Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Tips
Tips Ebiz: Petua Memilih Nama Domain Untuk Bisnes Internet
Tips

Tips Ebiz: Petua Memilih Nama Domain Untuk Bisnes Internet

sham 3 Comments

Dalam perniagaan di internet, nama domain adalah nama kedai anda. Pemilihan nama domain mestilah tepat agar tidak merugikan kerana menyebabkan prospek yang ingin membeli atau tidak menjumpai laman web anda. Malah nama domain juga adalah antara kriteria penting dalam Search Engine Optimization (SEO).

Pengunaan nama domain yang tepat akan meningkatkan peluang laman web anda untuk berada di rangking Top 10 di enjin carian. Cara mudah ialah memasukkan nama produk atau katakunci berkenaan dengan produk yang anda jual. Inilah langkah yang tepat untuk memilih nama domain yang betul.

Bermula tahun hadapan, pemilik laman web boleh memilih laman web tanpa extention. Jadi anda boleh memilih nama domain tanpa pengakhiran .com, .net dan sebagainya. Memadai anda membeli domain yang katakunci yang anda inginkan. Contohnya saya boleh beli nama domain shamsuriyadi sahaja. Saya tidak lagi perlu mengunakan shamsuriyad.com seperti yang diamalkan sekarang. Jangkaan saya, domain Sex,  Business akan menjadi perhatian utama. Malah kedua dua nama domain tersebut adalah antara nama domain termahal di dunia sekarang ini dengan nilai jutaan dollar.

Harga belum ditentukan lagi. Jenama utama dunia pasti sedang bersedia untuk membeli nama domain yang menjadi cap dagangan mereka seperti Google, Facebook, Yahoo dan sebagaianya. Jika anda bijak, anda boleh memintas syarikat besar dengan membelinya terlebih dahulu. Namun, berhati hati kerana organisasi seperti Google cenderung untuk merampas nama domain dan mendakwa mereka yang cuba membeli nama domain yang mempunyai cap dagangan mereka.

Di Malaysia ni, rasanya kebanyakan organisasi tidak mengambil berat tentang kepentingan nama domain sebagai brand mereka. Contoh mudah, Bank rakyat tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mencipta skim piramid dengan mengunakan domain bankrakyat.net. Rasanya bertahun juga laman web itu masih ada. Rasanya sekarang baru laman web tersebut dibiarkan expired domainnya.

Nama domain adalah brand perniagaan internet anda. Pilih yang paling sesuai dengan produk dan juga mudah untuk anda membuat branding terhadap perniagaan anda. Senang macam ni… Jika anda menjual jambu, anda beli la domain yang mengandungi kata kunci jambu juga seperti jambu.com, jambusedap.com ke atau jambuemas.com ke.. Ops..JambuEmas.com? :P.hehehe

Point utama ialah Asalkan ada katakunci yang mengambar mengambar produk yang anda jual adalah nama domain yang baik. Lagi elok jika ia pendek. Jangan pula anda beli domain JambuKakLimahBalikRumah.com.  Ia susah untuk branding dan positioning dalam perniagaan internet.

Ok saya sediakan satu checklist untuk anda untuk memilih nama domain yang bagus dan sesuai:

  • Nama domain mengandungi katakunci produk
  • Mudah diingati
  • Tidak terlalu panjang
  • Bermakna (ada maksud la)
  • Elakkan ada campuran huruf dan nombor.
  • Tiada trademark sesiapa.

Ini adalah antara checklist mudah untuk anda semak sebelum beli nama domain. Diharap ia membantu anda ye. Selamat membeli nama domain yang sesuai untuk perniagaan anda.

Artikel Berkaitan
  • Tips Memulakan Sesuatu Perniagaan
    Tips memulakan sesuatu bisnes ini saya pelajari daripada nota bisnes Puan Ainon, pengasas PTS. Menur...
  • Jangan Guna Nama Domain Trade Mark
    Saya terkejut juga bila ada IM baru guna nama domain BankRakyat untuk menjual produk seperti ebook. ...
  • Tips Adwords: Domain Forwarding Boleh Kah?
    Dalam pemasaran mengunakan Google Adwords, sangat penting untuk memahami terma pengiklanan Google Ad...
  • Domain Percuma Co.CC diban oleh Google
  • Teknik Bijak Tetapi Kotor Syarikat ISP China
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • nama sesuai untuk perniagaan online
  • cadangan nama butik
  • nama sesuai untuk butik
  • nama kedai baju yang menarik
Post Views: 610
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:domain name memilih nama domain nama domain

Related Articles

Google Adwords
Dalam pemasaran mengunakan Google Adwords, sangat penting untuk memahami terma …

Tips Adwords: Domain Forwarding Boleh Kah?

Cara Mudah Buat Duit Dengan Youtube
Youtube merupakan salah satu top 5 laman web paling dilawati …

Cara Mudah Buat Duit Dengan Youtube

3 Comments

  1. Zarinah md sulong

    Mintak tolong mcm mana utk cari nama kedai jual baju beg dan aksesori wanita..

  2. sham

    cipta brand anda sendiri.

  3. Liza

    Kalau agen jual kain pasang, tudung, brooch plak mcm mana..?

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Bagaimana Membeli Hosting Hostgator Pada Harga 1 Sen

Lama betul tak menyumbang ebook percuma. Malam tadi ambik masa 1 jam untuk siapk…

Bagaimana Untuk Mendapatkan Akaun Google Adsense Jika DiBan

Ini adalah pengulangan apa yang ditulis di blog lama saya iaitu blog rajaadsense…

Google Adwords

Tips Adwords: Domain Forwarding Boleh Kah?

Dalam pemasaran mengunakan Google Adwords, sangat penting untuk memahami terma p…