Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Puan Nora Kaki Penipu?
Scam Alert

Puan Nora Kaki Penipu?

sham 16 Comments

Saya baru sahaja menerima satu lagi email dari Ingo Storm, owner bagi produk Magic Water. Emailnya memang agak panjang kali ini. Malah beliau turut sertakan satu cek tendang yang diterima daripada Nora ni. Pihak Storm Project sudah tidak membekalkan sebarang produk kepada syarikat mereka lagi setelah bayaran tidak dijelaskan dan melanggar perjanjian. Ini adalah kandungan email Ingo Storm kepada saya:

Hallo again, Sham :

finely i figure out what was written in all you blogs about that nora.
and i agreed with all what you write.
how i have see that “nora” was a bit different at the starts and now.
i can confirm that she is tricky, liable and unfair against the people.
i have never ask her to market my product, like she do it now.
(by the way, i still over month(s) don’t supply her) – and very assume that what she now sales is a fake.
1. she really don’t care about her partners – the simple pure people, and even make a religion from that, – means (like she means) – “… if everyone here in Malaysia lie – why not her….” (important is the profit)
i have many times told her about some technical details that must be care about, – her answer was – ” i don’t care…“
but without that “details” it’s highly unprofessional to use any kind of high-tech.
2. she can any time simple stop payments.
even she promise to that simple people the %s from the sale, – she take the full price from product and only they sale, she pay them commission, (that i have never know)
after i know: i simple feel not more morally (or ethic) to works with her. i also warning her about many times, but she simple keep tricking and intriguing.
3.  she like very talk stories about her ex-partners, the stories are may be truth may be not, i don’t know, – but she always tells: “she don’t have any money even not for put petrol in her CLK-Mercedes, because of that partner have cheat her…” –  but she have actually propose us to invest Millions that she have. That make us (my team) very suspect against her, and after we was sure, we have cancel the cooperation with her.
We are very regret about all that simple people, whom she again have cheat, and want sure helps them, – but the initiative must comes from the people, – we cannot simple go to ask them to help them. They need to make the first move.
4. Well the only thing was the given word from us, to support her, that she so artistically used against us, so we keep to support her technically… (now no any more).
And after she officially CHEAT US with fraud bank’ check – we have serious and legal reason to stop any kind of support and supply her. THE PEOPLE MUST BE WARNED: THERE ARE NO ANY ORIGINAL PRODUCTS IN HER STOCK !
and once again !

WE ARE PEOPLE WHO CARE’s !

and the good things cannot be done with bad. That was the reason to ban her from our network.

if there are some single mothers, or pure people, who was cheated by this “nora” – we ask them to give a sign of life, we are willing to help. Promise to make them rich we cannot, but to make them more understand, what they have and how to handle that – we can do.

and thank You again, for Your activism to get the Malaysia clean from all kind of such cheaters and frauds. We strongly believe, that Malaysia and Malaysian – are great place and people, and are enough talented to move the things big.
They are only very trustable and unprotected. May be the politician really need to think , how to protect them from all that fraud turning around on the market here.any way to be not simple talking i send you a check scan that that “nora” have give us as payment and that was bounced from the bank.
Take care and stay cool,
regards,
ingo storm
Beliau ada menyatakan apa yang berlaku yang sebenarnya. Malah kemungkinan stok yang ada pada mereka sekarang mungkin adalah palsu kerana pihak Storm Project tidak lagi membekalkan produk tersebut. Tindakan nora menjadikan produk mereka sebagai satu skim cepat kaya juga mengecewakan pihak Storm Projects.
Jika anda rasa ingin join atau ada kawan yang ajak join. Fikir balik la sebab diorang takde stok Magic Water pun sekarang ni. Saya bukan nak menjatuhkan sesiapa. Tetapi sekarang ia sangat jelas bahawa wanita yang bernama “Nora” ini telah membawa kerosakan terhadap perniagaan di Malaysia.
Mereka terus menerus menipu orang. Bukan sahaja orang Malaysia, Mat salleh pun kena. Lepas ni kalau ada lagi benda yang dia nak jual. Jauhkan la diri. Saya hanya berikan peringkatan. Duit memang duit anda. Sayangilah duit tersebut. Jangan beri kepada “nora” tu.
Dah banyak kali diorang membuat onar. Ribuan orang telah ditipu sebelum ni. Sebutkan sahaja MIRSB,MONSUN BIZ, SEEMORE, BOSSMAILER dan banyak lagi. Semuanya tipu. Peliknya ada lagi yang dah terkena, terkena lagi dengan Magic Water yang syarikat nora tu jual. Memang mencari nahas sendiri. Habis duit je bagi mereka yang bayar untuk menjadi stokis. Produk memang tak dapat dah sebab pihak pembekal dah tak nak bekalkan kepada mereka lagi.
Dibawah adalah cek tendang yang diterima oleh pihak Storm Project dari Nora.
Cek Tendang 86

