Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Scam Alert: Skim Pelaburan Stevia
Scam Alert

Scam Alert: Skim Pelaburan Stevia

sham 31 Comments

Stevia merupakan satu tumbuhan herba yang ada potensi untuk dibangunkan.Saya sendiri pernah menulisnya di akhbar berkenaan stevia ini pada 3 februari 2010 di Akhbar Berita Harian.

artikel stevia

Namun, ada pihak yang mengambil kesempatan yang menawarkan pelaburan penanaman stevia. Malah ada pihak yang menjanjikan bulan dan bintang untuk menari pelabur. Mereka janjikan pulangan dalam beberapa bulan dan sebagainya.

Ini adalah contoh pelaburan yang menipu pesertanya. Malah ramai yang mula komplen tidak menerima sebarang pembayaran daripada pelaburan mereka sebelum ini.

Bagaimana untuk mengetahui skim berkenaan betul atau tidak?

Anda boleh melayari senarai syarikat yang berdaftar dalam menawarkan skim berkempentingan ini..

http://www.ssm.com.my/en/company/is-registered-scheme-public

Jika tidak terdapat di laman web SSM, elakkan kerana ia berkemungkinan besar adalah tipu. Malah dalam jenis perniagaan kontrak farming sebegini, hanya 6 syarikat yang berdaftar.

kontrak farming

Jadi syarikat lain yang menawarkan sebarang pelaburan adalah tidak berdaftar. Yang terbaru yang memenuhi akhbar berkenaan pelaburan stevia dan pelaburan bistro stevia. Malah saya merujuk kepada Fanpage Facebook mereka, ia dipenuhi dengan komplen daripada pelabur mereka.

Ini adalah antara print capture fanpage mereka sebelum didelete oleh mereka. Bagi mereka yang tertipu, boleh membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.

Buat pengetahuan anda, mereka adalah kumpulan yang sama dalam penipuan

1. Monsun Biz

2. Mobile Income

3. SeeMore

4. Dinar Reserve

5. Maroon Online

6. Magic Water

dan banyak lagi skim yang melibatkan kerugian jutaan ringgit. Mereka memang bijak mengunakan media dan sering kali mengubah modus operandi mereka. Model hit and run mereka telah menyebabkan ramai yang kehilangan simpanan dan dihimpit hutang apabila membuat pelaburan dengan mengunakan pinjamanan.

Saya sendiri berasa pelik kerana masih ramai yang tertipu sedangkan mereka ini mempunyai track record yang buruk dan panjang. Daripada pemerhatian saya, mereka cuba menukar identiti contohnya Puan Nora telah menukar nama kepada DR. MORA ADEK.

Saya tidak dapat pastikan daripada mana beli mendapat gelaran Doktor sebab setahu saya beliau hanya mempunyai sijil spm ketika menghadiri road show Mobile Income 3 tahun lepas. Ia berkemungkinan gelaran yang tidak diiktiraf oleh mana mana lembaga profesional ataupun agreditasi yang berkenaan.

Saya mengikuti perkembangan mereka ini, namun agak malas menulis berkenaan perkara ini. Namun setelah melihat terlalu banyak komplen mereka yang tertipu. Ia menjadi satu perkara  yang perlu dihebahkan agar tidak ada lagi yang akan tertipu.

Mereka cukup pakar dalam mengunakan media. Malah saya pernah melibat beberapa kali di slot Malaysia Hari Ini (MHI). Ia adalah slot berbayar. Mungkin sebab itu TV3 tidak menolak iklan advertorial sedemikian. Kepada pembaca artikel ini, mohon disharekan agar tidak ramai yang tertipu lagi.

Suatu ketika dahulu, media sosial masih tidak sepopular dan sekuat sekarang kesannya. Dengan kekuatan media sosial hari ini, ia akan menjadi satu sumber viral yang berkesan untuk membanteras penipuan yang melibatkan kerugian yang besar kepada bangsa dan negara.

