Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Skim Penipuan Pelaburan Di Telegram
Scam Alert

Skim Penipuan Pelaburan Di Telegram

sham No Comments

Skim pelaburan semakin berleluasa apabila ekonomi tidak cantik. Sebab lebih mudah untuk mereka menyucuk jarum skim mereka. Mereka membuat group telegram yang add mereka yang set akaun telegram mereka yang terbuka. Skim yang ditawarkan juga tidak masuk akal. Terbaru Suruhanjaya Sekuriti juga memberi amaran berkenaan pelbagai skim penipuan pelaburan di telegram ini.

Selain itu, mereka juga menyamar mereka yang terkenal dalam pasaran saham seperti Maher Saham, DDNK dan ramai lagi yang menjadi mangsa penyamaran mereka.

Skim Penipuan Pelaburan Di Telegram

Diatas adalah skim yang mengunakan nama MAHER SAHAM. Tuan Maher Alias merupakan remisier akaun CDS saya di M Plus. Scammer telah mengunakan nama beliau untuk menipu orang ramai. Tuan maher merupakan antara top remisier di Malaysia. Jadi beliau menjadi mangsa yang mengunakan nama beliau.

Tawaran Tidak Logik Akal

Mereka juga tidak menawarkan pelaburan saham, kripto dan juga pelbagai intrumen popular untuk menjadi mangsa. Apa yang ditawarkan juga tidak logik. Contohnya diatas dengan RM1000 akan mendapat pulangan RM1300 dalam masa sehari. 30 peratus sehari. Kalah dividen ASB setahun, dapat sehari je..hahahaa

Jika anda telah dimasukkkan kedalam mana mana group pelaburan macam ni. Anda boleh ubah privacy akaun telegram anda kepada contact only. Jadi hanya kenalan anda boleh masukkan ke dalam mana mana group telegram. Malah mereka ini agresif menambah bakal mangsa mereka ke dalam group mereka. Mereka juga membuat post dalam group mereka dengan mengunakan BOT kononnya ada yang mendapat pulangan daripada pelaburan mereka. Padahal “testimoni” tersebut adalah tipu dan tidak sah. Ia adalah bot sahaja. Semuanya sudah dirancang, kita je yang lalai.. hahaha

Jangan Tertipu dan Menyertai Pelaburan di Telegram Scam ini

Please jangan tertipu dengan skim sebegini. Ia sangat tidak logik dek akal. Mana ada yang boleh tawarkan pulangan sebegitu tinggi dalam masa yang singkat. Kecuali ada ada ilmu dan trade sendiri dalam pasaran saham, futures, kripto dan juga forex.

Saya ulang, ada ilmu. Jika nak jadi seorang trader, lengkap diri dengan ilmu teknikal analisis terlebih dahulu. Jika ada akaun demo, berlatih dahulu dengan akaun demo. Jangan tergesa gesa membuat deposit dan trade. Jika tanpa ilmu, ia boleh dikatakan sebagai judi.

Taktik pulangan yang tidak masuk akal ini merupakan antara taktik biasa oleh scammer untuk mencari mangsa yang sedang terdesak dengan masalah kewangan. Mereka akan gunakan duit yang berbaki yang mereka ada untuk melabur. Itulah duit untuk sewa rumah, susu anak dan makan minum. Habis dilaburkan. Akhirnya ia MELEBUR tanpa mendapat satu sen pun.

Skim sebegini biasa akan berikan pulangan terlebih dahulu. Apabila mangsa mereka lalai, membuat pelaburan baru yang lebih besar. Mereka buat pinjaman, jual harta benda untuk melabur dalam skim berkenaan. Tiba tiba tiada lagi pembayaran dibuat dan skim ditutup.

Belajar Daripada Yang Berlaku Di Indonesia

Di negara jiran kita, kini gempar dengan pelbagai pelaburan. Daripada pemerhatian saya, ia lebih kepada judi ala slot dan juga betting. Online kasino gitu. Mereka mengunakan influenser media sosial untuk mempromosikan program mereka. Ini menyebabkan ramai yang menyertai program mereka. Antaranya Binomo dan banyak lagi.

Daripada komen yang mereka yang menjadi mangsa, apabila sudah profit. Aplikasi berkenaan menjadi hang dan duit yang untung hilang. Daripada pembacaan saya, ramai yang kehilangan ratusan juta rupiah. Malah ada yang menjual tanah dan rumah untuk menyertai program berkenaan.

Ini sebenarnya sudah berlaku di Malaysia sebelum ini. Saya sudah banyak kali memberi peringatan. Pelbagai skim sudah saya londeh sebelum ini. Highway la, mobile income la.. Semuanya mengunakan modus operandi yang sama. Awalnya mereka membayar. Apabila sudah ramai yang join dan sudah tahap keuntungan mereka besar. Mereka cabut lari dan membuat skim yang lain pula.

Dibelakang skim berkenaan, mereka sudah merangka exit plan mereka apabila untung dan cabut keluar. Yang menyertai mereka pun jadi papa kedana kerana sudah all out dengan duit yang ada termasuk membuat pinjaman.

Jangan Tertipu lagi!

Dah la itu sahaja duit yang ada. Kena tipu pula. Itu yang ada hilang pertimbangan dengan membunuh diri dan sebagainya. Yang pasti, bukan senang nak senang. Itu realiti yang perlu anda hadapi. Biar hasil sediri, tetapi ia berhasil dan halal. Jangan tertipu lagi dengan penipuan pelaburan di telegram ini.

Tambah ilmu. Banyakkan membaca.

Artikel Berkaitan
  • 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah – BNM
    Bank Negara Malaysia mengeluarkan  senarai 77  syarikat yang menawarkan pelaburan yang tidak sah d...
  • Scam Alert: Penipuan Pelaburan Penternakan Layang Layang
    Keratan artikel dari Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 10 Mei - Penipuan membabitkan skim pelaburan bur...
  • Dana Haji Jasman Kini Aktif Kembali
    Program skim cepat kaya Dana Haji Jasman kini kembali aktif. Malah bekas mangsanya kini kembali dide...
  • Skim Venus FX Terkubur, Kerugian lebih RM80 Juta
  • Pelaburan Penternakan Cacing Tipu Pun Ada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • https://www shamsuriyadi com/scam-alert/skim-penipuan-pelaburan-di-telegram/
Post Views: 2,135
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:pelaburan telegram penipuan di telegram scammer telegram skim pelaburan telegram skim penipuan di telegram

Related Articles

Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu
Lagi tentang skim cepat kaya. Kali ini dalam bentuk koperasi. …

Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa skim yang dibawa …

Mecca Islamic Hotel Adalah Mecca Fund Global

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

dinar dirham

Skim Dinar Dirham Global

Dinar Dirham ini adalah antara skim yang baru sahaja dimasukkan ke dalam senarai…

Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Tadi saya menerima 2 panggilan daripada 2 nombor berbeza. Mereka mengunkana nomb…

Maybank2u Phising Email

Mungkin dikalangan anda yang tak tau bagaimana bentuknya email phising maybank2u…