Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Menegur atau Biarkan Sahaja Mereka Hanyut
Umum

Menegur atau Biarkan Sahaja Mereka Hanyut

sham 8 Comments

Saya menerima pelbagai pendapat tentang cara menulis dan menguruskan blog ini. Ada yang berterima kasih dan ada yang mencemuh kerana terkena teguran daripada saya. Malah ada daripada rakan seangkatan saya menegur saya tentang perkara “jangan kacau orang lain dan orang takkan mengacau kita.”

Ia seolah olah membiarkan masyarakat kita terus hanyut dengan godaan pelbagai skim cepat kaya dan akhirnya akan merosakkan bangsa sendiri. Sejak 2006, saya memulakan kempen Anti Skim Cepat Kaya dan Anti Penipuan di Internet sehingga ia juga dilaksanakan di Forum Wangcyber.com iaitu forum usahawan internet terbesar di Malaysia. Saya sebenar lebih cenderung kepada blogger. Saya suka menulis!

Bermula dengan laporan percuma Penipuan Internet Yang Perlu Anda Tahu, kemudian disusuli dengan pelbagai pendedahan di blog-blog saya. Agak banyak skim cepat kaya yang mula mendapat tempat dalam masyarakat akhirnya terkubur setelah penulisan saya diterbitkan di blog. Ia mungkin hanya kebetulan kerana skim cepat kaya mudah untuk ditutup setelah tiada orang menyertainya.

Saya jarang melancarkan produk, boleh dikatakan saya hanya buat satu atau dua produk sahaja dalam masa setahun. Jadi saya ada banyak masa berbanding rakan-rakan yang lain yang lebih cenderung dengan pelbagai pelancaran produk dan perniagaan internet. Saya menulis setiap hari sebab saya ada kira kira 15 blog yang dikemaskini dari masa ke semasa.

Namun, menerusi blog ini, ia akan difokuskan tentang perniagaan internet dan perkongsian pengalaman dalam bidang ini. Insyaallah, ia akan terus beroperasi selagi saya mampu untuk terus menulis.

Jika anda merasakan ia bermanfaat, ambillah ia sebagai ilmu untuk anda manfaatkannya. Jika anda rasakan ia tidak bermanfaat, anda boleh tinggalkannya. Walau apapun, anda semua memang best kerana membaca blog ini. Tanpa anda, saya mungkin tidak bersemangat untuk terus mengemaskini kandungan blog ini dari masa ke semasa.

Saya dalam proses untuk menambah satu lagi blog berbahasa Melayu. Sekarang saya sedang merangka kandungan yang ingin dimuatkan dalam blog berkenaan.

Artikel Berkaitan
  • Melayu Sukar Menerima Kritikan dan Teguran?
    Saya ambil satu artikel daripada utusan berkenaan Tun Dr. Mahathir: Kritikan terhadap kepimpinan ...
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Hari raya ketiga baru saya ucapkan Hari Raya ek.Tapi takpe kan, Raya kan sebulan. 😛 Sempena di H...
  • Masalah Paypal: Temporary Hold Pending Investigation
    Kes sebegini saya pernah beberapa kali kena disebabkan akaun Paypal telah dihack atau mangsa Phising...
  • Betul ke Perniagaan Internet Boleh Buat Duit?
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 436
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:teguran

Related Articles

12 Sebab Anda Perlu Ada Blog
Post kali hanya sekadar mengisi masa lapang setelah pening menyiapkan …

12 Sebab Anda Perlu Ada Blog

Review CB Mania 2
Saya baru saya menerima pakej CB Mania 2 semalam. Buat …

CB Mania 2 Kembali dengan Lebih Maklumat- Download Sekarang

8 Comments

  1. sabri69

    Kalau tidak menjadi satu keberatan atau kesalahan di sisi saudara, mohon saudara berikan senarai 15 blog yang saudara kemaskini dari masa ke semasa itu. Kalau tidak keberatan sila e melkan kepada e mel saya di irbas71@yahoo.com.

    Segala kerjasama yang bakal saudara berikan saya dahulukan dengan ucapan berbanyak terima kasih.

  2. sham

    Tuan, saya tidak akan mendedahkan blog-blog lain. Ia adalah antara perkara yang saya rahsiakan termasuk pendapatan saya. :).

  3. sabri69

    Kalau begitu keputusannya maka saya hormati keputusan tuan ini. Semoga kejayaan sentiasa seiringan dengan sejarah hidup tuan. Terima kasih

  4. sham

    ;). Maaf ye tuan. Memang saya jarang reveal apa yang saya buat. Sebab saya banyak buat eksperimen. Hanya result saya dedah menerusi blog ini. Tips saya: Kalau serius nak buat duit dengan blog, teruskan update blog tanpa rasa bosan. Begitu juga langkah promosi.

  5. M.G.R

    Saya menyokong usaha anda mendedahkan penipuan skim2 cepat kaya di Malaysia ni. Mungkin ramai yang melenting, tapi kebenaran perlu didedahkan.
    Pendapat peribadi saya, kalau dah makan duit haram, memang susah nak terima kebenaran.

    Skim seperti infinity online masih berleluasa dan antara yang terjebak masakini pelajar universiti. Keadaan menjadi lebih buruk bila ada di kalangan guru mula terlibat dengan skim ini. Dah diberitahu tentang keharaman dan penipuan skim ni, tapi mereka buat tak tahu sahaja. Saya meminta izin untuk link artikel anda tentang kepalsuan Infinity Online dalam usaha menyelamatkan saudara seagama yang hanyut.

    Terima kasih.

    Lebih

  6. syuk

    Keep it up and thanx for the good info. Really an eye opener for me. =)

  7. sha myheart

    Bukan semua orang boleh terima kritikan. Tapi saya sokong apa encik tulis mengenai skim cepat kaya, terang-terang menipu orang lain.

  8. Abdfatah

    Penipuan sms menang hadiah pun masih ada yg terus terkena.. Mereka takkan berhenti selagi ada yang akan terpedaya. Serupa jugak dgn gores dan menang. Updates akaun bank menerusi email. Email dapat harta pusaka bernilai billion dollar dari luar negara. Hantar sms? Hantar email? Hairan ben ajaib jadinya..

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Melayu Sukar Menerima Kritikan dan Teguran?

Saya ambil satu artikel daripada utusan berkenaan Tun Dr. Mahathir: Kritikan ter…