Adakah Produk Kedai Rakyat 1 Malaysia Tidak Berkualiti?
Sekarang ini ada banyak isu tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M) yang dikatakan tidak berkualiti, kurang zat, terlebih zat dan sebagainya sebagai isu politik. Adakah ia benar?
Sebenarnya produk yang dijadikan produk ini adalah produk yang sama jika anda beli jenama Mydin iaitu Myrasa dan mungkin barangan pasaraya lain yang ditukar jenama sahaja. Saya pernah beli produk ini dan rasanya lebih kurang sama sahaja dengan jenama terkenal.
Gambar diatas saya ambil ketika melawat booth Kedai Rakyat 1 Malaysia di sebuah ekspo di Pulau Pinang. Sebagai rakyat biasa, kebanyakan daripada kita mahukan barangan keperluan pada harga yang rendah. Sebab itulah ramai daripada kita yang memilih produk yang tidak terkenal malah produk jenama pasaraya yang berkenaan.
Malah Tesco, Carrefour,Giant dan Mydin mengunakan kaedah ini untuk menjual produk mereka pada harga yang lebih rendah. Ia mungkin dihasilkan dikilang yang sama kerana ada kilang yang mengambil tempahan untuk produk yang boleh ditukar jenama kepada jenama pembeli. Perkara yang sama berlaku dalam industri Kosmetik. Pelbagai produk dikeluarkan, yang berbeza hanyalah jenama. Kandungannya adalah sama.
Saya lihat isu ini sengaja ditimbulkan oleh Tony Phua atas desakan persatuan perniagaan cina. Kenapa? Mudah sahaja, ia akan mengurangkan kebergantungan orang ramai kepada peniagaan yang dikuasai oleh bangsa Cina. Inilah realiti keadaan di Malaysia.Penentuan harga barangan di negara ini dikuasai oleh kuasa kuasa besar cina. Harga ayam contohnya, semua peniaga lain bergantung kepada bekalan yang dibekalkan oleh peniaga berkenaan. Tiada siapa pun boleh menyanggah kenyataan ini.
Jika serangan sebegini tidak dibuat, pastinya barangan di Kedai Rakyat akan mendapat sambutan. Ya serius. Malah Mydin iaitu pengeluar barangan KRIM ini sangat mesra akan IKS Bumiputera. Mydin banyak menyokong dan memberi peluang kepada IKS Bumiputera untuk bertapak dan memulakan langkah untuk berkembang di Pasaraya mereka.
Susu Tidak Cukup Zat atau Terlebih Zat?
Setiap susu bayi dihasilkan mengikut keperluan. Malah ia biasanya mempunyai syarat minimum dan maksimum kandungan zat yang terdapat dalam susu.Kementerian Kesihatan telah mengesahkan kandungan zat dalam susu bayi di kedai rakyat menepati syarat nutrisi antarabangsa.
Yang tidak melepasi syarat ialah Sos Tiram. Iaitu kurang kandungan protein di dalamnya. Produk lain tiada isu kekurangan zat ini. Pastinya orang yang memulakan isu ini akan terdiam dan mencari jalan untuk menjatuhkan konsep ini.
Saya bukan seorang yang gemar menulis tentang politik. Namun, sebagai pengguna dan rakyat Malaysia, saya menyokong penubuhan Konsep Kedai rakyat ini. Kebanyakan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana memerlukannya. Kami memerlukan barangan keperluan yang murah.
Kedai Rakyat 1 Malaysia Untuk IKS
Malah menerusi KRIM ini juga memberi ruang kepada usahawan kecil Bumiputera untuk memasarkan produk keluaran mereka. Saya membesar dengan produk Mydin. Mydin bermula di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia adalah negeri yang majoriti didiami oleh orang Melayu.
Malah ramai rakan-rakan saya yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana dibantu oleh Mydin untuk memasarkan produk mereka. Daripada bengkel kecil di belakang rumah, kini telah memilik kilang kerana permintaan tinggi daripada Pasaraya Mydin. Daripada bawa motor, kini memeliki kereta dan lori untuk menghantar produk mereka. Jika anda ke Mydin, mereka adakan rak khas untuk IKS.
