Dunia hari ini memang cukup mencabar.Kelembapan ekonomi, tiada bonus, tiada kenaikan gaji dan sebagainya menjadikan ramai mula berusaha untuk mencari duit lebih tidak kira menerusi pelaburan, perniagaan mahupun program tertentu di internet. Ada yang berjaya, ada yang bertambah susah.
Apa yang nak disampaikan pada hari ini ialah program berkonsepkan head hunting. Kena buru kepala macam orang iban zaman dulu dulu ke? Bukan sebenarnya. Istilah head hunting pada hari ini berkenaan mencari orang/agen/downline untuk mengembangkan perniagaan. Jika tiada orang masuk, ia tak boleh berkembang kerana kekuatan program terletak pada jumlah ahli baru yang menyertainya, bukan pada produk.
Bagaimana nak kenal benda ni?
Mudah je nak kenal. Jika sesuatu program mensyaratkan dapat komisen bila ahli baru masuk. Komisen juga bergantung kepada jumlah yang b erjaya direkrut. Fokus utama program juga lebih kepada cari orang baru untuk serta dalam program. Produk pulak mungkin ada, tetapi fokus utama mereka tetap pada cari downline.
Keburukannya?
Terdapat beberapa keburukan program berkonsepkan head hunting sebegini:
1. Hanya mereka yang terawal akan mendapat komisen. Tak mustahil menjadi jutawan jika menjadi pioneer.
2. Pendapatan yang dihasilkan bersifat jangka pendek. Ahlinya berpeluang untuk terus buat selagi pasaran tidak tepu kecuali mereka membuka pasaran baru.
3.Perkembangan akan terhenti apabila pasaran sudah tepu. Ketika itu,segala bentuk iklan tidak lagi berkesan kerana orang dah join ataupun memang tidak berminat. Jumlah manusia memang terhad.
4. Berlakunya manipulasi dalam pengiklanan demi mendapatkan downline. Misleading info akan menyebabkan ramai yang termakan dengan janji palsu yang ditawarkan. contoh “RM10,000 sebelum jika join sekarang” dan sebagainya.
Ada kebaikan tak?
Ada. Takkan semua buruk kan?
1. Dapat duit dengan mudah kalau join awal. Biasanya ketika ia masih hangat dipasaran, pemasaran dilakukan secara agresif sehinggalah pasaran tepu.
2.Leh jadi otai program tersebut. Yela, orang terawal. Kalo bernasib baik, leh jadi jutawan jika program berkembang dengan sangat pesat.
Apa nak buat kalau jumpa?
Potong kepala. hehehe. Acah je. 🙂
Jika anda jumpa program yang mensyaratkan cari orang je. Elakkan daripadanya. Konsep head hunting biasanya berlaku dalam MLM dan juga sesetengah program kat internet ni.
Bermula tahun ni KPDNKK akan melakukan proses pemutihan terhadap semua MLM yang berkonsepkan skim piramid dan juga head hunting di Malaysia. Saya betul betul berharap ia dapat dilaksanakan dengan segera. Ini adalah kerana dengan ada konsep head hunting sebegini, masyarakat mula membenci MLM dan melabelkan MLM tipu sedangkan ada MLM yang sebenar yang menfokuskan pada produk.
Program atau MLM yang sebenar akan kekal lama kerana mereka menfokuskan pada produk. Pembelian berulang akan berlaku jika produk yang ditampilkan berkualiti dan berguna.
Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu jika berminat untuk menyertai mana mana MLM atau program di internet. Kenalpasti keperluan terhadap produk yang ditawarkan. Adakah ia berguna kepada anda?
Antara yang pernah berlaku ialah kopi beras merah dijual pada harga RM250 sekotak.
Anda perlu tanya diri anda, perlu ke beli kopi beras merah tu?
Harganya yang mahal disebabkan untuk diagihkan kepada upline atau orang atas sesuatu MLM. Sedangkan harga sebenar produk tidak sampai RM20 sekotak. Jika nak buat duit pulak, mesti mencari downline barulah mendapat komisen. Produk kopi tersebut hanya bukti menunjukkannya ada produk yang dijual, bukan sistem penjanaan wang semata mata.
Saya betul betul berharap agar anda membuat kajian teliti terlebih dahulu. Jangan mudah rambang mata dengan pendapatan yang diperolehi mereka yang terawal menyertai program yang berkonsepkan head hunting sebegini.
Incoming search terms:
- keburukan iks
orang biasa
salam,saya besetuju dgn pandangan tuan sham,ye saya dh terkena dgn program mcm ni,dgn membuat pinjaman wang dari kawan,akhirnya saya masuk program berkenaan dgn bermodalkan setengah 1k..sy tk blh sebut nnti ada org marah plak,dh hampir 3 bln sy join tp hasilnya kosong,saya dah buat bermacam-macam promosi tapi sampai sekarang tak ada orang join pun bwh saya,oleh itu sy nasihatkan sesiapa yg nak masuk program2 tahi mcm ni eloklah fikir masak2 dulu sblm memasukinya,kalau tak anda akan menyesal tak sudah mcm saya..walaubagaimanapun saya tak halal dunia akhirat duit yang saya melabur itu kononya untuk modal..kembunglah perut mereka2 yg terlibat..
salman
Assalamualaikum orang biasa,
sabarlah,kerana mungkin ini ujian dan dugaan utk saudara.sebab itulah saya rasa bersyukur blog spt ini wujud untuk membantu rakyat malaysia daripada terus ditipu dan tertipu.
mengenai program yang saudara kaitkan,saya no komen.saya xnak bagi pendapat yg menyeleweng pula nnt.
apa2pun, terdapat 1001 jenis penipuan dalam internet.berhati-hatilah!
alin
GDI ko join ni pun Head hunting la..
boleh blah..puihhh..
Tak caya g tanya Raja Kamil
sham
siap ludah lagi tu.. macam macam manusia ni ye. 😛
Bila dah terbukti ID haram, lain pulak diserang. hehehe
Saya dah cakap dah.Andainya UZAR atau mana ustaz yang berkelayakan cakap GDI, haram saya akan sedekahkan semua hasil daripada GDI tu kat anak yatim.
raja kamil ke rujukan anda? Dia pun IM macam saya jugak la.
ada rujukan yang boleh saya refer?
Ahmad
saya ni nak komen pasal GDI je, sebab saya masih ragu2 pasal GDI ni. Dalam article kat sini
http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/,
ada dinyatakan haram biler dapat untung atas usaha orang lain. setahu saya, GDI ni mengamalkan system downline 5 level. saya faham kalau kita dibayar komisen 10% atas jualan@cari pelanggan (downline) level 1. Tapi bagaimana dengan komisen yg diterima dari level 2 sampai level 5? bukankah itu usaha dari orang lain (usaha downline level 2 sampai level 5) cari pembeli? Takpe ke terima komisen tu sedangkan kita takde kaitan pon dgn level 2 sampai level 5? kita jual kat level 1 je. Orang level 1 yg jual kat level 2. dan orang level 2 yg jual kat level 3. Kita tak ajar atau bimbing ape2 pon kat level 2 tu. Adakah kita layak dapat komisen dari level 3? Sedangkan yg susah jual kat level 3 tu ialah level 2? dan seterusnya hingga level 5? Anyone care to explain?
RNEZ
HUHUHU.. MCM TAKUT LA PLAK NAK JOIN.. 🙁 BARU JE NAK JOIN2 PROGRAM MCM NE.. KIRANYA DPAT DUIT NE NAK KEMBANGKAN BISNES… BINGUNGNYA..