Saya buat kerja gila skit baru ni dengan cubaan menukar sendiri skrin LCD laptop saya. Ianya sebenarnya tak la susah sangat sebenarnya. Memang ada risiko untuk mengalami kerosakan jika tidak berhati hati ketika menukarnya. Kalau nak cuba menukar LCD laptop yang pecah atau rosak, boleh cuba tutorial ini.
Antara petanda LCD laptop anda mengalami kerosakan:
1. LCD menjadi gelap. Anda mungkin nampak bayang-bayang dekstop pada skrin tersebut. Ia disebabkan oleh lampu atau LED skrin telah rosak atau terbakar.
2. Terdapat keretakan pada skrin anda. Yang ni pasti kena tukar baru.
Bagi masalah 1, terdapat 2 cara untuk mengatasinya.
a. Tukar LCD screen baru.
b. Tukar LED yang terbakar.
Bagi orang kebanyakan seperti kita ni, lebih untuk menukar LCD baru. Jika ingin menukar LED, ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk “solder” balik LED pada skrin. Ia mungkin merosakkan terus skrin tersebut jika terlalu panas.
Cara untuk menukar LCD
Saya merujuk laman BestStuff.com ketika menukar skrin saya sebelum ini. Ia memang banyak membantu walaupun tak berapa lengkap dalam tutorial tersebut. Ada lagi skru yang perlu dibuka yang tidak ditunjukkan. Namun, ia hampir lengkap.
Langkah 1:
Buka penutup getah yang menutup skru di semua bahagian skrin laptop anda.
Langkah 2:
Buka semua skru yang ada kat tepi tu. Skru ini kecil jadi hati hati, jangan hilangkannya. Letakkan ke dalam satu bekas agar tidak hilang.
Langkah 3:
Buka penutup luar dengan berhati hati. Jangan ganas sangat. Nanti patah pulak. 😛
Langkah 4:
Sebelum langkah ini, anda mesti bukakan skru disebelah kiri dan kanan skrin lcd ini. Jangan buka terus sebagaimana tutorial BestStuff.com. Nanti patah pulak pemengang skrin tersebut. Sekali lagi, jangan sampai skru hilang. Ia kecil.
Langkah 5:
Kemudian, buka kabel data video dengan berhati hati. Terdapat pin kecil yang mengunci kabel ini, tekan pin dan tarik dengan berhati hati.
Langkah 6:
Akhir sekali, buka power cable. Ia berada dibawah. Bagi screen ori, mungkin ada skru kecil yang perlu anda buka dibawah tu. Ia kecil dan nipis. Bagi LCD penganti, ia mungkin tiada lubang skru. Jadi tak perlu skru balik kalau takde.
Langkah 7:
Pasang Kabel data video dan juga power cable. Masukkan LCD baru, pada pemegang skrin dan pasang balik skru pada tepi LCD. Anda boleh pasangkan laptop untuk menguji samada skrin anda dah okay atau tidak. Kalau dah ok, boleh pasang penutup. Kalau tidak, semak video data cable dan power cable dah dipasang dan dimasukkan dengan kemas.
Lepas tu, pasang la balik penutup luar dan skrukan balik kalau skrin anda dah berfungsi. Akhir sekali, letak balik penutup getah pada ruang skru.
Ok. Siap.
Dengan ini, anda menjimatkan duit daripada membeli laptop baru atau ditipu oleh kedai komputer yang membaiki laptop sedangkan ia sangat mudah untuk menukar skrin. Apa yang perlu anda buat, beli alat ganti.
Anda boleh survey di lelong.my untuk mencari penjual spare part yang anda perlukan. Saya beli skrin pada harga RM340. Saya pernah tanya di kedai komputer, dia mahukan RM550 dan memakan masa selama hampir sebulan untuk siap. Fuh… lama gile.
Sedangkan untuk menukarnya hanya mengambil masa dalam 10 minit je. Yang menjadikannya mahal, dia kena hantarkanya kepada pihak ketiga untuk membaikinya. Pihak berkenaan mungkin mengenakan caj sekitar RM400 lebih, kemudian dia caj pelanggan RM550. Dapat untung atas angin…
Sebab tu lah saya tak berapa suka hantar ke kedai komputer untuk buat pembaikan. Saya biasanya buat kerja repair sendiri. Kalau PC, memang saya dah mahir kerana ia adalah perniagaan sampingan ketika di universiti dulu. Kemudian, saya bekerja sebagai branch supervisor dan membuat kerja technician kalau takde kerja disebuah kedai komputer suatu masa dahulu.
