Saya ada menerima beberapa email yang bertanyakan apa kegunaan bulk sms. Sekarang ni terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan bulk sms ni.
Jadi apakah sebenarnya sistem bulk sms?
Secara umum, bulk sms ialah satu sistem yang membenarkan kita menghantar sms secara pukal serentak dalam satu masa. Konsepnya seperti autoresponder la. Contohnya kita mempunyai 2000 nombor HP pelanggan, kita boleh hantar sms promosi terkini daripada anda kepada semua pelanggan anda serentak terus ke HP pelanggan anda.
Sistem bulk sms ini banyak digunakan oleh organisasi besar seperti bank, syarikat telekomunikasi dan juga pasaraya besar seperti Tesco, Sengheng dan sebagainya. Jika anda seorang ahli Clubcard Tesco, pasti anda akan menerima sms promosi terkini di Tesco berdekatan dengan anda terutamanya ketika musim perayaan.
Semalam saya ada menerima sms promosi daripada RHB bank:
RHB: Enjoy 3.50% pa for 60-month FD placement in March only. For more information call us at 03-9206 8118. Terms and Conditions apply
Jika ada pelanggan mereka yang berminat, boleh menghubungi mereka atau ke cawangan RHB yang berdekatan.
Saya ada juga ada menerima sms promosi daripada Sengheng:
Purchase a Hitachi 1 H/P air-cond (RAS5115CY) @ RM1189 & get FREE Installation worth RM145. Only @ Senheng/senQ outlets. Valid till 31/3.T&Cs apply
Jadi jika ada pelanggan Sengheng yang berminat akan terus ke Sengheng untuk membeli produk yang ditawarkan.
Harga Bulk SMS?
Ia bergantung kepada penyedia perkhidmatan. Ada yang murah dan ada yang mahal. Biasanya penyedia perkhidmatan akan mengenakan caj setup dan juga bayaran untuk kredit sms. Biasanya caj per sms diantara RM0.08 sen ke RM0.15 sen per sms. Dalam bulk sms ia dikira sebagai kredit. Contohnya:
1000 kredit = 1000 sms
1 kredit = RM0.15
Jadi kos untuk 1000 sms adalah RM150. Itu tidak termasuk setup cost.
Biasanya setup kos diantara RM30 ke RM1000 bergantung kepada penyedia perkhidmatan. Malah ada yang menyediakan komisen kepada mereka yang memperkenalkan sistem mereka kepada orang lain.
Jika anda seorang usahawan, cari penyedia perkhidmatan yang menawarkan harga yang berpatutan bagi mengurangkan kos pengiklanan anda. Taip je kat google “bulk sms malaysia”, ada banyak jugak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. Cari & buat perbandingan dulu sebelum beli sistem bulk sms.
Kelebihan Bulk SMS
- Penghantaran sms boleh dihantar ke seluruh dunia asalkan nombor tersebut sah.
- Memudahkan promosi produk kerana orang pasti akan melihat iklan anda di HP mereka.
- Penghantaran secara pukal. Jadi tak la lenguh tangan kalau nak hantar satu per satu.
- Fungsi import nombor, biasanya sistem bulk sms membenarkan kita import nombor dari fail seperti txt atau excel.
- Meningkatkan jualan produk kerana respon sms adalah tinggi berbanding email.
Keburukan Bulk SMS
- Jika dilakukan secara rawak, ia boleh dikira sebagai sms spam.
- Sukar untuk mengetahui penghantar(sender), scammer boleh gunakan sistem ini untuk melakukan penipuan. Ini adalah kerana kita boleh set sender id kepada sesiapa sahaja. Malah boleh set, Maybank2u sebagai sender ID.
- Sesetengah sistem bulk sms, kredit tetap ditolak walaupun sms tidak sampai.Ia biasanya disebabkan nombor lama tak digunakan,penguna tukar nombor, nombor salah & sebagainya.
Baru baru ini terdapat satu kes dimana seorang pekerja telekomunikasi menjadi jutawan dengan perniagaan video lucah. Malah beliau ada gunakan bulk sms untuk promosi secara rawak kepada mana mana nombor.
Tips Pemasaran Mengunakan Bulk SMS
Jika anda mempunyai mana sistem bulk sms, gunakan dengan betul. Apa yang perlu anda buat sekarang ialah:
- Mulakan untuk mengumpul database nombor telefon, nama dan email pelanggan anda.