Artikel Berkaitan
  • 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah – BNM
    Bank Negara Malaysia mengeluarkan  senarai 77  syarikat yang menawarkan pelaburan yang tidak sah d...
  • Senarai Scam Alert Bank Negara 11 May 2017
    Senarai scam alert bank negara telah diumumkan lagi. Mohon jangan terkejut sebab ia sudah dijangka. ...
  • Senarai Scam Alert Bank Negara Malaysia 18 Mei 2017
    Senarai Scam Alert Bank Negara Malaysia telah diterbitkan lagi. Kini ia sudah berjumlah 300 skim yan...
  • Scam Alert: Maybank Phising Email (Critical-Problem)
  • Scam Alert: Penipuan Pelaburan Penternakan Layang Layang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • bistro stevia station
  • DR MORA ADEK
  • stevia station bistro malaysia
  • bistro stevia
  • rakan bistro stevia
  • stevia bistro station
  • pelaburan stevia
  • stevia station bistro
  • stevia station
  • stevia dr zubir
Post Views: 1,660
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:dr mora dr mora adek khasiat stevia megaherbs bioextreme megaherbs extreme pelaburan berkepentingan pelaburan stevia pelaburan stevia scam pelaburan stevia tipu puan nora ssm stevia

Related Articles

Scam Alert: Home Data Entry
Kerja dari rumah menjadi idaman setiap orang. Lebih masa untuk …

Scam Alert: Home Data Entry

Saya beru menerima yang kononnya voucher percuma bernilai RM500. Ia …

Scam Alert: CIMB GIFT VOUCHER

31 Comments

  1. sunrise

    aku pn dh kena tipu…janji hanya tinggal janji..zubir! aku x kan halal kan duit aku dunia akhirat!

  2. sham

    dah start dah ke? cepat benor kali ini dah “matang” penipuan diorang ni.

  3. abdfatah

    ada satu lagi iklan berkaitan dengan agrofarm apa entahnya… entah boleh ke tidak hasilnya… kena kur modal macam biasa aaa… pastu tunggu bayaran masyuk…

  4. sham

    tak lama lagi berkubur juga la.

  5. bonda

    baru-baru ni ada iklan di akhbar kosmos mengenai pelaburan membuka bistro stevia club………..agak teruja juga dengan promo yang diberikan…….adakah ia juga satu penipuan oleh pihak bioextreme herbs…..minta pendapat ……

  6. roslina

    haah la…betul ke tak bisnes ni…

  7. roslina

    pagi tadi keluar kat MHI memng berminat jer nak join…tp bile dah bace blog2 cam ni… takot lah nak join…

  8. hahaha

    hahahha..muka dia ni byk terpampang kat highway punya billboard.konon iklan rakan niaga bersama.tgk muka dia pun aku dah tau dia ni penipu.mcm bongkak semacam.muka xde kredibiliti.

  9. sham

    hati-hati, mereka mempunyai track rekod yang tak baik. Apatah lagi menawarkan pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap macam tu.

  10. sham

    di MHI tu adalah Advertorial.. Ia sebenarnya iklan. Tapi dalam bentuk demo. Sebelum ni seperti monsoon biz dan seangkatan dengannya memang guna cara yang sama untuk menarik minat mangsa dan pelabur baru.

  11. Califf

    Stevia is a good business u guys should join… X elok burukkan periuk nasi org… Xkanlah nk menipu klu ofc n document yg seangkatan dgnnya complete? Haihhh manusia manusiaaa

  12. sham

    Califf, itulah kerja mereka yang berlaku sebelum. Iklan setiap hari di akhbar. Masuk TV…last2, tinggal pelabur terkapai kapai.. baca dulu artikel sebelum ini tentang mereka ini. kalau mereka dah nak bisnes betul2, okay la.. cuma saya masih tak setuju dengan kaedah pemasaran berbentuk pelaburan mereka.

    Print capture facebook diatas adalah daripada fanpage mereka sebelum ini sebelum ia didelete. Fikir juga periuk nasi mereka yang dah terkena. Siapa nak banyar loan mereka buat untuk “invest” sebelum ini.

  13. sham

    Ini banyak lagi cerita tentang mereka ini oleh mangsa-mangsa mereka –
    http://www.majalah.com/?classified:megaherbs-bioextreme-penipu:85RXC5Q7FS

  14. sham

    Bagi yang tertipu boleh hubungi Suka Guam sukaguam@gmail.com . Dengar cerita mereka sedang mengumpul maklumat berkenaan individu yang berkenaan.

