Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Betul ke Perniagaan Internet Boleh Buat Duit?
Umum

Betul ke Perniagaan Internet Boleh Buat Duit?

sham 5 Comments

Saya menerima banyak juga sms yang bertanyakan samada betul ke perniagaan internet boleh buat duit? Malah ada yang mengatakan mereka ditertawa oleh rakan rakan mereka kerana mahu memulakan perniagaan internet sehinggakan mereka ragu ragu, betul ke perniagaan internet boleh buat duit.

Dengan adanya pelbagai buku di kedai kedai buku, ramai lagi yang belum sedar akan potensi perniagaan internet ini. Malah ada yang langsung tidak mempercayai internet boleh buat duit. Sham saje je cakap macam tu sebab nak suruh ebook dia laku je tu… Mungkin ada yang cakap macam tu.

Memang ebook saya laku & saya dapat duit daripadanya. Bukan ke tu sebagai bukti perniagaan internet memang boleh buat duit? Kenapa perlu saya tipu sedangkan saya dapat duit daripada iklan,google adsense,clickbank,ebook dan sebagainya. Saya memang buat duit daripada internet.

Bagi rakan rakan anda meragui perniagaan internet boleh buat duit. Biarkan mereka. Suatu hari nanti mereka akan sedar. Mungkin ketika itu anda telah pun berjaya dengan perniagaan internet anda. Itulah dilema yang saya hadapi ketika saya mulakan perniagaan internet saya suatu ketika dahulu.

Ibu bapa saya adalah antara yang sering meminta saya mencari kerja kerana saya hanya berada di depan komputer.  Setelah melihat hasilnya, mereka lama kelamaan senyap dan mengakui apa yang saya lakukan betul.

Perniagaan internet boleh dilakukan samada dengan separuh masa atau sepenuh masa. Anda tidak perlu berada di depan komputer sepanjang masa. Hanya beberapa jam sudah memadai. Saya pun sama. Saya bukan berada di depan komputer sepanjang masa. Jika yang telefon atau sms, jangan menganggap saya berada di depan pc. Kemungkinan  saya berada di luar bersama keluarga saya.

Apa yang penting ialah anda bertindak. Tidak kira la perniagaan apa yang anda ingin lakukan. Bertindak. Apa yang membezakan orang berjaya dengan mereka yang tidak ialah TINDAKAN. Adakah anda ingin bertindak atau hanya biarkan ia berlalu?

Di internet semakin banyak peluang untuk anda terokai. Tetapi jangan pula anda terlibat dalam program skim cepat kaya. Nanti anda yang kayap.

Artikel Berkaitan
  • Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Perniagaan Internet?
    Saya ingin menghasilkan produk baru iaitu Siri Video pulak. Ia akan menjadi satu koleksi video tenta...
  • Scam Alert: Buat Duit Dengan Survey
    Betul ke boleh buat duit dengan isi dengan survey? Itu adalah antara email pertanyaan saya terima...
  • Perniagaan Internet Malaysia Dalam Bahaya
    Perniagaan internet Malaysia dalam bahaya! Dah lama juga terbuku dalam hati tentang perkara ini. Pro...
  • Buku Kedua: Internet + Produk Digital = DUIT
  • Laporan Percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 497
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:buat duit di internet perniagaan internet

Related Articles

Sedar tak sedar, pada hari ini Shamsuriyadi.com berusia setahun. Dalam …

Setahun Berlalu

Apa Yang Dimaksudkan Dengan SPAM?
Maksud SPAM Menurut WIKIPEDIA, SPAM adalah menghantar mesej secara pukal …

Apa Yang Dimaksudkan Dengan SPAM?

5 Comments

  1. nuwa

    Perniagaan internet mungkin sesuatu yg baru bg rakyat Malaysia. Namun begitu, ramai yg telah mula menyedari peluang ini dan mula menyertainya tetapi malangnya terjebak pula dengan skim bukan2 yg menipu.. Huhu.

    Saya hanya melakukan perniagaan ini secara separuh masa dan Alhamdulillah, pendapatan dari internet kadang2 melebihi gaji makan gaji saya..Hohoho.

  2. abgzol

    Saya yakin perniagaan internet adalah perniagaan sebenar & tidak ada beza yang ketara dengan perniagaan konvensional. Cuma yang menjadi sempadan adalah ia dijalankan menggunakan platform internet, selain modal yang rendah..risiko juga adalah kurang. Malah dengan kuasa internet..perniagaan boleh dikembangkan seantero dunia selagi kawasan tersebut ada aksess internet! Cuma yang memburukkan nama baik perniagaan internet adalah segelintir mereka yang menyalah gunakan kelebihan internet untuk menyebarkan dakyah kononnya program skim cepat kaya & penipuan adalah perniagaan internet! Syabas kepada Sham kerana berani mendedahkan topeng-topeng scam tu!!

  3. JimieRay

    Salam Sham…Off topik japp.

    Dua @ tiga hari lepas saya ada email Sham melalui ruangan
    ‘contact’ di atas, Sham ada terima email saya tak??

  4. sham

    tak terima la jimiey..try email direct ke support@ shamsuriyadi dot com

  5. Anissensuous

    Benar. Perit bila berhadapan dengan orang yang meragui perniagaan internet yang kita sedang jalankan. Tapi masa ni la kita sebenarnya lebih mengenali orang-orang di sekeliling kita. Siapa yang akan ada di sisi kita ketika kita memerlukan dan siapa yang tidak.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Setahun Berlalu

Sedar tak sedar, pada hari ini Shamsuriyadi.com berusia setahun. Dalam setahun j…

Perkhidmatan 24 Jam dari VirtualNiaga

Perkhidmatan rekabentuk laman web dalam masa 24 jam!. Itulah pengalaman saya apa…

Kaya dengan Seminar?

Saya sering mendengar sesetengah yang cukup anti dengan orang seminar.Malah ada …