Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Ops..Sesat
Umum

Ops..Sesat

sham 2 Comments

Lama saya tak update blog ni. Saya sebenarnya baru sahaja sampai kat kampung di Terengganu. Pertama kalinya balik menerusi Cameron Highland-Gua Musang-Kuala Berang. Dalam perjalanan, singgah sekejap di Cameron Highland menghirup udara segar sambil makan strawberry.

Setelah 1 jam merayau kat Cameron Highlang, kami teruskan perjalanan ke Gua Musang. Sana sini tanah runtuh sedang diperbaiki. Jalan memang teruk. Ada jalan yang pecah akibat laluan lori balak & lori kelapa sawit. Naik bukit okay,bila turun bukit tetiba jalan rosak.Melompat la kereta kelisa yang kecik ni.

Setelah sampai kat Gua musang, sesat apabila terlajak ke jalan KL-Kuala Lipis. Tanya pemandu lori balak yang tengah makan kat warong.Kami pun patah balik. Untuk ke Lebuhraya Gua Musang-Kuala Berang atau dikenali Lebuhraya Timur Barat 2, terpaksa memasuki jalan ke Taman Negara. Sekali lagi kami tersesat sejauh 16KM ke jeti untuk memasuki Taman Negara. Sekali lagi, saya terpaksa bertanya pegawai renger yang bertugas.

Laluan memang mencabar,sempit dah bersimpang siur. Kalo buat rally memang sesuai la jalan tu. Lenguh tangan pulas stereng. Lepas sesat hampir 1 jam, baru la kami memasuki “jalan yang benar”. Pemandangan memang cantik terutama laluan bersebelahan dengan Tasik Kenyir. Kat tepi jalan juga bertaburan tahi tahi Gajah. Risau jugak sebenarnya. Lebuhraya ini sebenarnya belum dibuka untuk orang awam. Sebelum saya pernah beberapa kali terserempak Gajah liar di Lebuhraya Timur Barat.

Ianya masih merbahaya. Tiada orang yang melalui ketika malam hari. Kata orang ianya agak “berhantu”. Malah Ketua Pengarah Imegresen pun pernah “dihilainya” ketika membuat operasi mencegah pendatang asing di persekitaran Tasik Kenyir. 95% jalan dah okay.Cuma ada sebahagian jalan yang rosak akibat lori. Jadi kenala setiasa waspada dan mengelak.

Jangan risau, jalan memang kosong. Jarang jarang terserempak dengan kereta lain yang melalui jalan ni. Tapi yang paling takut ialah, kalau kereta rosak. Tau la nak buat apa. Dah la jalan orang tak lalu. Sepanjang jalan berdoa agar kereta tidak buat hal. Tapi sebelum memulakan perjalanan,kereta memang dah diservis. Tapi risau juga, dengan laluan yang sunyi sepi ni.

Pelik jugak sebab lebuhraya ni dah nak hampir siap.Tapi tak dibuka kepada orang awam sampai hari ini.Malah lebuhraya ini dah boleh dilalui sejak tahun 2004. Tak rasa pelik? Kerajaan dah berabis berbilion ringgit untuk membinanya tapi terbengkalai sampai sekarang? Misteri bukan?

Lepas ni taknak dah lalu jalan tu. Rosak keta jek.

Artikel Berkaitan
  • 21 Formula Tarik Duit Dari Bank Ghaib
    21 Formula Tarik Duit Dari Bank Ghaib Tajuk ebook ini iaitu Formula Tarik Duit ini agak kontroversi...
  • Perniagaan SMS Berkonsepkan Contest Semakin Merapu
    Saya lihat pada hari ini bersepah contest SMS kat Metro & Sinar Harian. Sampaikan saya pun dah n...
  • Apa Yang berlaku apabila Usahawan Internet bosan dengan bisnes internet?
    Dalam satu group perbincangan IM di Facebook. Ada yang merasakan sudah bosan dengan perniagaan inter...
  • Panduan Bisnes Baju Kurung & Senarai Supplier
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 519
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:lebuh raya gua musang - tasik kenyir lebuh raya timur barat lebuhraya gua musang cameron sesat

Related Articles

Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang
Sekarang ini banyak betul barang mengalami kenaikan harga berikutan penarikan …

Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Serius semalam mula SST dilaksanakan. Macam-macam cerita yang diviralkan sampaikan …

GST Atau SST Jadi Harga Murah? Eh Kenapa Naik Harga Pulak!

2 Comments

  1. mohamad yusoff yaacob

    sham ! saya ni dok baca aja berhari hari,baca maklumat perniagaan internit,baca macam bmacam post.baca email yang u hantar mengenai klick bank dan baca yang zulpandi email kat saya, kesemuanya bagus-bagus ,nak beli mana satu dulu?.sham email kat saya 19.2 sementara zul 21.2 jadi nampaknya saya akan berikhtiar beli klickbank dulu, tapi esok tempoh akhir 23.jan. dan satu lagi saya cari punya cari kelick punya kelick link tak jumpajumpa cara membayar nya,nak tanya sham kena cari alamt pula ,maka bila jumpa kotok comen saya pun gasak disinilah ,maaf sham ya ! sekian.

  2. sham

    dia gunakan sistem tempahan bersepadu,dia akan mintak email dulu. lepas tu baru ada maklumat pembayaran akan diberikan.

    tak kisah nak tanya kat mana pun en.mohamad. Saya tak kisah & saya biasa akan reply a.s.a.p.

    ada pape just sms ke 012 9565256. saya akan cuba bantu sekadar yang mampu.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Produk Kedai Rakyat 1 Malaysia Tidak Berkualiti?

Adakah Produk Kedai Rakyat 1 Malaysia Tidak Berkualiti? Sekarang ini ada banyak …

Nak Buang Kutu? Bakar Je Rambut Tu..

Dalam ruangan Macam Macam hari ini ada satu berita yang mencuit hati saya. Ia be…

Perodua MPV Bakal Keluar November Ini

Setelah Proton Exora dilancarkan baru baru ini. Orang pasti ramai menunggu MPV d…