  15. Pingback: 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah – BNM
  16. Rohimah

    Datuk Dr Zubair Yahaya ni memang PENIPU. Memula dia buka MiRSB yang jual Monsoon, jual SMS, payment gateway. etc..etc dengan Puan Nora. Kalau tak silap saya 5 ke 6 tahun yang lalu. Pelaburan bukan sikit-sikit, sampai ratusan ribu tapi lepas tu lesap. Then derang buka pulak perniagaan magic water dengan modus operandi yang sama dengan MiRSB. Tak cukup menjahanamkan duit-duit ibu tunggal, bapa tunggal…etc..etc..derang buat balik penipuan derang ngan stevia. Kalau korang perasan, Datuk Dr Zubair ni jugalah jadi producer Gentayangan tapi mengalami kerugian dan filem tu pun tak dapat ditayangkan di pawagam. Jahat derang ni…tak der hati perut. Pangkat DATUK dan DR tu diBELI… Tangkap dan sumbat je dalam jail…

  17. sham

    syarikat mereka termasuk dalam senarai 77 pelaburan yang sedang diperhatikan oleh BNM.

  18. plabur malang

    hari ni brlaku lg ke kecohan d pejabat mereka tp heran knapa mereka msih bleh broperasi…td sy nmpak brtimbun lg dokumen plabur baru…bank negara nk tungu smpai bila baru ambik tindakan….dr zubir lari dr brsemuka dgn plabur dn yg paling lawaknya tukang kebunnya si mahadi plak yg kluar utk buat pnjelasan mmang kecoh la td

  19. sham

    Ia melibatkan menteri juga…itu yang slow ambil tindakan.. Yang rasmi skim diorang bukan calang2 orang, menteri kewangan kalau tak silap..Itu kot BNM lambat semacam je..

  20. fauzi

    Terima kasih daun keladi. Ada cerita boleh kongsi lagi. Jadi pengajaran buat orang ramai. Saya panjangkan hal ini di blog saya.

  21. mangsa mobile income

    ke neraka mereka2 ini..x sangka masih hidup lagi dgn penipuan berterusan

  22. berita terhangat!!

    MARI BERAMAI-RAMAI JUMPA ORANG GILA INI DI BALAI POLIS KEPONG, ESOK 10 PAGI (22 NOV 2012).

    BERITAHU SEMUA ORANG!!! BAWA KAYU DAN BESI.

  23. zaini

    aku kena tipu rm 10000. kita sama-sama report polis

  24. sheikh88

    tibai je dia nie….biag org2 lain yg niat nak tipu serik nk buat

  25. sheikh88

    ataupun mangsa2 tipu tue collect duit srg 1k ,kalau 20 org dh 20k…pastu upah org carik dia…mcmne?

  26. fauziah22

    aku pun kena tipu,ngan org gile ni

  27. Apuhh

    Aku dah kene tipu RM20K… ada lagi yg kene tipu sampai 1 juta dgn projek FIB dia nie si Nora Bangsat… nak cari dia…ada di Kota Kinabalu…selalu kuar dlm metro iklan dia tentang koperasi la..apa bende la…lepas seminggu dari tarikh post nie…repot kat polis…minta surat dr mahkamah utk suruh bangsat tu byr balik…celaka bangsat nora tu….

  28. badrol

    Ada x yg dpt gantirugi..blh bantu? Sy juga kena tipu..

  29. sham

    takde harapan, biasanya tiada. siapa yang nak bayar gantirugi?

  30. azam

    Assalam Sham…
    Boleh tlg check Seputeh Resourses?

  31. yati yacob

    Sekarang ini ada satu lagi skim yg lebih kurang sama. Bayar rm1500 dlm masa 5bln akn dpt pulangan rm1500. 4bulan pertama diberi barang berharga rm600. Syarikat kongsimakan bhd. Adakah ini juga yg menyalahi akta bnm. Harap dapat pencerahan .

  32. Ja

    Saya ade jumpa muke seakan puan nora stevia ni.. Die sedang giat aktif dlm pelaburan mainan

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Puan Nora Kaki Penipu?

Saya baru sahaja menerima satu lagi email dari Ingo Storm, owner bagi produk Mag…

Lepas MIRSB, Sekarang Magic Water Pulak

Ramai mangsa Mobile Income, BossMailer, Seemore dan Monsun Biz sebelum ni dah te…