Betul ke boleh buat duit dengan isi dengan survey?
Itu adalah antara email pertanyaan saya terima sebelum ni. Jawapannya boleh tetapi saya mohon agar berhati hati kerana ada syarikat survey tidak membayar dan mempunyai terma yang tidak mungkin kita penuhi seperti tinggal di US dan sebagainya.
Ada syarikat yang membayar dan ada juga yang hanya menawarkan cabutan bertuah bagi mereka yang mengisi borang survey mereka. Tetapi kebanyakan syarikat menawarkan cabutan bertuah jela. Ini akan menjimatkan kos mereka. Jadi tak perlu bayar semua orang yang mengisi survey.
Susah nak tentukan samada syarikat yang berkenaan bayar atau tidak. Apa yang boleh anda buat ialah cari maklumat berkenaan dengan syarikat yang berkenaan. Jika mereka menipu, pasti ada orang akan bising di internet bercerita tentang penipuan mereka. Jangan percaya 100% testimoni mereka kerana ia mungkin dieksloitasi dan sebagainya.
Jika nak buat duit dengan survey, kaji betul betul. Ini adalah kerana penipuan yang melibatkan isi borang survey adalah antara yang tertinggi dalam kes penipuan di internet selepas phising,nigerian scammer dan home business. Anda mungkin tidak perlu membayar apa apa, tetapi anda mungkin akan kerugian masa apabila mengisi borang berkenaan tanpa mendapat apa apa hasil.
Semoga post ini bermanfaat kepada anda.
titan
sekarang ni memang cukup susah. Dulu, masih ada lagi yang bayar..sekarang ni. Payah tol..