Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Tips
Tips Adwords: Domain Forwarding Boleh Kah?
Tips

Tips Adwords: Domain Forwarding Boleh Kah?

sham 4 Comments

Dalam pemasaran mengunakan Google Adwords, sangat penting untuk memahami terma pengiklanan Google Adwords ini kerana Google sedang gila meroyan untuk ban pengiklan yang melanggar terma mereka. Anda silap langkah, akaun anda akan ditutup dan dihalang untuk membuka akaun baru buat selama lamanya.

Tapi ada caranya la untuk buka akaun lain tetapi saya tidak akan kongsikan dalam post ini kerana ia agak blackhat. 😛

Bagi mereka yang ingin melakukan pemasaran affiliate, domain forwarding adalah merupakan antara cara lain untuk cloaking atau menyembunyikan link affiliate mereka.

Contohnya ialah link affiliate saya adalah:

http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=offers

Saya boleh cloak atau forwardnya mengunakan domain saya sendiri atau mengunakan domain percuma seperti .tk, .co.cc dan sebagainya. Jadi saya hanya promosikan domain sebegini..

http://www.tipsptd.tk

Apabila orang klik, ia akan dibawa ke laman web tipsptd.com.

Bagi kegunaan emel marketing, ia sangat digalakkan tetapi untuk Adwords adakah ia sesuai?

Jawapanya TIDAK sesuai dan jangan buat jika anda sayangkan akaun Adwords anda.

Ia sebenarnya melanggar terma Google iaitu polisi Inaccurate Display URL . Google menwajibkan destination URL dan Display URL mestilah mengunakan domain yang sama. Jadi jika anda promosikan TipsPTD.com, domain untuk destination dan display URL pada setting iklan Google Adwords mestilah mengandungi domain tipsptd.com. Jika anda mengunakan landing page, gunakan url dan domain landing page tersebut tanpa cloaking kepada domain lain.

Jadi jika anda ingin mengunakan domain forwarding sebegini untuk kempen iklan anda, jangan buat kerana akaun anda mungkin diberikan amaran atau terus diban oleh Google. Ya. Google memang strick dalam melaksanakan polisi mereka samada kepada pengiklan mahupun publisher Google Adsense.

Google Adwords

Google Adwords

Tips ini merupakan antara  salah satu daripada Modul Seni Adwords yang saya jual menerusi http://terbitebook.my/seniadwords

Ia adalah salah satu daripada kandungan Modul Seni Mengatakan Tidak khusus bagi mengelakkan daripada anda melakukan sebarang kesilapan yang mungkin menyebabkan akaun Google Adwords anda dibatalkan. Anda mungkin menganggap kesilapan yang dilakukan anda adalah kecil, namun ada kalanya Google menganggapnya sebagai satu tindakan yang serius.

Tips Adwords

Anda boleh merujuk laman rasmi Google ini tentang apakah yang boleh menyebabkan akaun anda dibatalkan.

http://adwords.google.com/support/aw/bin/static.py?hl=en&guide=28446&topic=28449&page=guide.cs

Begitulah tips adwords pada kali ini. Anda boleh subcribe post blog ini dengan memasukkan emel pada sidebar blog ini. Semoga dengan tips adwords ini, anda boleh melindungi daripada akaun anda dibatalkan disebabkan polisi Google ini.

Artikel Berkaitan
  • Cabaran Adwords Train and Gain
    Cabaran Adwords Train and Gain akan bermula dalam masa 3 hari sahaja lagi. Saya nak tengok apakah ti...
  • Tips Mendapat Tempat Pertama Dalam Google Adwords
    Ramai yang masih bergelut dalam Google Adwords bagi mendapatkan kedudukan yang terbaik dalam pengikl...
  • Tips Adwords: Tentukan Matlamat Pengiklanan Anda
    Bagi mereka yang terlibat dalam pengiklanan di Google Adwords, ini sangat penting. Jika tidak, a...
  • Google Adwords: Bentuk Iklan Baru
  • Jangan Guna Nama Domain Trade Mark
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 240
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:google adwords panduan google adwords tips adwords tips google adwords

Related Articles

Bagi mereka yang terlibat dalam pengiklanan di Google Adwords, ini …

Tips Adwords: Tentukan Matlamat Pengiklanan Anda

Bagaimana Untuk Mengelakkan Daripada Laman Web Digodam
Sekarang ini banyak isu tentang laman web yang digodam. Secanggih …

Bagaimana Untuk Mengelakkan Daripada Laman Web Digodam

4 Comments

  1. titan

    aku nampak iklan tu. boleh aje rasanya. ramai orang buat.

  2. sham

    Adwords ni lambat skit. Ada staff google buat manual checking nanti. Bila dah dikesan,akaun akan kena warning. Tapi kalau guna cloaking tapi domain sama dengan destination, rasanya boleh lepas. Apa yang dimaksudkan post saya tu, orang tengok domain A bila diklik ia diforwardkan ke domain B. Itu tidak dibenarkan. Yang diorang guna sekarang frame rasanya sebab domain tak berubah.

  3. Tip Blogging

    erm… aku baru redeem kopun adword nie… tp tak guna2 lagi duit dlm adword tu… xtau nk buat apa… 🙂

    setakat ni aku masih di level belajar berblogging baru…

  4. mie

    salam bro sham,

    kalau tak silap dalam sale latter tips ptd yang lepas ada borng opt in kan?
    tapi google kan tak benarkan sebarang landing page yang ada tujuan kumpul mailing list?

    boleh ke tak boleh sebebnarnya kita promot landing page macam tu

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Review Rahsia PPC Percuma

Saya telah mendapat review copy pada minggu lepas untuk review content dia. Apa …

Promote CPA Di Google Adwords, Kena Ban

Ketika menyiapkan Ebook Seni Adwords, saya ada terperasaan produk baru yang dila…

Akaun Google Adwords Pun Boleh Kena Ban Pulak

Polisi demi polisi baru dibuat oleh Google untuk mengawal pelanggan mereka. Yang…