Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Jangan Berikan Maklumat Kad Kredit Menerusi Telefon
Umum

Jangan Berikan Maklumat Kad Kredit Menerusi Telefon

sham 8 Comments

Pernahkah anda dihubungi oleh seseorang yang kononnya daripada bank bertanyakan kad kredit kepada anda? Jangan Ya, jangan berikan sebarang maklumat kad kredit anda seperti nombor kad kredit dan juga CCV kepada mereka. CCV adalah nombor kod pengesahan transaksi kad. Ia berada pada belakang kad. Biasanya ia adalah 3 digit.

Penipuan Maklumat Kad Kredit Menerusi Telefon

Bagi Kad Visa, 3 digit pada belakang kad kredit adalah CCV.

CCV Kad Kredit

Manakala bagi Master Card, hanya ada CCV belakang kad.

Jika ada yang bertanya nombor kad dan juga CCV ini menerusi telefon. Jangan berikan. Jika tidak, kad anda akan dicaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Maklumat kad kredit adalah adalah sulit.

Bagaimana pula pembelian menerusi kad kredit  di Internet? Contohnya Paypal.

Paypal adalah satu syarikat yang diiktiraf di seluruh dunia. Jadi ia selamat untuk mengunakan perkhidmatan ini kerana mereka sendiri mempunyai mekanisme untuk melakukan reverse caj jika berlaku transaksi yang tidak sah. Anda hanya perlu laporkan kepada Paypal bahawa anda tidak melakukan transaksi tersebut. Maka pihak Paypal, akan hold pembayaran tersebut untuk siasatan.

Jika benar, duit anda akan dipulangkan kembali ke kad dan menolak transaksi tersebut.

Bagaimana pula jika sudah terbagi maklumat kad kredit tersebut menerusi Telefon?

Apa yang perlu anda lakukan ialah telefon bank untuk block kad tersebut. Biasanya pada laman web atau surat kad ada tertera nombor telefon bagi kehilangan kad kredit. Ia adalah untuk mengelakkan anda dicaj lagi selepas ini. Jika kad anda sudah dicaj, anda perlu ke bank untuk mengisi borang yang menyatakan ia bukan transaksi yang anda lakukan.

Pihak bank akan membekukan pembayaran tersebut dan reverse caj yang dikenakan. Anda mungkin akan menerima kad kredit lain selepas itu kerana kad yang lama sudah diblock daripada sebarang transaksi.

Bagaimana mereka boleh tahu maklumat peribadi  dan kad kredit saya miliki?

Saya syaki ada kakitangan bank yang mendedahkan atau menjual maklumat pemegang kad kredit mereka. Rasanya kerajaan sedang merangka satu akta untuk menghalang kejadian ini. Sudah banyak kes tentang penipuan yang melibatkan kad kredit menerusi telefon.

Sebab itulah ada telemarketer yang menelefon anda dan memberikan maklumat tentang kad yang anda miliki. Maklumat yang mereka tidak ada ialah nombor kad dan ccv. Jika mereka mendapat kedua dua maklumat ini, mereka boleh mengenakan caj pada kad tersebut.

Jadi jika anda dihubungi oleh agensi pelancongan ataua apa apa syarikat yang menawarkan apa apa dan meminta maklumat kad kredit. Jangan berikan kepada mereka. Biasanya telemarketer menelefon ketika minda sasaran mereka sedang lemah seperti sedang memandu atau balik dari kerja. Ketika itu, otak sedang lesu setelah seharian bekerja.

Ketika itu, ada orang mudah hilang pertimbangan dan memberikan nombor kad kredit dan ccv kepada mereka yang menelefon mereka samada menawarkan kad pelancongan, insurans mahupun apa apa produk menerusi telefon. Kadang-kadang apa yang ditawarkan adalah perkara yang tidak perlu dan akan menjadi beban kewangan anda kelak.

Kad kredit adalah talian hayat anda ketika kecemasan. Hati hati mengunakannya. Jangan berbelanja secara membuta tuli mengunakan kad kredit anda.

Artikel Berkaitan
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
    Tadi saya menerima 2 panggilan daripada 2 nombor berbeza. Mereka mengunkana nombor telefon bimbit un...
  • Bagaimana Untuk Dapatkan Kupon Adwords
    Bagaimana untuk anda mendapakan kupon kredit pengiklanan di Google Adwords? Ramai yang masih tertany...
  • Bagaimana Untuk Mengunakan Kupon Google Adwords
    Telekom Malaysia telah bekerjasama dengan Google untuk mengedarkan kupon pengiklanan Google Adwords ...
  • Menteri Pun Dapat SMS Penipuan Coca Cola
  • 10 Langkah Menangani Phising Email
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • nombor ccv
Post Views: 441
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:beri nombor kad kredit menerusi telefon kad kredit maklumat kad debit maklumat kad kredit penipuan kad kredit

Related Articles

Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang
Sekarang ini banyak betul barang mengalami kenaikan harga berikutan penarikan …

Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Bukan Rezeki Saya..
Hari seharian saya berada di hospital. Pada pagi saya dan …

Bukan Rezeki Saya..

8 Comments

  1. galut

    Kad kredit saya yang dilink dengan Paypal pernah di hack pada tahun 2009 tetapi pada masa itu saya masih kurang pengetahuan dan tiada buat laporan pada pihak PP,so dengan info tuan ini,kini saya tahu apa yang perlu dibuat, terima kasih tuan.

  2. sham

    Setiap masalah ada penyelesaian. Kelebihan kad kredit, transaksi boleh direverse. Jika bayaran tunai, tiada reverse dah. Memang akan burn.

  3. hanif

    tuan jika kita terdedah maklumat kad debit dan setelah itu saya buat kad baru adakah selamat.

  4. sham

    Dah dapat kad baru.. jangan bagi kat telefon lagi kalau ada yang minta. Bank takkan call untuk pengesahan sebab mereka memang dah ada maklumat tu. Tak perlu update. Bank juga akan minta ke cawangan berkenaan untuk segala urusan apa apa.

  5. Azi

    saya baru sahaja terbagi no kad… hurmm… terpedaya sudah… insuran lah sangat… macam mana agaknya jalan penyelesaian nya.. tukar kad baru terus atau ada cara lain…

  6. sham

    Minta bank blok dan buat kad baru.

  7. Amir

    Salam.. Tuan.. Sy dah terbagi no kad debit sbentar td.. Adakah boleh sy terus block kad sy, sedangkan skarang dah bukan waktu bkerja?? Apa yg sy perlu lakukan?? Adakah selamat jika dibiarkan smpai esok??

  8. sham

    Guna kat mana?

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Promote CPA Di Google Adwords, Kena Ban

Ketika menyiapkan Ebook Seni Adwords, saya ada terperasaan produk baru yang dila…

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari raya ketiga baru saya ucapkan Hari Raya ek.Tapi takpe kan, Raya kan sebulan…

Tips Membeli Iklan Di Internet

Tips Membeli Iklan Di Internet Bagi mereka yang ingin membeli iklan di internet …