Cek Tendang 86

Public Bank Return

Public Bank Return

Saya tak menuduh sembarangan tanpa sebarang bukti. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ingo Storm kerana memberi kerjasama penuh bagi mendedahkan penipuan yang mengunakan produk beliau. Dengan ini saya boleh tunjukkan bukti yang jelas, bukan sekadar cakap kosong atau tuduhan melulu.
Saya berharap jika ada syarikat Malaysia yang berminat untuk bekejasama dengan pihak luar negara agar menjaga kepercayaan yang diberikan. Jangan ulangi apa yang syarikat “nora” ini buat.
Artikel Berkaitan
  • Kenyataan Rasmi Ingo Storm Berkenaan Magic Water
    Setelah berbelas-belas email dengan Mr. Ingo Storm, iaitu jurutera disebalik pembangunan Magic Water...
  • Scam Alert: Skim Pelaburan Stevia
    Stevia merupakan satu tumbuhan herba yang ada potensi untuk dibangunkan.Saya sendiri pernah menulisn...
  • Lepas MIRSB, Sekarang Magic Water Pulak
    Ramai mangsa Mobile Income, BossMailer, Seemore dan Monsun Biz sebelum ni dah terkena. Sekarang Puan...
  • Perhatian Untuk Stokis Magic Water
  • Lagi Pasal Penipuan Dealer Magic Water
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • Vgmc Penipu
  • ujang farm
  • vgmc malaysia penipu
  • ujang farm penipu
  • cek kosong
  • puan nora penipu
  • cek cimb
  • cek cimb bank
  • cek PUBLIC BANK
  • public bank cek
Post Views: 1,449
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:86 ingo storm magic water magic water scam nora norai puan nora

Related Articles

bitkingdom-return
Saya menerima banyak pertanyaan tentang bitkingdom ini. Adakah ia satu …

BitKingdom Adalah Skim Piramid?

Scam Alert: Penipuan Pelaburan Penternakan Layang Layang
Keratan artikel dari Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 10 Mei – …

Scam Alert: Penipuan Pelaburan Penternakan Layang Layang

16 Comments

  1. abrablog

    mak aii. sampai begitu sekali..

  2. sham

    hehehe.. memang tak serik. Selagi tak masuk lokap.Lagi tu la dia berleluasa. Lepas ni komfim dia, dia buka company baru. Ambik duit orang pastu cabut lagi.

  3. ecardgraphics.net

    tak de akta ke untuk kes macam ni kat Negaraku

  4. alidin

    Selepas bersabar selama 4 bulan, aku ingat nak buat report polis jer..ditipu oleh puan nora..

  5. sham

    Buat je.Biar polis siasat. Simpan semua bukti seperti resit bayaran, perjanjian dan sebagainya.

