Agak lama tak menulis di blog ini. Sebelum ini, saya ada masalah ketagihan internet. Sehari tidak online, pasti susah hati. Itu dulu, sekarang takde dah.. Tak kisah jika tidak online 1 minggu sekalipun. Sesuatu yang baik untuk kesihatan saya. 🙂
Jika ada yang perasan, kini semakin ramai blogger yang mengunakan H12 Media Advertising untuk monetized blog mereka. Bila buka blog mereka, maka terkeluarlah popup H12 media ini. Ada juga iklan banner dan sebagainya. Saya tidak menyertai H12, persoalan saya adakah iklan yang keluar boleh kita tapis?
Sebabnya.. saya terlihat iklan gunting coli & spender wanita. Â (Pada awalnya, saya nak tunjukkan gambar iklan berkenaan, tapi dibatalkan sebab takut tempias pula nanti).
Kata orang perak, APE KE HE nya macam tu?
Pemilik blog, itukah hasil yang nak suap anak bini bro? Daripada pemerhatian saya, iklan H12 Media banyak berbentuk sedemikian. Jika ia boleh ditapis, tapis lah. Sebab itu, jangan mempromosikan apa apa tanya usul periksa. Saya terlibat dalam IM hampir 10 tahun dah.
Jika nak join mana-mana syarikat pengiklanan & nak buat duit dengan blog, pastikan anda ada kuasa untuk tentukan kandungan iklan yang keluar pada blog anda. Susah zaman sekarang ini sebab terlalu banyak cabaran nak buat duit di internet, jika kita boleh tepis, tepis la.
Yang penting, tegur menegurlah antara satu sama lain. Saya tegur anda jika ada yang tersilap, anda tegurlah saya jika saya tersilap. Tiada orang sempurna. Namun, kita berusaha untuk menjadi seorang Muslim yang baik.
Ini sahaja untuk post terbaru daripada saya. 🙂
Anuar
Betul tu Tuan.. Saya setuju dengan pandangan tuan… Nak cari rezeki melalui blog kenalah cari yang halal…
cik tom
pernah beberapa kali dpt email dr h12..tp pernah baca beberapa blogger mengeluh perkara yg sama..tu xjadi beriklan..