia,sedangkan setiap matawang
    dia di bawah kawalan IMF.tukar pun,ditarik beransur2,ikut SOP.
    point2 tuan ni semua point kanak2.bila disuruh
    kaji,hanya kaji yg buruk2 dan permukaan.cuba kaji terbaru sekarang ni,jauh berbeza
    dr 15 tahun lepas.sy anggap tuan dan kwn2 tu hanya nampak point nak kaya je.bila
    tak capai,meroyan sampai buka blog negatif yg fakta2 pun negatif.dan kait dgn unsur judi.hanya yg kecewa je tetap berfikir cara negatif.ustaz azhar idrus pernah
    ditanya soalan matawang dinar.sambil perli,yg dia pun ade simpan.so apa yg judi nye.kita kerja,curi masa,tu kira halal tak setiap gaji tu?hmmm…nk cerita agama?heh
    heh heh….

    yg terlalu kelakarnya,tuan punya point2 tu,memang point tak mengkaji.sy sengaja provoke,sebab tuan seorang yg kelakar ya amat.macam seorang yg kecewa tapi tetap Ego dengan kisah2 iraq yg dulu.sy berkongsi kisah tuan,dgn seorang akauntan
    putrajaya,yg monitor monetary kerajaan malaysia.dia follow progress monetary iraq.
    takde beza dgn proses malaysia pun.dia kerap berulang ke BNM.jd dia ketawa sinis dengar kisah tuan ni.dia kata ramai yg negatif tanpa kaji.biarkan je.cuma iraq sekarang kearah revaluation currency dia,pakar2 ekonomi dunia pun berkata begitu.
    yg kesian nye,rakyat malaysia 30-40juta,tp 10% je yg simpan.sikap tak sabar tu yg menghantui diri sampai jual balik dan negatif sebab tak kaji.

    jika sampai ke cicit pun,alhamdulillah tuan,biarkan rezeki diorg.dari kita bergantung bank,kerja tiada masa dengan family,berhutang beli rumah,kereta dan lain2.kecuali tuan memang suka cicit2 tuan hidup dihimpit hutang bank sampai 7 keturunan.oh…lupa,harga minyak dunia la ni setong usd68-70.nanti tuan boleh beli kenderaan solar atau tanpa petrol.jimat byk tu.bank pun suka hutang bersambungan ke cicit nanti.

  23. MoneyCome

    tuan blog dah blur…mati akal.dia tak sedar iraq sekarang hanya guna artificial program rate.rate tiruan sementara untuk rate sebenar keluar.memang akan ambil masa,bergantung situasi negara.sabar dengan tidak je seseorang tu.
    atleast takde lah buka blog bg fakta kuno.marah punya pasal,bg fakta buruk2 aje.insaf lah tuan blog.2018,CBI nak jalankan projects yg dah hold 2012.tahun ni adalah masa yg sesuai utk batalkan MCP(multi currency practice),bersamaan “RV”.terima kasih approve komen selama ni.jgn ambil hati.

  24. Hamba allah yg lemah.

    Minta maaf sy nk mencelah..pada tahun 2015 ekonomi iraq masih blm stabil dah aset iraq blm dicairkan.pada tahun 2018 bln 6 x salah.UNCHR sudah melepaskan ikatan CBI.aset iraq skrg sudah dicairkan.lagi pun CBI sudah mengikuti 2% syarat Pemantuhan dr IMF yg tamat pada 14/6/18.klau x silap.so CBI sudah siap sedia untuk menaikkan kadar.tunggu pengumuman dr perdana menteri yg baru.byk topik lagi.boleh tgk dekat Iraqdinarchat.net

  25. MoneyCome

    yup…aku rase tuan blog sekarang ni menggelutek pi cari stock iqd.
    sebab dia dpt info iraq percuma dlm ni.minta kaji latest info,dia melawan.ego tinggi.
    la ni,Venezuela yg RV dulu.walhal inflation negara dia lagi tinggi dr iraq.matawang lebih murah dr A4 paper.so iraq dah byk sekatan dilepaskan,tunggu mase je.bantu diri sendiri cukup kalo jenis ego kuat.sampai bile nk bayar interests ah beng beng bank bank.harap owner blog kembali ke pangkal jalan.

  26. Pingback: Penebusan Nilai IQD Iraq 2018 ialah Skim Terancang?
  27. MoneyCome

    assalamualaikum admin,tak mau follow dah ke isu2 iraq terbaru sekarang ni?
    senyap sonyi je blog admin la ni.kasi le meriah sikit.asik2 info kuno atas tu je di promote nye.situasi kat sana 80% positive news,tapi admin 100% negative news.kik kik kik……

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Scam Alert: Buat Duit Dengan Survey

Saya dah menerima beberapa pertanyaan mereka tentang buat duit dengan survey ini…

JutawanKlik – Anda Tak Kaya Dengan Hanya Sekadar Klik Iklan

Ini adalah salah satu daripada program skim cepat kaya yang makin hangit hangat …

Message From Cimb Clicks – Phising Terbaru

Saya baru sahaja menerima emel phising terbaru ini. Sebenarnya saya agak sedih a…