- Bina hubungan dengan pelangan anda. Hantar sms terima kasih dan nyatakan penghargaan anda kepada mereka.
- Tawarkan sesuatu yang bermanfaat kepada mereka seperti hadiah percuma, diskaun dan sebagainya.
Masa Yang Sesuai Guna Bulk SMS?
Tips ni saya dapat daripada Irwan Dahnil, Pakar Pemasaran SMS Malaysia. Beliau menyarankan agar gunakan sistem bulk sms pada:
- Waktu breakfast. Antara pukul 9-10 pagi.
- Waktu Lunch. Antara pukul 1-2ptg.
- Lepas office hour – Antara pukul 5-6 ptg.
Jangan gunakan pada waktu malam atau awal pagi kerana respon yang kurang terhadap sms. Mereka mungkin tidak akan melayan sms anda. Begitu juga waktu sedang bekerja. Elakkan daripada menganggu mereka dengan sms iklan anda ketika itu. Kesimpulannya elakkan:
- Waktu bekerja
- Waktu Malam
- Awal Pagi
SMS marketing merupakan teknik pemasaran baru yang cukup berkesan. Hasilnya kita boleh lihat ketika pilihanraya ke 12 yang lepas apabila bulk sms digunakan secara agresif di sesetengah negeri.
Jika ia digunakan untuk perniagaan, pastinya akan meningkatkan lagi jualan dan produktiviti perniagaan anda. SMS dan Internet merupakan antara media baru yang mempunyai impak yang cukup besar kepada kehidupan seharian kita. Malah menurut statistik SKMM, Malaysia merupakan antara penguna SMS terbanyak di dunia walaupun kita hanya mempunyai 28 juta penduduk!
Ini menunjukkan rakyat Malaysia adalah penguna SMS tegar di dunia. Malah mengikut statistik terbaru SKMM, kadar pengunaan HP adalah 106.2% bagi penduduk Malaysia. Ia melebihi daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini adalah kerana ada yang mempunyai lebih dari 1 telefon bimbit.
Nasihat Saya
Gunakan Bulk Sms secara berhemah. Elakkan daripada menyalahgunakannya untuk tujuan tidak baik.

Incoming search terms:
- apa itu bulk sms
- maksud bulk sms
- bulk sms malaysia free
nik zalina bt abdul wahab
slm…
saya nak tanya apakah tips atau teknik yang boleh saya gunakan untuk membuat promosi bulk sms untuk kegunaan jabatan-jabatan kerajaan atau premis-premis perniagaan supaya mereka membeli dengan saya.
saya mendaftar menjadi agen kepada bulksms ini. saya nampak sistem ini amat berguna dan ingin memperkenalkannya kepada pihak-pihak yang memerlukan.
apakah ilmu-ilmu yang perlu yang perlu saya tahu untuk closing mereka ini.
sham
Tips:
1.Jangan blast kat nombor yang tak dikenali.Pastikan hanya prospek@mereka yang berminat sahaja.
2. Mula kumpul prospek & dapatkan no.tel mereka.
3.Jangan terlalu kerap blast.
4. Blast hanya pada masa rehat seperti masa minum pagi (9-10.30) atau petang( selepas waktu kerja).
5.Jangan blast malam sebab itu adalah waktu rehat & mereka ingin relax dari benda berkaitan kerja.
Panduan:
1. Pastikan target market betul. Kalau pelajar, fokus pada pelajar & etc.
2. Dapatkan perkhidmatan blast dari penyedia perkhidmatan yang dipercayai dan mempunyai delivery rate sms yang tinggi.
3. Perkhidmatan seperti harga per sms mestilah dalam kemampuan dan tidak terlalu mahal.
Untuk closing, kena la kenal dulu mereka kalau target jabatan kerajaan.
Hairi
Boleh senaraikan recommended bulk SMS yang bagus? Nak tahu jugak sbb mmg nak guna services ni. TQ
maryam
info sgt bernas…blh dijadikan sebagai guide.. thanks
affiq
yang org selalu guna kat tv ON BLABLA ke 12345 tu , pkai bulk sms ker … bleh tak ajar sy cra tu , org subscribe dgn kita , nanti bila kita send sms yg subscribe dgn kita shj yg dpt… lepas tu mcm mana mereka mendapat komisen dr send mesej tu …
sham
itu guna sms subcriber…mahal jgak servis tu..