Kementerian Kesihatan memberikan amaran agar tidak menjalani spa ikan kerana dikuatiri terkena jangkitan menerusi air seperti HIV, Hepatitis C dan Tibi. Risiko lebih tinggi apabila ada luka pada kaki anda yang terdedah dan dimasukkan ke dalam air yang mengandungi pelbagai kuman dan bakteria merbahaya.
Saya tidak pernah mencuba dan tidak akan mencuba spa ikan ini. Geli.
Sebabnya air yang digunakan berkongsi dengan pelbagai pelangan lain. Kolamnya buka air yang mengalir seperti sungai. Kalau spa ikan di sungai, mungkin masalah tidak akan berlaku kerana air sentiasa mengalir.
Rasanya dalam Majalah 3 kalau tak silap pernah menampilkan spa ikan di sungai di Sarawak/Sabah. Menurut mereka, ratusan ribu pelancong datang semata mata untuk merasa spa ikan di sungai. Kalau saya, pasti sudah melompat ke darat kalau ada haiwan bermain main di kulit dalam air.
Ingatkan ikan, takut benda lain..hehehe
Kalau teringin mencuba spa ikan di pasaraya tu. Lupakan sahaja niat anda. Nanti bukannya semakin sihat tetapi sebaliknya mendapat penyakit Aids setelah berkongsi air kolam ikan di Spa Ikan.

squardpips
ada betul jugak… saranan ini.. klw kat sungai tu ianya mengalir…