Google telah menblacklist domain co.cc daripada disenaraikan di keputusan carian Google. Ia berikutan domain percuma ini digunakan oleh spammer untuk melakukan spam dan manipulasi terhadap keputusan carian Google. Kini semua laman web co.cc telah dikeluarkan daripada keputusan carian Google.
Jadi mereka yang mengunakan domain .co.cc untuk Adsense for Domain, pastinya akan terjejas teruk dengan tindakan Google ini. Sebab itulah penggunaan domain percuma mempunyai risiko dalam perniagaan internet. Sesetengah daripada IM mengunakan domain percuma ini untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk mencipta backlink kepada laman web utama.
Namun, dengar cerita .co.cc sedang merayu kepada Google agar mereka tidak dikenakan tindakan disebabkan oleh tindakan pengguna mereka bak pepatah “kerana nila setitik,rosak susu sebelanga”. Nampaknya banyak laman web saya pun terjejas kerana ia tidak lagi tersenarai di keputusan carian Google.
Semuanya disebab mereka yang melakukan teknik blackhat untuk melakukan pemasaran. Sekarang semua orang rugi akibat daripada tindakan segelitir pengiat taktik blackhat. Kalau mereka sahaja yang kena tidak mengapa, ini menyebabkan keseluruhan domain telah disenarai hitam oleh Google.
Jika dahulu, jika anda mengunakan domain .co.cc, laman web anda masih boleh disenaraikan pada keputusan carian. Kini tiada lagi..
Incoming search terms:
- www sms-bertuah co cc
- www smsbertuah co nf
- www smsbertuah co cc
- www smsbertuah
- www sms bertuah co cc
- www sms-bertuah co nf
- smsbertuah co nf
dinsblog
nasib tak berapa minat sangat dengan domain .co.cc nih.
sham
domain free ni just untuk buat AFD je.. sekarang dah kena blok.huhuuh
titan
google dengki la tu. Menci.
Azham Zanal
Dulu pernah pakai tapi buat testing saja.. rasanya rugi sebab google mmg dah lama anaktirikan .co.cc
Bukit Gambang
tuan, kalau guna co.cc untuk landing page kempen adwords masih boleh atau juga telah dibanned?
sham
rasanya lepas kejap je.. mungkin akan kena ban juga bila diorang cek balik.
encikbeliau
betulkah dah kena ban ? saya tgk still lagi keluar result dkt google…
sham
Google dah senaraikan balik dah domain co.cc ni.Sebelum ni semua site co.cc dah diremove oleh google.