Bila saya baca artikel ini daripada Berita Harian ini. Ia cukup menjatuhkan maruah seorang wanita apabila menyamakan layanan seorang isteri kepada suami seperti layanan seorang pelacur.
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.
“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.
Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.
Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
Pada pandangan saya, penggunaan pelacur kelas pertama adalah salah sama sekali. Jika ingin buat perbandingan sekalipun, jangan gunakan istilah pelacur. Perlu diingat Islam ada adap dan garis panduan. Sememangnya tanggungjawab isteri untuk melayani suami mereka. Namun, dalam islam telah pun ada diterangkan tentang hubungan suami isteri. Kembali kepada ajaran islam, selesai masalah ini.
Apa yang pelacur buat ada yang langsung tidak sesuai dengan ajaran Islam. Isteri bukan hanya alat untuk kepuasan seks suami semata mata. Isteri adalah pelengkap hidup seorang suami dan juga seorang lelaki. Memang niat kelab Isteri Taat tu bagus niatnya, cuma kenyataan yang dikeluarkan agak keterlaluan apabila menyamakan peranan seorang isteri dengan pelacur.
Saya tidak setuju sama sekali tindakan perbandingan ini. Menyamakan seorang isteri dengan pelacur adalah satu kenyataan yang sempit akal. Anggapan suami curang disebabkan oleh layanan isteri yang “kurang” adalah tidak tepat dan hanya alasan semata mata. Ia tidak boleh dijadikan satu alasan yang kukuh untuk menjadi sebab suami curang.
Kecurangan tidak akan terjadi jika suami dan juga isteri berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Ia adalah penyelesaian yang paling baik dan tidak boleh disangkal lagi. Suami dan Isteri memainkan peranan masing masing dalam keluarga. Jika teguh agamanya, maka teguhlah rumahtangga.
Dalam kenyataan tersebut, mereka beranggapan perkahwinan hanya kerana seks semata mata. Ia adalah satu perkongsian hidup, suka duka dan masalah. Saya rasa mereka perlu menarik balik artikel berkenaan. Kelab ini juga ditubuhkan oleh syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikaitkan dengan faham Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia.
Sebab tu saya rasa kenyataan yang agak sedikit terpesong. Wartawan yang tulis pun satu. Kenapa diterbitkan artikel sebegini? Ia menjatuhkan martbat seorang isteri apabila disamakan dengan pelacur. Pendidikan seks adalah perlu. Tidak perlu belajar apa yang pelacur buat untuk puaskan suami dalam hubungan seks. Yang penting ialah kerjasama dan kesefahaman.
Saya tertarik dengan komen Ustaz Zaharuddin di laman facebook beliau tentang artikel ini:
Inilah satu contoh penggunaan bahasa yg tidak tepat lagi mengelirukan. Siapa pula yg tahu cara layanan yg dikatakan istimewa itu? hanya pelanggan pelacur kelas pertama itu & penggemar video lucah kelas pertama. Pastinya tidak semua cara pelacur boleh dilakukan oleh suami isteri menurut hukum Islam.
Hanya mereka yang melanggan pelacur sahaja tahu bagaimana layanan yang dilakukan oleh seorang pelacur. Jika tidak bagaimana mereka boleh buat perbandingkan tentang layaran seorang isteri kepada suaminya dan seorang pelacur kepada pelanggannya.
Adakah ini cara baru untuk Al-Arqam untuk “come back” dengan menjadikan isu suami curang,isteri kena layan suami seperti pelacur barulah suami tidak terjebak dengan gejala mencari hiburan di luar atau istilahnya “makan luar”.
oh…. otak “biru”…
Incoming search terms:
- mimpi istri jadi pelacur
- mimpi jadi pelacur
Peja - Pendapatan Dengan Blog
Huh, tibe2 rasa bengang plak dgn paper…
Artikel terbaru:
wana
salam abang sham ayat tu salah
“Sememangnya tanggungjawab suami untuk melayani suami mereka.”
–ayat ni maksud dia gay bang=)
harap boleh ubah…
alright saya amat2 stuju bila abang sham curang tak kan jadi klau masing2 patuh pada agama…sebab bagi saya nak berjaya dalam smua hal kena ada pegang pd agama….
doa dan minta pertolongan pd Allah yang plg mustajab..wallahualam!
wana
abang sham tlg edit ayat sy yg kat ats tu..
alright saya amat2 stuju bila abang sham ckp curangtak kan jadi klau.
tlg tmbah perktaan “ckp”…sorry salah type…
sham
alamak..nanti saya repair wana…Tak perasan..
Faizul Noor
Apa punya artikel daripada berita harian ini..Saya rasa penulis artikel tersebut buta agama kot..Shamsuriyadi, kita patut sebarkan luas benda ni lagi..banned terus surat khabar ni takpe..
Memang tak patut samakan isteri dengan pelacur kelas atasan.:(
p/s: Mohon share Shamsuriyadi.
sham
Silakan tuan Fauzul.
sayacomel
penggunaan perkataan yang kurang sesuai..