  6. sham

    kena hati hati dengan kontrak farming. Ada pihak yang nak menanguk di air yang keruh. nak senang..proaktif skit untuk buat deal sendiri dengan peniaga kedai makan.buat servis hantar ke kedai pun takpe.

  7. x-staff

    saya pernah bekerja dgn puan nora. sy keje sebagai technical support sebab ada background IT. Memula saya pun join gak biz nih,lesap 4k bayar dept. pastu lepas dia tau ada background it dia offer saya keje.

    memang jenuhla kena ngajar makcik/pakcik/datok nenek/budak kecik/orang besar yg rata² memang buta IT. Semua jenis dia sauk jadi mangsa xkira buta ke celik.

    Yg jadi mangsa sy le. orang keliling seronok buat marketing depan2 saya closed market,dapat komisyen. pastu pass kat saya suruh ajar dorang. (actually sy pun mangsa gak) xtau modus operandi dorang. kalau la sya tau awal² xde la sy berenti keje sanggup keje dgn dorang. dah le semua dalam tu xpernah pakai pun dorang punya pakej. kalau ada yg dengar dorang untuk beribu2 pakai pakej dorang. memang pembohong besar la!
    semuanya dapat komisyen!!

    sampai 1 masa puan nora suami isteri gaduh dgn business partner dorang datuk Zubir, berperang le pasal duit. mana yg pro nora, ikut nora,mana yg pro zubir, tikam nora join zubir. memang ntah apa2 punya bisness la.

    boleh kata semua dalam tu xreti IT/buta IT tapi jual produk IT.
    Ada staff lain yg xikut mana2 dah follow step sendiri.

    Mcm saya malas nak masuk campur bisnes xhape2 nih. rasa bersalah sgt kat semua customer yg saya ajar dlu, saya bgtau kalau dah reti guna system,insyaAllah boleh buat duit. tapi haram! semua lingkup,ada customer yg saya ajar,mintak tlg saya kalau ada bisness lain yg boleh bantu dorang. sampai sekarang sy simpan contact number dorang. tapi syg,sy pun bukan sapa2 xmampu nak beri apa2 janji pada mereka atau peluang pada mereka.

    Paling sangat si Noh Omar member si Zubir ni siap bg Green light kat TEKUN suruh orang ramai buat loan dgn tekun pastu buta2 bagi free kat Zubir dgn Nora nih!
    Orang kampung/orang miskin/ orang tua. semuanya la!

    Ada sorang kakak pregnant sy ingat dari jauh Johor cari saya semata2 nak belajar system Monsun tuh!

    Kesimpulan dari apa yg saya pelajari. Kerajaan prihatin,rakyat bahagia.
    Kerajaan sangap! ni la padahnya! penipu bermaharajalela di Malaysia xkena apa tindakan oleh mana2 jabatan kerajaan yg sepatutnya membanteras mereka nih!

    DAh beratus orang buat report pun xde langsung akta dalam malaysia yg mampu melindungi kita dari penipu2 nih!

  8. atan Ujang

    Saya juga baru menerima surat dari Maybank Shah Alam menyatakan cek yang saya deposit telah ditutup akaunnya. Aduhuuh, tak percaya saya boleh dilakukan oleh seorang Bekas Ketua Pemuda Padang Rengas iaitu En. Khusari Bin Din yang memberi saya 2 keping cek bagi membayar sewa rumah yang tertunggak 6 bulan hanya sebanyak RM1380. Dia seorang kontraktor Kelas F yang kebelakangan ini tidak dapat kerja, jadi saya benarkan dia untuk menangguhkan bayaran. Pada 3 FEbruari lalu dia jumpa saya beritahu nak pindah rumah yg lebih selesa dikawasan Batu Caves dan memberi saya 2 keping cek untuk menjelaskan semua sewa tertungak. Belum sempat cek clear dia dah keluarkan barang2 dengan tergesa-gesa dan belumpun kembalikan kunci sampai kehari ini. Bayangkanlah.., orang yang meraih simpati tentang kesusahannya selama ini boleh buat macam itu. Apa lagi rupa nya cek yang dia berikan itu pula bukannya dia punya. Cek itu milik kawannya En Shahrul yang telah ditandatangannya semasa dia berkongsi berniaga satu ketika dulu. Sampai sekarang En Khusairi ni tak menjawap telipon, dan sebagai Graduan Bisness Admin UUM serta kemahiranya berpolitik .., dia tahu saya tak boleh berbuat apa-apa. Dia orang cerdik dan cukup dengan saiko, … dan saya sebagai orang rakyat dinegara yang mempunyai kedaulatan undang-undang ini, tak boleh berbuat apa apa…, kecuali membuat dakwaan mahkamah yang tidak berkesudahan…., dan kepada tuan rumah dia yang baru ni berjaga jaga lah.

