Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Duit Banyak Bukan Penjamin Kebahagian, Carilah Keredhaan Allah
Umum

Duit Banyak Bukan Penjamin Kebahagian, Carilah Keredhaan Allah

sham 3 Comments

Ia adalah satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya dan perasaan gerun kepada saya. Hari ini semua orang ingin cepat kaya. Asalkan ada peluang, semua akan dibedal. Skim cepat kaya dan pelbagai skim merapu menjadi sasaran demi mencapai matlamat iaitu inginkan duit yang banyak.

Banyak duit boleh menjamin kebahagiaan?

duit banyak Bukan DUIT AKU!!!

Gambar hiasan..Bukan DUIT AKU!!!

Disclaimer: Gambar diatas adalah gambar yang saya ambil daripada skim yang dipromosikan di Facebook. Ia akan di”cilok” oleh orang lain pula selepas ini untuk dijadikan “penyedap” skim cepat kaya.

Kata mereka “Bila aku ada duit banyak, aku boleh tolong orang susah”. Begitulah berapi api mereka bercakap.  Namun, persoalannya apabila duit dah banyak, sebanyak manakah yang digunakan untuk menolong orang susah? Rasanya pastikan banyak duit akan digunakan untuk menaiktaraf kekayaan mereka sendiri. Contohnya, beli banglo, kereta ferari dan sebagainya.

Kekayaan yang ada tidak mampu untuk memberikan kebahagiaan. Apabila duit menguasai diri, akan berlakunya rasuah dan sebagainya untuk mengkayakan diri dengan lebih banyak duit. Kemudian, mereka akan mula mengejar “kuasa”. Maka bermula lah berjinak-jinak dengan politik untuk mengejar kuasa. Bermulah kehidupan orang politik tipu kanan,tipu kiri. Yang penting, kuasa dapat dan duit pun dapat daripada sogokan mereka yang inginkan sesuatu daripada mereka. Inikah kehidupan yang dikehendaki?

HAKIKATNYA DUIT  BANYAK TIDAK MEMBAWA KEBAHAGIAAN!!

Apabila sudah kaya dan banyak duit. Ia akan mengundang rasa takut. Bukan takutkan Allah tetapi takutkan manusia. Takutkan manusia yang mungkin akan merompak harta kekayaan mereka. Mereka mula mengupah bodyguard dan pegawai keselamatan di rumah. Inikah bahagia?

Apabila ada kematian ahli keluarga. Mereka sibuk menguruskan duit-duit mereka yang banyak. Rumah sewa yang banyak. Saudara yang meninggal dunia disebelah pagar rumah pun diabaikan dan tidak diambil tahu. Orang-orang sekitar dan saudara mara akan mula mencemuh. Inikah bahagia?

Apabila mereka meninggal dunia. Anak-anak, isteri-isteri mereka mula saman-menyaman duit mendapatkan harta kekayaan yang ditinggal. Anak saman ibu, ibu saman anak. Akhirnya keluar menjadi kacau bilau. Pastinya tiada lagi doa anak yang soleh sebagai bekalan di alam kubur. Inikah bahagia?

Skim cepat kaya biasanya menindas mereka yang baru masuk. Orang lama menjadi kaya dan orang baru masuk dapat habuk. Pastinya ia adalah satu peniayaan kepada mereka. Duit memang dapat, dosa pun tidak kurang banyak dapat kerana melakukan peniayaan dan memakan harta riba. Semua skim cepat kaya mengunakan kaedah riba. Semua ini adalah satu bala kepada diri sendiri di akhirat kelak. Inikah bahagia?

Carilah Rezeki Yang Halal

Carilah keredhaan Allah. Jauhi sebarang skim cepat kaya yang meniayaan orang lain. Jauhi perkara riba. Ada yang mempertikai kehidupan hari ini yang penuh dengan riba. Ya. Zaman ini pasti semua orang terlibat dengan riba walaupun dengan debu-debu riba. Namun, berusalah untuk menjauhinya. Semoga Allah mengampuni dosa kita. Allah Maha Pengampun.

