Sebelum ini ada beberapa kes melibatkan penipuan pembelian gadget dan alat elektronik yang menerima telefon palsu dan juga lesung batu. Namun, kini ia bukan lagi penipuan di internet. Malah ia turut berlaku di PC Fair. Jika anda ke PC fair, mohon berhati hati agar tidak membeli produk tipu. Ia bukan tiruan sebaliknya tipu semata mata.
Ia didedahkan oleh forum di Lowyat.net. Ia dibeli di PC fair.
Pada luaran, ia seperti hardisk biasa. Langsung tidak tumpah seperti hardisk sebenar. Namun, kita lihat apa yang ada didalam…
Inilah kandungan “hardisk” berkenaan. Malah resit pembelian juga adalah daripada syarikat yang tidak wujud. Ia begitu licik. Malah pihak berkuasa pun tidak boleh membuat apa apa kerana peniaga ini tiada premis. Dan alamat yang digunakan adalah palsu.
Namun ada saranan untuk penganjur PC Fair.
Bagi pihak penganjur, mereka perlu memastikan semua syarikat yang menyertai PC Fair anjuran mereka adalah syarikat yang berdaftar dan sememangnya wujud. Ia adalah untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi selepas ini. Yang menjadi mangsa ialah pengguna seperti kita.
Jika terkena pada kita sendiri, pasti kita akan berasa cukup marah. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan peserta yang dibawa oleh mereka dalam pameran dan jualan mereka adalah peniaga yang sebenar, bukan penipun yang mencari mangsa.
Biasanya kes sebegini akan berlaku kepada penghujung PC fair. Jika berlaku pada awal PC Fair, pasti akan membuat aduan. Jika pada penghujung, mereka akan terlepas dengan mudah. Jadi hati hati ketika membuat pembelian ketika membeli barangan komputer di PC Fair.

Incoming search terms:
- rgcx scam
- rgcx tipu
- rgcx penipu