Skim Abunur ini sebenarnya telah dimasukkan ke dalam watchlist Bank Negara Malaysia pada 27/5/2016 yang lepas dibawah skim tidak berlesen. Namun, rasanya ramai yang masih tidak tahu dan operasi mencari mangsa masih lagi berlaku di internet terutamanya di media sosial termasuk facebook.
Syarikat yang mengendalikan skim ini adalah Pioneer Forest Sdn Bhd.
Berikut adalah antara program yang ditawarkan mereka ini. Katanya berlandaskan syariah. Tapi melanggar kriteria syariah.
Analisa Pelan Pemasaran
Berdasarkan pamplet pemasaran mereka ini, pelaburan bernilai RM1140 akan menjadi RM4851 dalam masa 1 tahun iaitu lebih daripada 300%. Kayo cepat lah pok cik nanti ya.
Seperti Skim Cepat Kaya lain yang mensasarkan masyarakat Islam dan Melayu. Mereka seringkali mengunakan agama sebagai penarik seperti Mecca Islamic Hotel yang telah menyontot baru baru ini. Malah dalam skim ini juga ada menawarkan pengajian dan pemahaman Al-Quran tetapi mereka tak amalkan sebab menawarkan pulangan yang tak masuk akal. Macam tak mengaji al-quran pun ada bila menawarkan satu pelaburan yang berteraskan riba.
Berdaftar dengan SSM?
Owh..Berdaftar dengan SSM bukan satu bukti yang kukuh mereka menjalankan perniagaan yang sah disisi undang-undang. Mereka lupa untuk menawarkan pulangan tetap kepada pelabur atau ahli mereka.
Jaminan Keuntungan Tetap Adalah Riba
Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut :
“(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)”[Hadith riwayat Imam As-Syafie, Imam Ahmad, Imam Ibn Hibban, Imam Abu Daud : no 3508 ; Menurut Syaikh Albani : Hadith ini Hasan]
Mereka lupa, bagi membolehkan mereka mengambil deposit daripada orang ramai, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Bank Negara Malaysia.
Daripada laman web mereka iaitu Abunur.com, mereka menjalankan banyak perniagaan. Namun yang salah ialah menawarkan peluang pelaburan dengan jaminan 100% keuntungan berlibat kali ganda. Anda boleh lihat kepada pelan mereka diatas.
Kenapa BNM dan Polis Belum bertindak?
Ia bergantung pada aduan. Jika belum ada aduan, maka tindakan agak perlahan. Dengan kata lain, dah sontot dan banyak aduan barulah penangkapan akan dibuat sebagaimana kes Highway Group beberapa hari lepas selepas semua dalang telah ditangkap.
Skim ini masih berjalan dan masih melakukan proses rekrut mangsa baru. Anda boleh melihat skim ini berada pada no.183 dalam consumer alert BNM. -http://www.bnm.gov.my/documents/2016/20160627_FCA_EN.pdf
Analisis Laman web Abunur
Laman web mereka ini didaftarkan menerusi Dynadot dan bakal tamat pada 9 September 2016 ini. Tidak banyak maklumat yang boleh diperoleh kerana mereka mengunakan perkhidmatan whois privacy. Malah server yang mereka gunakan juga berada di Amerika Syarikat.
Ulasan Ringkas
Saya tak nak mengulas panjang kerana ia sudah masuk dalam watchlist. Jadi tunggu masa untuk pihak berkuasa membuat serbuan. Kalau tengok marketing plan kat atas tu pun anda boleh menilai sendiri betapa tidak logiknya pulangan yang ditawarkan.
Update: Saya dapati nama Abunur.com mempunyai kaitan dengan Rumah Anak Yatim dan Orang Tua Abu Nur di Pengkalan Hulu(Abunur.net). Menurut laman web mereka. Syarikat Pioneer Forest Sdn Bhd adalah konsultan mereka untuk mendapatkan dana. Mungkin mereka dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggung jawab untuk membuat skim cepat kaya ini.
Anda sendiri boleh nilai ia skim cepat kaya atau tidak.Jika terdapat sebarang komen, boleh komen dibawah.
Kemaskini 24 Oktober 2016:
Skim ini mula tidak membayar dan mula memberi pelbagai alasan. Paling biasanya ialah kes pecah amanah, overpaid dan sebagainya. Dalam kes Abunur ini mereka memilih alasan overpaid. Macam biasanya je alasan skim cepat kaya ni..hahahaha
Selain itu, terdapat satu page diwujudkan untuk menuntut duit mereka dikembalikan. Saya jangka ia tipis. Penganjur dan cabut lari, buat apa nak tinggal lagi kan? Mereka pasti dah bawa lari duit duit pelabur mereka dan merancang untuk buat skim baru pulak.
Kesian rumah anak yatim dan miskin ABUNUR. Nama mereka terjejas teruk. Matlamat tak menghalalkan cara. Cari dana bukan dengan cara skim cepat kaya dan riba. Nama mereka telah dipergunakan oleh orang tak bertanggungjawab.
Menangislah di bucu katil ya. Duit mungkin agar sukar untuk diperolehi. Mungkin mereka sedang enjoy sakan diluar negara.
Please share artikel agar tiada ada yang tertipu lagi selepas ini.
Mustakim
Terkeliru sebab , saya dah joint secara aktif pelaburan seperti ini sejak 2007 lagi tapi tak ada masalah payment dan sekarang dah terkumpul lebih 15000 lot , tapi ok no problem.
sham
Dari segi payment pada sekarang mungkin tiada masalah. Bila dah masuk dalam watchlist BNM,
1. Kertas siasatan dibuka.Apabila ia siap, akaun pihak terlibat mungkin akan dibekukan.
2. Dari segi hukuk syarak, skim begini adalah riba. Sebagai seorang islam, boleh mengistiharkan perang kerana orang yang menerima riba secara sukarela ini berperang dengan Allah.