Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Scam Alert: Buat Duit Dengan Survey
Scam Alert

Scam Alert: Buat Duit Dengan Survey

sham 27 Comments

Saya dah menerima beberapa pertanyaan mereka tentang buat duit dengan survey ini. Rasanya dah tiba masanya saya masukkannya dalam kategori scam kerana ia dimanipulasi yang kononnya mereka mendapat ribuat ringgit daripada survey. Malah ada yang memberikan screen capture paypal mereka.

Saya meraguinya kerana screen capture boleh dimanipulasi dengan Photoshop.Mereka yang mahir dengan Photoshop boleh mengubahnya dan menunjukkan “pendapatan” ribuan dollar mereka. Walau bagaimana pun, mereka yang mahir dengan Photoshop juga boleh mengesan kecacatan pada gambar yang diubahsuai. šŸ˜›

Adakah buat duit boleh dipercayai? Boleh ke buat duit dengan survey? Jawabnya boleh. Tetapi kebanyakan program survey ini hanya membayar mereka yang berada di US dan negara berkenaan sahaja. Jika anda dari Malaysia, menyertainya. Kemungkinan anda tidak akan dibayar atau tiada survey untuk anda.

Jadi boleh ke kita buat duit dengan mengisi survey ni?

Boleh la skit skit. Tapi nak dapat ribuan ringgit memang tipis la. DapatĀ  USD1 tu boleh la.

Malah anda yang mengatakan program survey di internet adalah scam. Yup. Mungkin jugak. Saya dulu pernah jugak pernah join program survey ini. Berpuluh puluh servey yang saya isi, dapat usd1 je. Buang masa jek.

Sesetengah survey percuma hanya memberikan point atau tiket untuk cabutan bertuah. Kalo nasib baik, terkena cabutan bertuah. Dapat la USD100 sebagai contohnya. Setakat saya tengok belum ada dari Malaysia yang dapat cabutan bertuah tu. Nampak sangat kan?

Pendapatan lumayan menerusi survey secara percuma tanpa modal?

Scam je tu.

Boleh dikatakan buang masa anda je. Kalo ada yang bayar pun, segelintir survey je.

Ada juga panduan buat duit dengan survey yang berada di pasaran menyarankan kita apply dengan alamat US. Boleh jugak tu. Tapi anda perlu sewa virtual address atau virtual office la.

TETAPI….

Diorang still boleh kesan kita berada di Malaysia menerusi IP Address kita yang berada di Malaysia. Mungkin tiada survey yang akan dihantar ke email kita untuk kita isi. Kalo ada tu, nasib la yek. Rezeki anda la tu.

SARANAN SAYA….

Elakkan dari program survey sebegini. Anda perlu mengkaji terlebih dahulu. Buat carian terlebih dahulu tentang sebarang program survey tersebut. Inilah kelebihan dunia tanpa sempadan di internet. Anda boleh tahu apa sahajaĀ  terutamanya program berkenaan scam atau tidak.

CARANYA….

Taip la kat google ” nama program scam”. Contohnya “surveyscout scam”, pasti ada orang yang menulis tentang keburukan atau ketidakpuas hatian mereka terhadapĀ  sesuatu terutamanya benda yang betul betul scam. Anda boleh tahu samada program survey yang anda sertai adalah tipu/scam atau tidak.

LINDUNGI HAK ANDA….

Jika anda tidak berpuas hati. Anda minta duit kembali. Jangan jadi penderma. Ini adalah kerana jika mereka mengatakan bahawa MONEY BACK GUARANTEE. Mereka perlu mengembalikan wang anda jika anda tidak berpuas hati dengan maklumat yang anda dapat. Kalau mereka enggan pulangkan duit anda, anda boleh buat laporan polis.

Atau terus ke KPDNHEP berdekatan untuk membuat tuntutan atau laporan. Mereka akan sarankan jabatan kerajaan mana yang boleh membantu anda. Dengan ini, anda membantu agar orang lain tidak tertipu dengan program berkenaan.

NASIHAT AKHIR…

Jangan beli ebook atau sebarang produk di internet jika penjual tidak mendedahkan identiti mereka. Ini adalah kerana mereka berkemungkinan hanya untuk “kapur” duit anda. Lepas dapat duit anda terus biarkan anda dalam dunia anda sendiri tanpa sebarang bantuan.

Walaupun laman web mereka mengujakan dengan testimoni yang sangat mengiurkan. Pendapatan USD3000 dalam masa 1 hari. Ia adalah scam semata mata untuk menarik minat anda dan juga mereka yang terdesak dengan masalah kewangan.

Elakkan daripada ditipu.