  9. lailis

    o yeke…br la sy tau penipu rupanya…ramai yg terkesima slps tgk Dr nora ni on air kt MHI last week….nk join stokis stevia….modal paling min 10k dpt 2k setiap bln..wahhh excited betul la yg nk cri income bulanan yg berpendapatan rendah ni…..emmmm tp bila dh bc sume komen diatas…gugur la sume cita2 yg memng tkan membawa untung lnsung….takan la setelah sekian lama dia menipu tkde pe2 tindakan….mane2 pihak yg prihatin membasmi penipuan yg berleluasa mcm ni….

  10. sham

    Dalam bisnes, kita tak boleh menjanjikan pulangan melampau sebab ada risikonya. Contohnya invest rm10,000 dapat Rm2,000 setiap bulan. Ia memang menarik tapi tidak logik.

    Stevia bagus,cuma rasanya tidak semua orang suka.

    Biasanya kalau ada report, baru ada siasatan. Kadang2 tiada pendakwaan boleh dilakukan kerana ada perjanjian hitam putih yang mengatakan ia atas risiko sendiri apabila menyertai bisnes mereka. Jadi kira burn macam tu la duit. Saya yakin diorang ada perjanjian yang boleh membatalkan semua dakwaan pelabur.

    Jadi pastikan anda membaca dahulu surat perjanjian sebelum sain.

  11. nasi lemak kopi o

    mak aii… english berterabur.. tak perlu la tulis in english kalau berterabur cmtue.. guna jer la bahasa melayu.. senang sikit org nk faham..

  12. Rahimah al-Idrus

    Assalamualaikum,

    Masih ada lagikah “nora” yang disebutkan tadi? Ada tak pautan atau link yang mungkin boleh dikongsikan di Persatuan Usahawan Internet supaya ramai yang peka dan sedar akan isu ini.

    Ini isu yang serius. Bimbang perkara ini akan memberi tanggapan negatif kepada kita selaku usahawan internet.

  13. sham

    actually ada..sekarang diorang buat skim apa tah kat Sabah. Orang semenanjung dah tak percaya dah.. Ada seorang peserta skim dia, call saya lepas dia baca artikel sebelum ni.

  14. Azana

    Pn.nora da kena tgkap dan akan d bicarakan..dia buat projekbuat rumah d bwh tiang seri contraction..rmi kna tipu sini tmasuk sy

  15. sham

    lama betul nak kena tangkapnya…dah beribu orang tertipu baru la. sementara nak kena tangkap dan berjuta dia collect hasil menipu.

  16. jeffrey k

    ramai dah kena tipu

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Perhatian Untuk Stokis Magic Water

Seperti yang saya tulis berkenaan dengan Magic Water yang dijual oleh Nora &…

Lepas MIRSB, Sekarang Magic Water Pulak

Ramai mangsa Mobile Income, BossMailer, Seemore dan Monsun Biz sebelum ni dah te…

Scam Alert: Skim Pelaburan Stevia

Stevia merupakan satu tumbuhan herba yang ada potensi untuk dibangunkan.Saya sen…