Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Taktik Penipuan dan Jenayah Menerusi Facebook Yang Perlu Anda Tahu
Scam Alert

Taktik Penipuan dan Jenayah Menerusi Facebook Yang Perlu Anda Tahu

sham 12 Comments

Ini merupakan sambungan kepada post saya sebelum ni tentang Taktik Scammer mencari Mangsa di Facebook. Penipuan sebegini semakin menjadi jadi sejak akhir akhir ini kerana kelemahan Facebook yang membolehkan ia dieksploitasi oleh penipu.

Antara Taktik yang digunakan oleh scammer ialah:

1. Mengodam akaun  dan menyamar sebagai yang dalam kesusahan. Mereka akan merayu agar memberikan wang untuk menyelesaikan masalah. Ini pernah terjadi kepada sabri saifulsham.

2. Menyamar menjadi sahabat. Apabila sudah rapat, mereka mula menipu. Antaranya menyatakan mereka ditahan di KLIA kerana membawa jutaan dollar dan memohon pertolongan untuk melepaskannya dan mendapat habuan daripada wang berkenaan.

3. Penjenayah mendakwa menghantar barang kepada mangsa tetapi ditahan oleh kastam. Mangsa perlu membayar untuk menyogok pegawai agar  dapat diserahkan kepada mangsa. Kaedah ini banyak berjaya diselesaikan oleh pihak polis. Penjenayah ini biasanya didalangi oleh warga Nigeria dan dibantu oleh rakyat tempatan.

4. Mangsa membeli barangan. Kemudian mereka mendakwa, mereka ditahan oleh imigresen kerana membawa terlalu banyak wang dan tidak diistiharkan. Mereka meminta mangsa membayar sejumlah wang untuk melepaskan suspek agar barangan boleh diserahkan kepada mangsa.

5.  Mengunakan kejadian malapetaka tertentu seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya untuk meminta derma.

6. Manipulasi status di laman sosial untuk melakukan jenayah seperti rompak, rogol dan mencuri. Bagi mereka yang sentiasa update dimanakah kedudukan anda berada, hati-hati. Rumah anda mungkin menjadi mangsa. Anda keluar rumah, update di FB. Mereka pun bermaharajalela la di rumah anda kerana tahu anda tidak ada dirumah. Atau anda sendiri menjadi sasaran penculik.

Mangsa penipuan pula biasanya terdiri daripada:

  1. Baru nak main main dengan internet dan FB. Bila dapat “kawan” daripada UK, seronok gila sampai lupa dunia.
  2. Mereka yang tak ambil kisah tentang keselamatan data mereka di internet.

Antara penipuan dan program yang tidak sihat seperti penipuan internet seperti phising, promosi laman web skim cepat kaya, pemalsuan dokumen, penyalahgunaan laman blog untuk menyebarkan fitnah atau hasutan, penyebaran video dan gambar lucah, perisian cetak rompak, kecurian identiti atas talian, atau pencerobohan terhadap sistem maklumat.

Dunia hari ini tanpa sempadan. Jangan percaya 100% apa yang anda jumpai di internet. Anda perlu berhati hati agar tidak menjadi mangsa.

Artikel Berkaitan
  • 10 Bahaya Facebook Yang Perlu Anda Tahu
    Dalam statistik terbaru, lebih dari 10 juta rakyat Malaysia telah mempunyai akaun Facebook. Ia berke...
  • Scam Alert: Penipuan Menerusi Facebook
    Facebook merupakan satu trend terbaru kepada ramai orang hari ini untuk berkomunikasi. Jutaan orang ...
  • Penipuan SMS Yang Perlu Anda Tahu
    Sebelum ni, saya telah menulis satu report percuma yang diberi nama Penipuan Internet Yang Perlu And...
  • Awas Taktik Penipu Mencari Mangsa Di Facebook
  • Panduan Pengiklanan Dengan Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • jenayah facebook
  • penipuan di facebook
  • penipuan facebook
  • penipuan dalam facebook
Post Views: 7,902
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Pelajar Nigeria dipenjara tipu e-mel
Pada akhbar harian Metro, akhirnya seorang pelajar dari Nigeria dipenjara …

Pelajar Nigeria dipenjara tipu e-mel

Pelajar Afrika dalang skim cepat kaya diberkas
Ingin cepat kaya tetapi jadi kayap. Itulah yang terjadi kepada …

Pelajar Afrika dalang skim cepat kaya diberkas

12 Comments

  1. pengonar

    izinkan saya copy.. buat rujukan untuk present dalam kelas

  2. sham

    oh..boleh nak salin. Semoga ia memberi manfaat.

  3. faizal

    mcm isu psal FB ni, skrg org bercerai pon ble jd klu psal FB ni, bhaye tol

  4. sham

    jika cemburu melampau. penceraian mungkin berlaku. begitu juga jika terlalu melayan rakan FB. Berpada pada berFB.

  5. Pingback: 10 Bahaya Facebook Yang Perlu Anda Tahu
  6. Puteri Balqis

    Terima kasih atas info yg bermafaat ini, saya akan lebih berhati2 dalam melayari FB..

  7. Pingback: bahaya facebook bagi remaja | rininuryana25
  8. noorliza

    Salaam, baru sahaja mengalami segala modus operandi di atas. Alhamdulillah.saya di lindungi oleh Nya. hati rasa tak kena, tak sedap dan kurang selesa. sehingga lah saya tergerak untuk membuat segala pemeriksaan latar belakang dari individu berkenaan. terima kasih atas penerangan. Berhati-hati dan jangan mudah percaya.

  9. noorliza

    Saya mohon share .terima kasih.

  10. Dik Sue

    Sy pon ade trkrna cmtu skng ni la.tgh berhadapan la skng ni.x tau la betul ke x.sy tgh buntu skng ni.

  11. sham

    Jangan percaya atau bayar apa apa. Kalau tak, burn sesaje duit tu sebab dah beratus kes yang belum selesai lagi. Apa yang boleh pihak polis buat ialah bekukan akaun yang terima duit tu. Tapi mereka biasanya akan withdraw terus duit yang mereka berjaya tipu dan masukkan ke akaun lain. Ini susah untuk pihak polis nak kesan.

  12. Ana

    Macamana kalau beliau siap tunjukkan salinan identity card di uk. Boleh percaya ke tak?

  13. sham

    jangan percaya

  14. Daisy

    Bolehkah kod Telefón dipalsukan apabila kita menerima panggilan Dan sebagainya untuk pemangsa menyembunyikan kedudukan sendiri?

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pelajar Nigeria dipenjara tipu e-mel

Pada akhbar harian Metro, akhirnya seorang pelajar dari Nigeria dipenjara 16 bul…

Scam Alert:Taktik Maybank2u Phising Email

Semakin hari semakin banyak pulak email phising email ni. Ini adalah yang terbar…

Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu

Lagi tentang skim cepat kaya. Kali ini dalam bentuk koperasi. Dalam Utusan hari …