Artikel Berkaitan
  • Scam Alert: Buat Duit Dengan Survey
    Betul ke boleh buat duit dengan isi dengan survey? Itu adalah antara email pertanyaan saya terima...
  • Scam Alert: Maybank Phising Email (Critical-Problem)
    Hari ini terdapat satu lagi email phising yang kononya daripada Maybank2u. Memang semakin galak "Nig...
  • 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah – BNM
    Bank Negara Malaysia mengeluarkanĀ  senarai 77Ā  syarikat yang menawarkan pelaburan yang tidak sah d...
  • Program JutawanKlik dan RezekiKlik Sudah Terkubur
  • Maybank2u Scam Alert Lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • survey2u
  • survey2u biz penipu
  • survey2u penipu
  • survey2u betul ke
  • survey2u biz
  • survey2u review
  • survey2u tipu
  • survey2u biz review
  • Survey2u scam
  • www survey2u biz
Post Views: 42,697
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:buat duit buat duit dengan survey buat duit survey pendapatan survey survey scam

Related Articles

artikel stevia
Stevia merupakan satu tumbuhan herba yang ada potensi untuk dibangunkan.Saya …

Scam Alert: Skim Pelaburan Stevia

Penipuan Skim Perumahan PRIMA
Nampaknya pelbagai jenis penipuan telah berlaku. Dalam akhbar hari ini …

Penipuan Skim Perumahan PRIMA

27 Comments

  1. anna

    anna pon buat gak survey ni.tapi ana blum dapat duit lagi,tapi survey berlambak gila…

  2. JohanMasran

    Teringat aku pakej i-Go Mobile ,SMS Survey oleh MIRSB yang melingkupkan ribuan pengikut yang buta ICT tu dulu…hehe

  3. sheffezen

    yup..

    memang buang masa..naek jemu pun ada…

  4. mohdsabree

    salam

    akhirnya jumpe jugak blogger yang sependapat dengan saya..

    actually saya baru siapkan satu artikel dalam blog saya berkenaan survey ni..
    agak susa nak siapkan sebab kurang bahan untuk rujukan..
    banyak yang ada dekat search engine pun rata2 nak promosi suh masuk program survey ni..

    bukan nak tunjuk ape kebaikan @ keburukan progam survey ni..
    tapi apa2 pun dapat jugak saya siapkan satu artikel dekat http://www.mohdsabree.com/online-income/pendapatan-melalui-survey/

    cumek kalau la saya jumpe artikel saudara sham ni awal2
    mesti lagi senang kerja saya nak buat artikel yang saya da siapkan tu hhu

  5. jee

    Adakah semua survey tu tak betul?

  6. sham

    ada yang betul2 bayar. tapi banyak yang tipu. kena hati-hati.

  7. ruby raudhah

    why , this people give fake hope for those people who really need , to improve them self , is that good attitude , please , don’t just simply make others people suffer , i’m so upset whit this kind off people , seriously so upset . wish this kind off people will get a lesson .

  8. salmi

    macam mana dengan survey2u?adakah penipu atau tidak?

  9. Atikah

    Macam mana dengan survey vase technology? Saya isi separuh je. Bila dia Tanya ada account bank tak terus sya stop. Saya student memang perlukan duit tapi taknak la jadi mangsa. Sekarang ni banyak betul penipu. Tak fikir kesusahan orang lain.

  10. sham

    rasanya vase bayar untuk survey.

  11. Atikah

    Terima kasih

  12. AMAZ

    KALAU SURVEY2U JADI TAK?

  13. nur

    pernah dengar syarikat pelaburan monspace? yang itu betul ke tipu jugak.?

  14. Eyfa

    Boleh bagi tahu tak . Survey2u betul ke ? Dapat bayaran ke ? Sebab saya nak join

  15. sham

    Ada dalam watchlist Bank Negara.

  16. dhila

    ada dlm watchlist mksudnya boleh dipercayai ke?

  17. sham

    Dalam watchlist BNM bermaksud tak boleh dipercayai.

  18. sai

    kiranya survey2u mmg tak boleh percaya lahh yee

  19. Nina

    Vase technology ada dlm list ke?

  20. zyq

    orang umah saya ada join survey2u . dh bayar pun yuran pendaftaran rm 30 .. ade sesiapa boleh cerita tentang survey2u. btw , survey2u ni mcm serious dia ajar setiap step ..

  21. Muhammad fathi

    Survey u2 ni betul ke ? Saya nak join

  22. Anna

    Hi cik sy bru je join survey2u ni klau die tipu n tk baya bole ke sy buat laporan polis sbb kn ad nama no acct yg kite transferr utk baya pendaftaran tu rm30 .

  23. sham

    kalau kena tipu, boleh je buat laporan polis.

  24. Syukri Zainal

    saye pun baru daftar survey2u.. baru try2 jawab survey.. stakat ni baru kumpul point2 la.. x pernah redeem lagi.. try2 je dulu.. klo x jadi gak.. report je..

  25. mangsascamsurvey2uonpay

    Survey2u ni scam. Jangan percaya. Lama dah mendaftar. Duit tak dapat, akaun masih pending utk register. Duit rugi RM30. Sekian.

  26. Uhanis

    Setuju sangat. Perkara sebegini bak umpama money games. Spoil business orang lain.

  27. Mangsascamsurvey2ujuga

    Weyh aku bru je dftr survey2u tu. Dia kacau tak account bank aku nnti? Risau laa

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Cara Mudah Buat Duit Dengan Youtube

Youtube merupakan salah satu top 5 laman web paling dilawati di dunia. Youtube m…

Buat Duit Paling Cepat Di Internet

Bagaimana nak buat duit paling cepat di internet? Cuba teka jawapannya. Affiliat…

Scam Alert: Buat Duit Dengan Survey

Betul ke boleh buat duit dengan isi dengan survey? Itu adalah antara email perta…