Saya telah melakukan viral marketing ini sejak awal saya bermula dalam perniagaan internet. Sehingga kini pelbagai report percuma yang diedarkan dan dibaca oleh ribuan orang. Viral marketing yang saya gunakan adalah percuma. Ia sememang tiada kos langsung.
Terbaru saya menulis ebook percuma bagaimana untuk membeli hosting hostgator dengan hanya 1 sen. Semalam Hostgator pun baru je hantarkan saya USD50 atas usaha yang percuma tersebut.
Jumlah komisen tak la besar sangat. Kalau dalam RM, ia hanya RM150. Dengan hanya usaha pemasaran yang sedikit, saya memang tak kisah sangat pun hasilnya. Hasil ini akan berterusan jika ada orang membeli daripada link affiliate yang dimasukkan ke dalam report percuma tersebut.
Bagi mereka yang baru nak berjinak dalam dunia IM, hasilkan produk viral marketing anda. Edarkan secara percuma. Ia sebenarnya membantu ramai orang. Report Internet Scam: Penipuan Yang Perlu Anda Tahu pula telah dibaca oleh ribuan orang sehingga kini. Malah ia digunakan oleh kebanyakan kempen anti penipuan dan anti skim cepat kaya.
Gunakan kaedah pemasaran yang percuma ini dengan sebaik baiknya. Ia mampu untuk memberikan anda duit dari masa ke semasa dan branding untuk perniagaan anda kelak.
Bagaimana nak buat viral marketing?
Banyak juga sebenarnya. Saya senaraikan sikit kat sini:
- Laporan Percuma
- Facebook Tag
- Facebook Application
- Scribd
Dan banyak lagi. Anda pilih je cara mana yang mampu anda buat untuk produk anda. Jangan takut untuk berikan secara percuma ebook anda. Ia tak mengurangkan langsung ilmu yang anda ada. Jangan ingat nak jual je memanjang sehingga benda yang sangat asas pun nak dijual. Jika nak jual, tambah value added yang bermakna untuk pelanggan anda.

ohcikgu
wahhh..berapa komisen yang hostgator bagi ye bila dapat 1 downline?
sham
a’ah. satu customer. hostgator bukan MLM.jadi bukan downline pape. dia bagi sekali je. 🙂