Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Tips
5 Langkah Untuk Membina Mesin Buat Duit Di Internet
Tips

5 Langkah Untuk Membina Mesin Buat Duit Di Internet

sham 1 Comment

Dalam berita tadi ada menyatakan kadar pembelian online di Malaysia telah meningkat. Rata-rata orang membelanjakan RM2600 setahun untuk membeli secara online termasuk pembayaran bil-bil. Jadi peluang untuk anda memulakan bisnes internet semakin tinggi potensinya.

Namun sebelum anda memulakannya terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil kira untuk membangunkan perniagaan internet agar menjadi Mesin Buat Duit anda di internet. Ia dapat memaksimakan keuntungan dan kejayaan perniagaan internet anda.

  1. Target Market Yang Betul
    Anda mestilah mensasarkan pada sasaran yang betul untuk memasarkan produk anda. Jangan main redah atau ikut apa yang orang cakap. Buat kajian terperinci tentang pasaran yang sesuai dengan produk anda. Jika anda mensasarkan golongan berkeluarga, wanita, lelaki dan sebagainya, pastikan pemasaran difokuskan kepada sasaran pelangan anda sahaja. Pastikan juga pasaran anda adalah mereka yang berduit. Jangan pulak sasarkan budak budak yang baru lepas SPM untuk beli produk anda. Mereka tak berduit la bang ooi…
  2. Jual Apa Yang Mereka Nak Beli
    Ia merupakan strategi yang cukup mudah. Anda tawarkan apa yang mereka nak beli. Mereka ada duit dan sedia nak beli. Anda tawarkan sahaja, pasti jualan anda melambung tinggi. Anda boleh buat poll atau kaji selidik untuk membantu anda menentukan produk yang dikehendaki oleh pelanggan sasaran anda.
  3. Laman Web Yang Power
    Laman web anda adalah jurujual anda. Pastikan laman web anda mesra pengguna dan mudah dilayari disamping mempunyai surat jualan yang power. Jika tidak ada kemahiran menulis surat jualan, serahkannya kepada yang pakar dalam penulisan surat jualan. Tunjukkan bahawa produk anda mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Tawarkan produk sebaik mungkin sehingga mereka berat hati untuk meninggalkan laman web anda sebelum mereka membeli produk anda.
  4. Tarik Sebanyak Mungkin Pelawat ke Laman Web Anda
    Tanpa pelawat. Jualan tidak akan berlaku. Anda mestilah menarik sebanyak mungkin pelawat terus ke laman web anda. Gunakan kaedah pemasaran yang anda tahu – join venture, affiliate, forum marketing, seo dan sebagainya untuk menarik pelawat ke laman web jualan anda. Jika gagal, ubah laman web anda agar lebih power. Gunakan khidmat pakar jika perlu.
  5. Tawarkan Back End Offer
    Anda boleh gunakan kaedah up sell dan down sell untuk menarik minat pelawat anda. Biasanya ramai yang menawarkan up sell untuk meningkatkan jualan mereka. Contohnya menawarkan produk pada harga RM20, kemudian ada tawaran yang power untuk membuatkan pelawat anda semakin “bernafsu” untuk membeli daripada anda dengan harga yang lebih tinggi.

Ha…itulah strategi yang digunakan oleh top IM di dunia dan di Malaysia sekalipun. Mereka bukannya membangunkan produk sembarangan. Mereka membuat analisa pasaran terlebih dahulu. Ia termasuklah strategi untuk memasarkan produk mereka dengan cara yang terbaik.

Anda boleh mengaplikasikan langkah ini untuk membantu anda mencipa mesin  duit yang tidak terhingga di internet. Anda mungkin bersusah susah sekali sahaja. Kemudian, nikmatilah pendapatan yang berterusan daripadanya.

Artikel Berkaitan
  • Program Affiliate Paling Lumayan Di Malaysia
    Apa yang anda faham tentang program Affiliate? Sebabnya ada banyak program Skim Cepat Kaya yang meng...
  • Bagaimana Buat USD1000 Seminggu?
    Seronok bukan kalo berjaya buat USD1000 seminggu. Kalo dapat maintain prestasi, USD4000 sebulan atau...
  • Laporan Percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank
    Saya baru sahaja selesai membaca laporan percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank oleh Gobala dan...
  • Buku Kedua: Internet + Produk Digital = DUIT
  • Herba Semalu Ini Akan Buatkan Suami Tergilakan Si Isteri. Power Ni!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 1,344
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:mesin buat duit mesin duit

Related Articles

Bagaimana Untuk Menukar Screen LCD Laptop
Saya buat kerja gila skit baru ni dengan cubaan menukar …

Bagaimana Untuk Menukar Screen LCD Laptop

poskad adsense
Saya ada ditanya oleh pembeli buku Blog + Google Adsense …

Google Adsense: Maklumat Payee Salah, Apa Nak Buat?

One Response

  1. Melayukuhebat

    Petua yg hebat untuk mereka yg baru menceburi perniagaan di internet..TQ 🙂

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Cara Mudah Buat Duit Dengan Youtube

Youtube merupakan salah satu top 5 laman web paling dilawati di dunia. Youtube m…

Kenapa Perniagaan Internet Anda Gagal?

Saya pernah gagal dan masih ada yang gagal. Itulah pengakuan sayaa. Ramai yang m…

Keburukan Program Berkonsepkan Head Hunting

Dunia hari ini memang cukup mencabar.Kelembapan ekonomi, tiada bonus, tiada kena…