Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
KBS Pulak nak buat blog…
Umum

KBS Pulak nak buat blog…

sham 2 Comments

Nampaknya semakin ramai la yang menjadi penulis blog nanti.KBS pulak nak wat blog yang kononnya untuk mendekati remaja. Kenapa sekarang? Sebab hampir kalah Pilihan Raya disebabkan oleh blog. Kamon la….

Ni ha artikel kat Untusan:

BERA 23 Mac – Kementerian Belia dan Sukan bercadang mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu memandangkan blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular di kalangan generasi muda.

Katanya, kewujudan blog tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya didapati cukup berkesan sehingga berjaya mempengaruhi pengundi memilih parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

‘‘Jika kita terus memperlekehkan kewujudan blog, saya bimbang suatu hari nanti ia akan mengambil alih peranan akhbar arus perdana.

‘‘Bagaimanapun, blog yang akan kita wujudkan itu akan disesuaikan dengan kehendak belia yang lebih ringan dan santai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda dekat sini malam tadi.

Menurut Ismail Sabri, kementeriannya juga akan meneliti kedudukan pertubuhan dan belia yang sebahagian besarnya lesu selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin belia, lusa.

Katanya, kelesuan itu mungkin berpunca daripada beberapa modul yang diwujudkan dahulu tidak lagi sesuai dengan perkembangan dan kehendak golongan belia masa kini.

Keadaan itu jelasnya, menyebabkan lebih 70 peratus belia di negara ini tidak berminat menyertai persatuan.

Sehubungan itu kata beliau, kementeriannya akan mencari satu formula baru bagi membawa perubahan supaya belia berminat untuk berpersatuan.

‘‘Kita kena ingat, dulu gejala sosial yang merosakkan belia sering dikaitkan dengan faktor dan pengaruh di luar rumah tetapi hari ini gejala sosial itu berlaku dalam rumah kita sendiri.

‘‘Contohnya, pengaruh khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet yang tidak bermoral kini mudah didapati di rumah kita sendiri menerusi telefonbimbit dan komputer,” kata beliau.

Sumber: utusan

Nampaknya golongan muda mesti ramai yang bercita cita untuk menjadi seorang blogger. Blog akan mendapat sambutan yang luar biasa la lepas ni. Rezeki buat mereka yang meniaga buat servis setup blog wordpress. Rasanya nak buat jugak rasannya. Buka susah pun nak setup.

Apa yang susah tentang blogging ialah untuk menulis secara konsisten. Itulah cabaran sebenar dalam blogging. Untuk menguasai teknologi tidak la sukar. Menulis dengan konsisten akan menjadi masalah. Isu utama bila KBS nak buat blog, siapa yang akan menjadi bloggernye?

Hanya orang dah biasa dengan blogging boleh menulis dengan baik dan menarik. Itu adalah part yang paling sukar. Bagaimana untuk membuatkan orang respon terhadap apa yang kita tulis dan suarakan melalui blog. Teringin jugak menjadi selebreti blog ni. Bukan apa, macam best je…

Bercakap tentang selebriti, gambar saya bersama beberapa orang tokoh iaitu Irfan Khairi dan Abg Nizal. Saya ada muatkan gambar ini pada sales letter PanduanIklan.com.

irfan khairi

Bersama Irfan Khairi

Nizal Talk

Bersama Nizal Mohamad

 

Nampaknya saya kena belajar untuk bergaya apabila bergambar. Nampak keras la pulak. :p. hehehe

Saya bukan fotogenik. Bukan natural bila bergambar. Dari dulu lagi, tapi tak pe..Leh belajar nanti..

 

Artikel Berkaitan
  • Sham adalah bukan Saifulsham
    Saya pun pelik kenapa la masih ada orang tertukar saya dan saifulsham. Saifulsham terdiri daripada 2...
  • Akhirnya Dapat Google Authority Site
    Saya tak tau bila Google dah senaraikan Shamsuriyadi.com sebagai salah satu daripada Authority site....
  • 12 Sebab Anda Perlu Ada Blog
    Post kali hanya sekadar mengisi masa lapang setelah pening menyiapkan ebook terbaru daripada saya. K...
  • Manfaatkan Setiap Pelawat Blog Anda Dengan WP Exit Popup
  • Owh…Ranking Alexa ku masih 1 juta lebih lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 2,591
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:blog blogger irfan khairi kbs kementerian belia dan sukan nizal nizaltalk utusan

Related Articles

exam online ptd
Panduan Exam Online PTD Panduan Exam Online PTD 5 Rumusan …

Panduan Exam Online PTD

Kedai 5 Sen
Salah satu daripada strategi pemasaran yang menarik dan berkesan ialah …

Kedai 5 Sen?

2 Comments

  1. Han

    hehe…
    beruntung sham dpt ambil gambar dgn irfan dan nizal…
    igt nak join juga hari tu seminar nizal tu…
    tapi ada tempat lain yang kena pergi… 🙁

  2. beduz

    glamur gak sham ni…
    perbaiki gaya tangan je tu skit ye..biar nampak cam personaliti sket..huhu

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Laporan Percuma Buat Duit Dengan Blog

Semalam saya meluangkan masa untuk menulis satu laporan percuma khas untuk merek…

panduan-google-adsense

Panduan Google Adsense Untuk Mereka Nak Cari Duit USD

Panduan Raja Adsense merupakan ebook saya yang pertama dan menjadi panduan Googl…

Owh…Ranking Alexa ku masih 1 juta lebih lagi

Ada apa pada alexa ranking? Banyak jugak la..Ia adalah penunjuk betapa famousnya…