Bagaimana nak melindungi hak cipta kita? Apakah yang dilindungi?
Sebenarnya banyak benda yang dicover menerusi Akta Hak Cipta 1983. Antaranya penulisan, artikel, gambar, animasi dan banyak lagi. Ia adalah termasuk ebook anda!
Bagaimana kalau ebook tu tak berkualiti?
Kualiti atau tak, ia tetap dilindungi secara automatik. Saya ulang secara automatik. Anda tidak perlu mendaftar apa apa untuk melindungi karya. Namun, digalakkan untuk membuat akuan berkanun sebagai black and white bahawa ia adalah hasil tulisan anda.
Akuan berkanun tu ialah surat dari pesuruhjaya sumpah la ye. Tak perlu ke mahkamah ke apa. Bayar beberapa ringgit untuk dapatkan surat yang meyatakan ia adalah hak milik anda. Jadi anda mempunyai bukti kukuh kalau nak mendakwa sesiapa yang melanggar hakcipta anda.
Malah artikel yang saya tulis ini pun dilindungi Akta Hak Cipta. Ia bergantung kepada pemilik hakcipta samada untuk membenarkannya ia dicolek diambil atau disalin. Sesetengah bl0g menyatakan bahawa anda tidak dibenarkan untuk menyalin apa apa kerana ia adalah hak cipta pemilik blog tersebut.
Bagaimana kalau ambik isi penting je kemudian olah balik?
Ia dibenarkan. Apa yang dilarang untuk menyalin 100% hasil hakcipta tersebut. Jadi jangan main salin je artikel dari laman web orang tanpa memberi sebarang kredit dan sebagainya.
Kalau fotostat buku rujukan masa kat u tu?
Ia sepatutnya tak boleh. Tetapi diberi kelonggaran bagi tujuan pendidikan. Kita sedia maklum, student bukan banyak duit pun. Harapkan pinjaman atau biasiswa je. Ia adalah atas budi bicara pihak berkenaan jela.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.myipo.gov.my
Pejabat diorang akan berpindah dari kompleks daya bumi ke ampang bermula Disember ini.
Ada banyak Akta tentang Harta Intelek ni. Tetapi tak berkenaan dengan perniagaan internet. Hanya Akta Hak Cipta sahaja yang berkenaan dengan kita.

Zairi Zaidi
saya memang nak elakkan amalan footostat buku. adalah lebih baik kalau beli yang asal
sham
Saya pun dulu beli yang ori….semuanya saya simpan rapi dirumah. Tapi ada jugak la yang fotostat, bila bajet lari…terkenang zaman belajar dulu.
matnor
teringat aje masa belajar dulu..buku2 ni mahal kadang2 sampai rm100..so terpaksalah fotostat buku kawan..