Salam.Ada jual cacing? Saya nak beli 30kg.
Itulah sms yang saya dapat kejap tadi. Pelik jugak sebab saya tak pernah tulis pasal apa yang saya tak buat. Pasal cacing tak pernah tulis langsung di blog saya. Sekarang ni saya ternak ikan keli, arnab, ayam gajah, itik telur. Itu je antara ternakan yang saya buat sebagai hobi. Tak pernah pulak saya menjual atau menternak cacing.
Orang ni dapat nombor telefon saya menerusi internet. Kat mana saya tak tau.
Dulu teringin jugak nak try ternak cacing. Tetapi kesukaran untuk menjual menyebabkan saya tak jadi. Kalau dah ternak banyak cacing, siapa pulak nak beli balik kan?
Jadi saya tak ternak la. Kalau ada permintaan & mudah untuk pasarkan. Saya bela la.
Itik telur – setakat setiap hari bertelur. Saya biasa jadikan telur masin & atau jual mentah. Biasanya ada cina datang rumah ambik. Orang kampung ada juga datang beli samada telur mentah atau masin. Permintaan telur masin akan naik kot masa ramadhan ni. Suka suka je ternak ni. Makanan saya hanya guna lebihan makanan yang dibuang dari kedai mak sedara.
Arnab – baru je bela. Average harga anab adalah RM15 seekor untuk dibelaan. Tu arnab biasa la. Kalau variety yang mahal. Harganya ratusan ringgit malah ada yang mencecah ribuan ringgit. Najis arnab juga boleh dijadikan baja untuk projek tanaman.
Ayam Gajah – anak ayam ni murah kat kuale kangsor ni. Rm2.50 je sekor. Biasanya bangla suka ayam ni. Kalau jual ia mencecah RM30 sekor sebab beratnya boleh sampai 3-4kg sekor. Telurnya pun besar macam telur angsa. Kiranya telur yang dihasilkan gred AA dari segi saiz.
Ayam kampung – ni tak banyak lagi. Baru dalam belas ekor induknya. Kalau kera tak kacau/curi telur dah banyak kot anak ayam kampung ni.
Selain tu saya sedang usahakan tanaman limau nipis, limau kasturi dan terbaru lemon australia. Tetapi masalah utama sekarang ni adalah babi yang berleluasa. Pokok yang baru tanam, babi suka korek untuk cari cacing. Walaupun dah beberapa ekor dah mati termakan racun, tapi masih berleluasa lagi.
Mungkin RELA kat sini tak aktif sangat. Kalau kampung di Kuala Terengganu, anggota RELA cukup aktif ke kampung kampung memburu babi hutan yang masuk kampung. Biasanya setiap hari jumaat. Selepas solat Jumaat, mereka akan berkumpul dan buat operasi memburu mengikut laporan penduduk kampung.
Ia juga disertai oleh beberapa orang cina yang akan mengambil babi yang ditembak. Mereka juga menyediakan anjing untuk menghalau babi dari semak semak. Jadi takde isu untuk mengali lubang untuk menanam bangkai babi sebab ia akan terus diangkut oleh cina dari Wakaf Mempelam. Mungkin ia untuk makan atau dijual kot.
Kalau saya dikampung, sering kali juga mengikuti operasi memburu ni. Seronok tengok kecekapan diorang menembak. Saya merupakan ahli Relawan yang tak aktif..hehehe.
Dah lama tak balik. Menurut ayah saya. Ia masih lagi dilakukan setiap minggu.
Kat Perak ni tak pulak yang buat macam tu. Masalah kera yang mengacau tanaman pun semakin berleluasa. Pasang mercun pun tak takut dah. Tahun lepas Rela ada buat operasi menembak tupai & kera. Tetapi banyak lagi kera yang mengacau tanaman. Menurut mak mertua, jika dahulu babi & kera langsung takde. Tanam la nak tanam apa pun takde apa yang merosakkan kebun.
Saya memang suka tinggal di kampung berbanding dibandar..antaranya sebab hobi saya kot. 🙂

Anak Tani
Salam dan Selamat berpuasa kepada muslimin muslimat.
Buat projek apa pun kena ada analisa SWOT jugak nampaknya.
Lainlah kalau untuk hobi dan suka-suka dan tak kisah pulangan hasilnya.
Cerita babi ni kat mana-mana pun sama juga.Selagi babi nampak adanya pokok, babi akan cari jalan nak dapatkan pokok tersebut, walau berpagar zink paras dada.
Dengar cerita petua orang lama, kalau nak halang babi makan tanaman , kena letak rambut di sekeliling pokok-pokok tersebut, jadi bila babi sodok tanah sebab nak korek atau kuis-kuis pakai muncungnya, rambut tadi akan tercucuk hidung babi, baru babi tak terus mengganas.
Betul tidaknya, tak tau lah sebab tak pernah cuba, boleh cuba dulu lah baru tau, berkesan atau tak cara tersebut.
Muhamad Nornizam
Salam Ramadan
Sama la kita..saya pun org kg..sy duk asal Jelebu..kat kg sy lg teruk, kera masuk umah org. siap angkat tudung saji untuk makan nasi..sebijik mcm manusia. tu lum lg yg kera curi telur. kita halau, semakin banyak yg dtg…tp lepas RELA buat opersi..berkurangan jgk..
bisnesku.com
zam
ditempat saya di bandar penawar nie masalah celeng nie banyak…
nak buat pagar kena bayar fee kat kemajuan johor tenggara nie..
sure kenapa tak buat2 operasi menembak nie…
wlopon aduan dah buat banyak kali daa…
malu eden sbg penduduk bandar…
zackmohd
saya pun asal orang kg jugak dan minat berkebun…sampai skrg masih ada yang call tanya pasal belut!belut?…he he…saya mmg pernah ambik kesempatan masa perternakan lintah masih hot dulu dgn menjual belut…tapi sejak bisness lintah ni dah tak kedengaran lagi…saya dah stop trading belut…seingat saya,masa tu ada la iklan kat internet ni pasal belut..so masih ada lg kot yg terserempak dengan post saya kat mana2 pasal belut..itu lah namanya kuasa iklan…
menyentuh soal iklan ni..saya nak kondem tv3 pasal iklan santa klos dia yg dah terkeluar baru2 ni…satu perkataan je yg saya rasa sesuai..BANGANG !…kalau mcm ni lah mentaliti diorang…rosak Malaysia di buatntya…
Hadi
Salam en.Shamsuriyadi, mcm mana nk berhubung terus dgn en.?