Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Status Terkini Skim Getthiss – Tukar Nama My Mini Web
Scam Alert

Status Terkini Skim Getthiss – Tukar Nama My Mini Web

sham No Comments

Sebenarnya saya dihubungi beberapa individu peserta Getthiss yang saya pernah tulis sebelum ini di FB. Saya memang tak ambil port sangat berkenaan skim-skim baru yang mencari mangsa. Bagi yang dah terkena, boleh muhasabah diri. Maafkan saya kerana tidak mahu terlibat dalam masalah kamu.

getthiss

Terus terang, saya tak reply pm ni. Buat apa penat masuk court benda yang saya tak terlibat langsung. Saya sudah beri peringatan dalam artikel saya sebelum ini. Agak lama saya tinggalkan blog ini berikutan masalah kesihatan “ghaib”. Tiada semangat, blur. Alhamdulillah semakin sihat. Mungkin akan kembali aktif dengan artikel baru selepas ini. Cuma segmen scam alert, saya akan kurangkan.huhuhu. Tak tahan weh dengan sihir.

Status Terkini Getthiss?

Saya buat semakan laman web getthiss.com, ia telah dibawa ke laman web baharu iaitu myminiweb.com. Konsep yang sama dengan getthiss jika tak silap saya. Jadi saya cari skit kat fanpage mereka, program baru mereka namakan program keusahawanan myminiweb.

Hasil google berkenaan skim baru ini pula membawa kepada fanpage mereka berkenaan skim yang diremajakan semula ini. Di fanpage, kali terakhir dikemaskini adalah mac 2018. Jadi boleh saya katakan, sudah ditinggalkan juga skim baru ini.

Keratan akhbar ini juga saya cilok daripada fanpage mereka.

Daripada perkembangan dalam fanpage mereka boleh dikatakan projek fail dan mungkin mereka sudah buat skim baru dengan nama yang lain. Mangsa yang fresh. Yang lama tu, biar mereput di bucu katil. Menangislah sepuas puasnya. Duit nak dapat balik memang tipis sebab mereka yang buat skim ini sudah prepare segala macam perjanjian berserta dengan peguam untuk memudahkan mereka melepaskan diri.

Skim penipuan sekarang semakin canggih. Mereka yang buta IT memang akan terkena dengan segala janji manis seperti madu. Jadi jutawan jika melanggan pakej sekian-sekian. Pada awal, pembayaran dibuat. Kemudian mereka akan cabut lari untuk membuat skim baru. Ini sudah banyak terjadi kat Malaysia ini.

Cuma ramai yang tak nak belajar. Tak nak cari maklumat dulu dan berfikir. Mereka bukan bodoh, ada yang golongan profesional pun ada yang join. Cuma Allah tutupkan hati mereka untuk belajar dengan yuran kebodohan dengan skim sedemikian.

Apa nak buat untuk tuntut balik duit?

Seperti yang pm saya tu, boleh upah lawyer. Tapi peluang agak tipis sebab penganjur skim berkenaan juga sudah bersedia dengan lawyer dan perjanjian yang anda tandatangani yang pasti anda akan kalah jika masuk mahkamah sekalipun.

Bagi yang dah melabur dalam jumlah yang besar, boleh cuba bawa untuk ke mahkamah. Tapi jangkaan saya tetap sukar. Mereka boleh menutup syarikat,liabiliti ditanggung syarikat yang ditutup berkenaan. Mereka cuci tangan dan buka skim baru untuk mencari mangsa baru.

Bukan senang nak senang. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Semua orang pernah buat silap. Jadi belajar daripada kesilapan.

Saya tak buat kajian yang terperinci berkenaan skim baru mereka buat tu. Jadi tak boleh nak komen banyak, cuma kalau fanpage pun dah setahun lebih tak aktif, memang skim berkenaan sudah ditinggalkan sudah bergerak perlahan. Sudah hampir matang dan bersedia untuk tutup dan buka skim baru pula selepas ini.

Laman utama Getthiss sebelum ini memang dibawa ke laman web baru. Konsepnya macam laman web getthis sebelum ini yang menawarkan ruang pengiklanan. Masalahnya trafik takde, dah seonya out. Memang tak ranking kat google.

Semakin WHOIS juga ada whois privacy. Namun domain berkenaan akan tamat pada januari 2020. Jadi 3 bulan lagi la jika dikira semasa artikel ini ditulis. Laman reseller getthiss masih ada, cuma ramai tak boleh akses. Ada yang mengadu sebelum ini, mereka yang bising nak duit mereka kembali akan diban daripada laman reseller getthis.

Jadi kena diam je kalau tak, kena tendang keluar. Bukti pakej-pakej yang beli sebelum ini pun kena delete. Jadi tiada terus bukti nak tuntut duit. Penganjur skim berkenaan sememang sudah bersedia dengan exit plan mereka setelah matang. Tiada lagi mangsa baru masuk.

Semoga update ini bermanfaat. Sebelum itu, semasa kemuncak getthis saya pernah dijemput untuk ke fiesta Getthiss  dan mereka siap nak offer nak wartawan interview saya lagi.hahahah

Tapi sayang, namanya pun dah bertukar menjadi kambing buncit. Adoi..hahahah

Artikel Berkaitan
  • Senarai Pelaburan Tidak Sah Oleh Suruhanjaya Sekuriti
    Demam skim cepat kaya kembali lagi. Kini makin menjadi-jadi pula skim yang direcycle balik dengan na...
  • Nak Tukar Harga SMS pada Sistem Sms
    Saya menerima satu email yang bertanya tentang bagaimana untuk menukar harga sms yang dicaj kepada p...
  • Perjuangan Baru Bermula
    Nampaknya shuhaimy aka Shuth dah tukar status kepada usahawan internet sepenuh masa. Kerjayanya seba...
  • Akhirnya Dapat Google Authority Site
  • Skim Cepat Kaya Guna Nama Islam Di Perak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 44
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:getthiss skim getthis

Related Articles

Saya tidak akan berhenti untuk menulis tentang scam alert dan …

Maybank2u Scam Alert Lagi

Scam Alert: GilaDuit.com
Saya akan tambah kategori baru di blog ni. Ia adalah …

Scam Alert: GilaDuit.com

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Scam Alert! Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Skim GetThiss

Saya peram artikel tentang Gethiss ini agak lama. Saya nak lihat sejauh mana ia …