Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Tips
Bagaimana Untuk Mengelakkan Daripada Laman Web Digodam
Tips

Bagaimana Untuk Mengelakkan Daripada Laman Web Digodam

sham No Comments

Sekarang ini banyak isu tentang laman web yang digodam. Secanggih manapun sistem pasti akan ada kelemahan.Kelemahan inilah yang membolehkan hacker boleh memasuki laman web sasaran mereka. Walaubagaimana pun kita perlu bersedia dengan beberapa langkah pro aktif untuk melindungi laman web kita.

Antaranya ialah:

[box type=”info”]1. Pastikan komputer anda dilindungi dengan perisian antivirus yang setiasa dikemaskini.

2. Jangan layari laman web merapu seperti laman web lucah kerana laman web sebegini biasanya menanam spyware ke dalam komputer pelawat laman web mereka.

3. Katakunci yang unik, panjang dan sentiasa ditukar dari masa ke semasa. 4. Sentiasa memerhati log server samada laman web anda diceroboh daripada IP (alamat IP) dari negara lain.

5. Elakkan penggunaan script clone yang tidak selamat. Contoh mudah ialah clone twitter,facebook dan sebagainya. Ia dicipta dengan kelemahan. Hacker boleh mencuri data penting pengguna laman web anda kelak.

6.Gunakan firewall di komputer anda. OS seperti Windows sering menjadi sasaran hacker kerana ia mudah dieksploitasi. Sebab itu semakin ramai yang berubah kepada OS sumber percuma seperti Linux dan Chrome.

7.Gunakan perisian tulen kerana ia mengandungi update sebarang kelemahan sistem mereka dari masa ke semasa.

[/box]

Ini adalah antara langkah keselamatan yang perlu anda lakukan untuk melindungi laman web anda.

Pengalaman Saya

Saya pernah digodam beberapa kali kerana komputer saya diserang spyware menyebabkan password laman web saya jatuh ke tangan hacker. Ia menyebabkan Google telah menghantar emel amaran mengatakan saya melakukan phising daripada laman web saya. Malah pihak hosting yang turut menutup akaun hosting saya menyebabkan banyak fail tidak dapat diselamatkan.

Ia memberi tamparan yang cukup hebat sehinggakan saya hampir berputus asa untuk menyelamatkan laman web saya yang digodam. Ia termasuklah blog ini. Semoga post ini dapat memberikan anda sedikit gambaran bagaimana untuk menangani jika ia terjadi kepada  anda.

Jika Di Hack

1.Apa yang perlu anda buat ialah hubungi pihak hosting untuk membantu proses back up kandungan laman web anda.Tanya mereka bilakah back up terakhir mereka lakukan dan minta back up tersebut.

2. Ubah password emel dan hosting anda.

3. Jika boleh format laptop anda bagi mengelakkan spyware masih menyelit dan mencuri data penting anda.

4. Mulakan proses recover kembali laman web anda samada di hosting yang sama atau pindah ke hosting yang baru.

Jika anda tidak memiliki laman web, ia tidak bermakna anda tidak boleh dihack. Komputer anda masih boleh digodam dan hacker boleh mencuri maklumat penting. Lindungi komputer anda daripad spyware dan juga virus. Pastikan komputer anda memiliki perisian antivirus yang terbaru dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Semoga artikel  ini bermanfaat kepada anda.

Artikel Berkaitan
  • 51 Laman Web Kerajaan Digodam Team Anonymous Hacker
    SKMM baru mengumumkan 51 laman web berkaitan kerajaan digodam bermula semalam. Mereka mensasarkan la...
  • Akaun Google Adwords Diban Sebab Pause Iklan?
    Ini adalah isu terbaru tentang pengiklanan Google Adwords. Malah saya sendiri terkena dengan polisi ...
  • Tips Bisnes Internet: Jangan Bertanguh
    Masalah terbesar untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan internet ialah sikap bertangguh-tanggu...
  • Tips Adwords: Gunakan Exit Popup Untuk Tambah Subcriber
  • Apabila Bukan ISLAM Mentafsir Al Quran…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 33
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:godam hacker laman web digodam laman web dihack

Related Articles

Tip Adsense: Kenapa Akaun Anda Tidak Diluluskan
Google Adsense…. Cara paling mudah untuk anda buat USD1 pertama …

Tip Adsense: Kenapa Akaun Anda Tidak Diluluskan

Tips Promosi: Tempat yang betul
Dalam pemasaran di internet, tindakan memkhinzir membabi buta boleh merugikan …

Tips Promosi: Tempat yang betul

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

51 Laman Web Kerajaan Digodam Team Anonymous Hacker

SKMM baru mengumumkan 51 laman web berkaitan kerajaan digodam bermula semalam. M…