Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
10 Bahaya Facebook Yang Perlu Anda Tahu
Umum

10 Bahaya Facebook Yang Perlu Anda Tahu

sham 8 Comments

Dalam statistik terbaru, lebih dari 10 juta rakyat Malaysia telah mempunyai akaun Facebook. Ia berkembang dengan sangat pantas. Namun tanpa kita sedari, ia mempunyai bahaya yang terselindung yang tidak disedari oleh kita disebabkan terlalu asyik dengan FB.

Bahaya Facebook

Bahaya Facebook

1. Ketagih Facebook

Ini banyak kali kita dengan dimana rumahtangga berantakan disebabkan si isteri atau suami terlalu ketagih dengan facebook. Biasanya terjadi kepada isteri atau surirumah. Mereka terlalu asyik dengan Facebook sehingga mengabaikan keperluan suami dan anak anak. Ia sangat bahaya untuk hubungan kekeluargaan. Sebagai surirumah yang mempunyai akses internet, berpada pada mengunakan Facebook. Jangan mendedahkan rahsia rumah tangga di FB anda.

2.  Lubuk Penipuan/ Scammer

Penipu atau scammer mula mengalihkan modus operandi mereka kepada media sosial seperti Facebook untuk mencari mangsa mereka. Mereka akan cuba mengenali anda dan akan cuba menipu secara perlahan lahan. Ia bermula dengan mengambil perhatian dan juga kepercayaan mangsa mereka sebelum menipu.

3. Eksplotasi dan Kecurian Data

Menerusi Facebook, penggunanya boleh membangunkan perisian mereka untuk Facebook. Sesetengah daripada developer ini mengunakan kod sumber yang boleh dieksploitasi oleh pembangun perisian ini untuk mencuri data penting daripada akaun Facebook mangsa. Data penting seperti alamat emel dan password boleh dicuri menerusi malware yang diselitkan menerusi aplikasi FB.

4. Kebocoran Maklumat Peribadi

Jangan sesekali memasukkan maklumat peribadi yang penting seperti nombor kad pengenalan dan maklumat penting dalam profile Facebook. Anda boleh masukkan maklumat asas sahaja. Ia adalah untuk mengelakkan maklumat anda digunakan untuk tujuan tidak baik. Malah maklumat ini juga boleh digunakan oleh musuh Islam untuk memahami orang Islam..Facebook adalah milik orang Yahudi. Mereka pasti ada agenda yang tersebunyi. Isu ini juga berlaku pada Google kerana data yang diperolehi oleh Google digunakan oleh Amerika Syarikat untuk analisis diatas nama “membanteras keganasan”.

5. Mengurangkan Prestasi Kerja

Bagi mereka yang terlalu asyik berfacebook boleh menyebabkan prestasi kerja seseorang menurun. Lebih banyak masa diluangkan dengan Facebook menyebabkan kerja lain tertangguh. Ini akan menyebabkan prestasi kerja akan menurun.

6. Fitnah Disebabkan Dengan Mudah

Fitnah boleh disebarkan dengan cukup mudah. Dengan fungsi viral yang ada pada Facebook, ia menyebabkan sebarang fitnah boleh disebabkan dan tersebar dengan cukup pantas.

7. Pasangan Curang

Sekarang cerita tentang suami/isteri curang disebabkan semakin menjadi jadi. Masakan tidak dengan Facebook, kita boleh mencari kembali rakan rakan lama dan juga kekasih lama. Lama ke lamaan, cinta kembali berputik dan berakhir dengan kecurangan. Syaitan sentiasa mencari masa yang sesuai untuk mencucuk jarumnya maksiatnya. Malah semakin banyak kes penceraian disebabkan oleh Facebook ini.

8.  Perangsang Masalah Sosial Remaja

Facebook juga boleh mendedahkan remaja kepada gejala sosial yang serius. Bermula dengan cinta siber, kemudian ia berubah kepada dunia luar. Maka terjadilah seks diluar perkahwinan dan juga rogol. Ibu bapa perlu mengambil serius tentang perkara ini. Mereka perlu memantau anak anak mereka di internet. Jangan menyangka anak anak hanya bermain internet tetapi tidak tahu menahu mengenai apakah yang mereka lakukan.