Bersedekahlah

Bagi mereka yang berniat untuk membantu orang, bersedekah lah kepada mereka yang memerlukan. Sedekah terbaik ialah kepada ahli keluarga yang terdekat yang susah. Kemudian barulah kepada orang lain yang disekitar. Andainya ada saudara mara kita yang dalam kesusahan, bantulah mereka. Ia adalah kerana sedekah itulah yang paling afdal.

Usah leka Mengejar Duit

Jangan terlalu leka dalam mengejar duit. Jangan mengabaikan solat. Solat adalah tiang agama.Tanpa agama jiwa anda akan kosong. Tiada lagi ketenangan jiwa. Bersolatlah pasti jiwa akan tenang.

Katakan Tidak Kepada Skim Cepat Kaya dan Berusahalah untuk mencari Keredhaan Allah dengan menjalankan perniagaan dan pekerjaan dengan jujur dan amanah.

Artikel Berkaitan
  • Cari Duit dan Keredhaan Ketika Bulan Ramadhan
    Bulan ramadhan sememangnya ditunggu tunggu oleh sesetengah orang. Inilah masanya mereka menjadi peni...
  • Jualan Murah Sempena Perkahwinan
    Hanya seminggu lagi  saya akan bergelar seorang suami. Berdebar debar la pulak bila difikirkan perk...
  • Program JutawanKlik dan RezekiKlik Sudah Terkubur
    Jutawanklik terkubur Suatu masa dahulu saya ada menulis berkenaan JutawanKlik.com . Ia satu nasihat...
  • Brader Ni Buat Pinjaman RM2.7 Juta Tanpa Cagaran, Penjamin dan Kertas Kerja
  • Hukum Forex Berdasarkan Muzakarah Jakim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • duit banyak
  • duit
  • gambar duit banyak
  • gambar duit
  • banyak duit
  • gambar duit malaysia banyak
  • gambar duit banyak sekali
  • gambar duit malaysia yang banyak
  • duit malaysia
  • foto duit banyak
Post Views: 722
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:buat duit cari duit duit duit banyak

Related Articles

Alhamdulillah. Pada Khamis lepas, anak sulung saya selamat dilahirkan. Ia …

Oh..It’s A Girl

Selamat Hari Raya AidilAdha
Tahun ni kedua dua raya saya terpaksa beraya di kampung …

Selamat Hari Raya AidilAdha

3 Comments

  1. sabri69

    Hakikatnya semua yang ada di atas dunia ini memberikan kebahgiaan dengan syarat. Apa syaratnya ? Syaratnya ialah kita gunakan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Apakah syarat-syarat seperti yang dikehendaki oleh Allah swt ?

    [Saya nak senarai semua sekali tak mampu]

    Saya jawap dengan tepat dan ringkas ialah seperti yang termaktub dalam Al Quran, Al Hadis, Ijmak Ulamak dan Qias.

    Bukan senang nak ikut syarat ini !!!

    Jadi, berdoalah kepada Allah swt supaya diberikan kekuatan untuk mempraktik seperti yang termaktub itu. AMIN

  2. sham

    betul-betul… saya tulis untuk muhasabah diri agar tidak leka.. Semoga ia memberi manfaat kepada orang lain juga.. 🙂

  3. Md salim bin mohd taib

    Bgus

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Keajaiban Kolustrum Alpha Lipid Lifeline

Ia adalah cerita sebenar tentang susu kolustrum ni. Pada awal tahun ni, ibu saya…

Buat Duit Dengan Amazon

Apa yang anda tahu tentang Amazon? Bukan hutan Amazon tau. Amazon.com Ia adalah …

DUIT: Antara Moral Dan Realiti

Duit pada hari ini menjadi satu keperluan yang sangat meruncing. Tanpa duit, sus…