Jadi saya tahu la bagaimana kedai komputer beroperasi…hehehe

Incoming search terms:
- cara tukar skrin laptop
- cara tukar screen laptop
- harga tukar screen laptop
- cara baiki screen laptop
- cara membaiki laptop
- pembaikan lcd laptop
- masalah skrin laptop toshiba jadi malap
saadiah
salam…saya menghadapi masalah skrin laptop gelap…on boleh pastu dia padam balik…nk tanya wangsa maju kt mana kedainya.. terima kasih…
sham
rasanya led skrin tu rosak. saya punya jadi macam tu jugak dulu, mula mula on ok, pastu gelap. nampak banyang2 je. Lama kelamaan, ia terus gelap berbayang. Pakai laptop jenis apa? Tengok website pengeluar kat mana servis center diorang. kalau dell, rujuk laman web dell.com.my untuk alamat pusat servis yang berdekatan. Begitu guna Hp, kat hp.com.my. acer – acer.com.my dan sebagainya.
Nine
Salam say apun jadi cam tu gak..saya Acer jer 4530 AMD..dulu hantar kedai kena RM380 tukar chipset..sebab ye kata chipset..
nih pakai sebulan jadi pulak nape yer ? kdg2 malap then blank terus..kadang2 guna 5jam takpe lak..tapi boleh katakan jadi kerap skrg..
nape yer ? LCD ker or chipset lagi..chipset saya Nvidia 9800..
sham
dulu laptop saya kerap juga jadi gelap. lepas tu terus gelap. Saya ke kedai diorang cakap ambik masa at least sebulan. Jadi saya ambik keputusan untuk order barang kat lelong.my & pasang sendiri scrin LCD dengan bantuan tutorial di Google.
salmeh selin
macam mna erk kalo lcd yg trus glap..? di on pn tetp on tpi lcd glap….
sham
Ada 2 sebab kalau jadi macam tu…Motherboard bermasalah ataupun LED untuk LCD terbakar..Biasanya LED terbakar yang sering terjadi. Kalau ini terjadi kita boleh tukar LED atau semua LCD kepada yang baru.
Tukar LED perlukan kemahiran yang tinggi sebab perlu solder LED tu.Terlalu panas, keseluruhan LCD akan rosak. Jalan paling mudah, order LCD baru dah tukarnya. Biasanya kedai komputer caj memang agak mahal. Nak tukarnya senang je sebenarnya. Cuma orang tak confiden.
prisonSalakau
macam mane kalau lcd screen dia berjalur garisan je..ape problem nye?
sham
Ia mungkin sebab LCD tu pecah..LCD dalamnya adalah bendalir. Kalau terjatuh, ia mungkin akan crack dan menyebabkan skrin seperti berjalur.Kalau kes teruk, cecair didalamnya keluar. LCD perlu ditukar kerana ia mungkin akan melarat ke seluruhan skrin kelak.
dayana
kalau skrin blink2 kaler putih tu kenape?berape kos ya kalau ia rosak?
Gigahertz
Salam semua.saya gigahertz kedai saya di selayang capitol complex opposite hospital selayang menawarkan khidmat repair screen laptop pada harga terendah di pasaran.screen saya yang digunakan oleh saya ialah version original dan terbaru. Saya ada pelbagai jenis size screen bermula dengan size 14.0 LED / 14.1 LCD / 10.1 LED / 15.4 LCD WXGA. Dan banyak lagi…
Sekiranya ada keraguan atau pertanyaan boleh hubungi saya di
01631496290 – Gigahertz . (sms and whatsapp accepted)
ellu
mcm mne nk ubah cahaya lampu kat laptop..sebab cahaya lampu kat laptop sy terlalu terang..
sham
boleh guna skrin filter.
nur syahirah
Salam, boleh tak sekiranya saya meminta bantuan anda untuk repair skrin laptop asus saya yang crsck dibahagian dalam? Jika anda sudi, saya minta tolong sangat2. Dengan segera. Mohon email saya. Tq.
Fatyhah
Salam. Nak tanya kenapa screen jadi warna2 bila on dia jadi warna warni macam tv tiada isyarat eh? . Bila tekan on dia dgr bunyi kipas then after 10 saat dia off tiba2 please reply dekat email. A.S.A.P
sham
Terdapat 2 kemungkinan samada skrin rosak atau motherboard rosak. Kalau skrin rosak, ia akan blank terus dan diawal nak rosak ia menyala sekejap kemudian blank mcm apa yang terjadi tu.
firdaus
Assalam nk tnya klau screen jdi bentuk pecah sbb ap?
sham
Dalam skrin tu adalah cecair, nama pun LCD iaitu liquid cyrstal display. Jika terjatuh, cecair berkenaan boleh crack daripada kedudukannya. Jalannya ialah menukar skrin kepada skrin yang baru. Ia sudah tidak boleh dibaiki lagi.