9.  Buli Siber

Istilah buli siber atau cyber bully ini masih tidak cukup dikenali di Malaysia. Mereka yang suka memberikan gambar mereka sesuka hati di facebook boleh menjadi mangsa buli siber ini. Malah ada yang memberikan gambar bogel mereka kepada kenalan Facebook. Mereka kemudian mengugut untuk mendedahkan gambar tersebut jika tidak melakukan apa yang mereka mahu. Mereka akan terus membuli mangsa sehabis habisnya.

10. Kecurian Identiti

Dengan facebook, kecurian identiti sangat merbahayakan. Ini adalah kerana hacker boleh menyamar sebagai anda dan melakukan jenayah. Sebelum ini ada dikalangan artis dan golongan biasa digodam akaun Facebook mereka. Hacker ini kemudian menghantar mesej kepada rakan rakan anda dan meminta wang yang kononnya anda dalam kesusahan.  Ini pernah kepada seorang usahawan internet yang juga penulis buku beberapa tahun lepas.

Inilah antara bahaya facebook yang perlu anda ambil perhatian. Mungkin anda tidak menyedarinya akan bahaya yang menanti ini. Diharap anda sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan dan juga mangsa bahaya facebook ini.

 

Artikel Berkaitan
  • Tingkatkan Keselamatan Semasa Mengunakan Facebook
    Sekarang ini isu pengodaman dan hacking semakin hebat diperkatakan. Bermula kempen pengodaman laman ...
  • Facebook Akan Ditutup Pada Mac Ini?
    Sekarang ni berita yang paling hangat tentang Facebook. Bagi saya ia hanya hoax atau tipu je. Terdap...
  • Panduan Pengiklanan Dengan Facebook
    Saya mula rasa jatuh cinta dengan facebook. Mungkin sebab itulah Facebook kini menjadi kegilaan rama...
  • Review Facebook Ads Mania Daripada Ammar Zahar
  • Tips Adsense: User Content Generated Site
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • bahaya facebook
  • bahaya facebook dalam islam
  • 10 bahaya facebook
  • bahaya facebook menurut islam
Post Views: 1,043
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:bahaya facebook danger facebook

Related Articles

Tips Membeli Iklan Di Internet Bagi mereka yang ingin membeli …

Tips Membeli Iklan Di Internet

Seperti yang dijanjikan. Saya akan masukkan gambar gambar yang saya …

Gambar Seminar JomSeminar

8 Comments

  1. soleh

    Salaam. Facebook boleh jadi bahaya, namun boleh juga menjadi tempat berita sensasi. -smile-

  2. sham

    kesan viral facebook memang hebat. Cuma dinasihat agar berhati hati agar terjebak dalam sebarang masalah.

  3. terbelog

    betol bro..facebook ni maklumat peribadi kita. x selesa la kalau letak semua detail kat situ

  4. sham

    Yup…ada orang boleh exploitasi..

  5. usahawan

    Yup!! Ketagihan dan kegilaan facebook boleh membuatkan kita membocorkan segara rahsia samada kita sedar atau tidak!!

  6. sham

    ramai jadi mangsa sebab terlalu leka dan percayakan kawan dari FB…

  7. usahawan

    Dalam facebook ni, saya percaya kita ada 1001 musuh!! Tak tau lah bg pandangan orang lain!!

  8. beritacikgu

    yang pasangan curang tu tak leh tahan..

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Panduan Cara Buat Ebook

Panduan Cara Buat Ebook Ebook adalah antara salah satu daripada pendapatan pasif…

Beginikah Kaum Aad, Kaum Nabi Hud

Dalam Al-Quran, Kaum ‘Aad dikurniakan badan yang besar dan sangat kuat.  M…

Bagaimana Saya Membuat RM1700 dalam Masa 7 Hari Tanpa Produk

Cabaran Affiliate Tips Ptd telah berakhir semalam. Sememangnya persaingan untuk …