Sejak akhir akhir ni banyak pulak orang yang bertanya soalan yang seakan akan sama. Apa yang menyebabkan iklan adword tak jalan atau zero impression? Actually senang je sebabnya. Kadang2 ia orang pandang ringan benda ni. Mungkin juga terlepas pandang. Saya kongsikan kenapa iklan adwords tak jalan…
- Guna Trademark keyword pada iklan. Iklan anda takkan berjalan. Malah anda mungkin akan mendapat email amaran terakhir dari Google agar anda membuang segera iklan tersebut. Delete terus. Walaupun iklan tersebut anda pause, anda tetap akan kena warning. Contohnya trademark keyword adalah wordpress, iphone, ipod dan sebagainya. Saya pernah kena warning disebabkan oleh iklan yang saya pause sejak bertahun dulu.
- Mengunakan URL yang sama dengan pengiklan lain. Ni kes promote produk affiliate la ni. Iklan anda tidak akan berjalan kalau ada pengiklan lain mengunakan url tersebut. Hanya iklan pengiklan pertama je yang akan berjalan. Orang yang selepasnya tidak akan running kecuali dia menfokuskan pada negara yang pengiklan pertama tak aktifkan. Iklan pengiklan kedua akan berjalan jika bajet harian pengiklan pertama dah abis. Selepas tu, pengiklan kedua akan diutamakan selagi bajet harian tidak abis. Iklan pengiklan pertama takkan jalan selagi iklan pengiklan kedua berjalan. Jadi sediakan bajet secukupnya. Contohnya dah ada orang guna domain vemma.com di google adwords, iklan anda tidak akan berjalan.
- Masalah Pembayaran. Jika anda memilih kaedah pre-pay. Anda perlu topup kredit terlebih dahulu. Kalau tidak, iklan anda tidak akan berjalan. Zero impression la memanjang selagi tak bayar.
- Laman Web Single Page. Apa yang saya maksudkan single page ialah laman web yang hanya ada satu page semata mata. Takde link lain dah. Lain ada suruh subcribe atau order. Google dah tak suka laman web terlalu ringkas macam tu. Kalau 2 tahun lepas, takpela. Apa yang perlu anda buat ialah tambah laman contact us, privacy policy dan earning disclaimer.
- Nama anda pernah diblacklist dalam google adwords sebelum ni. Google adwords pun ban orang. Kalau anda pernah diban dan google berjaya mengesannya. Iklan anda pun tak jalan. Anda perlu bersiap sedia untuk diban lagi.
- Domain URL Destination dan DISPLAY URL berlainan. Anda mesti mengunakan nama domain yang sama untuk kedua dua url tu. Contohnya saya gunakan Shamsuriyadi.com untuk Display URL, saya mesti gunakan Shamsuriyadi.com/produk untuk destination URL. Ia mestilah satu domain yang sama.
- Mengunakan redirect servis. Anda tidak dibenarkan untuk mengunakan url redirect seperti tinyurl.com dan sebagainya. Iklan anda tidak akan berjalan kalau anda guna redirect samada servis seperti tinyurl.com mahupun anda redirect mengunakan nama domain anda.
Ini adalah penyebab iklan anda zero impression. Sila semak, ada atau tidak kesalahan ini anda lakukan. Jika salah, sila betulkan segera. Setelah ia diperbetulkan, iklan anda akan berjalan. Pengiklanan di Google Adwords sememangnye leceh kerana polisi mereka yang ketat. Namun, trafik daripada mereka adalah yang terbaik daripada kebanyakan PPC lain yang ada seperti MSN Adcenter mahupun Facebook Ads.
Saya meragui kalau ada orang cakap mereka berjaya dengan Facebook Ads. Sebabnya conversion sangat teruk dan iklan di Facebook sangat mahal. No wonder Mark Zuckerberg menjadi bilion dengan cepat. Malah nilai Facebook kini adalah 40 Bilion dollar hanya dalam masa 4 tahun sahaja.
fatimah
Saya dah cuba klik produk saranan, tp, tak keluar pun.
sham
link problem..nanti saya repair. tak perasan bila tukar hosting.