Ini tidak dilakukan oleh Pasaraya lain. Mereka tidak banyak membantu IKS. Jika mempamerkan barangan IKS sekalipun, ia berada dibelakang dan sukar dilihat. Ya. Mungkin pakaging tidak menarik berbanding produk yang dikeluarkan oleh syarikat besar. Namun , ia tidak boleh dijadikan alasan.
IKS terdiri banyak daripada usahawan bumiputera. Pastinya tidak mampu untuk bergerak sendiri tanpa bantuan daripada pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka. Dengan kedai Rakyat, ia membuka ruang untuk menambah saluran pengedaran produk mereka.
Saya pelik kenapa DAP beria ia hendak menutup operas kedai Rakyat 1 Malaysia ini. Pastinya ia bukan hanya sebab politik tetapi pengaruh di belakang tabir untuk menghalang usahawan bumiputera untuk mencari pasaran untuk produk mereka. Sedangkan barangan yang dibuat oleh syarikat orang C bukannya berkualiti sangat pun. Lebih kurang sahaja.
Itulah pandangan peribadi saya. Ia agak pelik apabila sesuatu yang bagus, ditentang habis habisan kecuali ada sesuatu yang mempengaruhi. Perkara yang sama berlaku apabila ada pihak memulakan kempen memulau roti Gardenia yang dimiliki oleh orang Melayu. Alasanya sebab gardenia tidak membeli tepung daripada FFM iaitu syarikat robert kuok, orang paling kaya di Malaysia. Malah mereka memberi komen dan memaki orang melayu. Ia pernah dibuktikan dalam blog PPIM( google dah delete!).
Apa yang rakyat mahu ialah barangan yang murah dan tidak merbahaya kepada mereka. Ia langsung tidak berkenaan dengan politik. Ia berkenaan dengan keperluan dan kemahuan rakyat. Kenapa perlu dipolitikkan?
sham
Tentang boikot Gardenia, saya sudah jumpa link:
http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=431%3Aemail-panas-dari-pengguna-melayu-orang-cina-boikot-produk-melayu-&catid=60%3Atop-news&Itemid=1
Ia tidak patut. Jika nak berniaga pun, bersainglah dengan adil. Saya pernah juga roti massimo, ia keras berbanding gardenia. Gardenia resepi orang belanda, manakala massimo resepi orang itali.
Cuma lesen pengeluaran Gardenia di malaysia dipegang oleh bernas yang dimiliki Tan Sri Mokhtar Al Bukhary.
Manakala Masimmo dipegang oleh FFM iaitu pengeluar tepung cap sauh dan cap kunci. Ia dimiliki oleh Roberk Kuok, bekas raja gula Malaysia. (Syarikat gulanya telah dibeli oleh Felda).
Haris
Pendapat saya..Tidak semesti yang Berkualiti mahal harganya, dan juga tidak semestinya yang mahal itu Berkualiti.
Berdasarkan label produknya berjenama (KR1M), sudah semestinya terbaik untuk semua rakyat Malaysia, tidak kiralah bangsa Melayu,Cina atau India disamping dapat kita berjimat ceramat membeli dengan harga murah.
Isu yg timbul, memang biasalah..benda baru.. ada saja perasaan tidak puashati mencemburi kita.
sham
Isu tak timbul pun bila pasaraya besar, buat produk brand mereka dan dijual pada harga rendah. Sedangkan ia adalah produk yang dipacking balik untuk pasaraya besar. Pengeluarnya adlah kilang yang sama dengan produk yang berjenama. Pada asas, produk KR1M adalah produk yang sama dengan produkk Mydin dengan jenama Myrassa.
zuki
em, pada pendapat sya mungkin isu ini sengaja dipolitikkan memandangkan persaingan terhadap pilihanraya yg makin hampir. cuma masalahnya, dari kita bersusah payah membuka 1 kedai baru di setiap kawasan, adalah lebih baik jika kerajaan itu sendiri dpt kontrol harga dan kualiti peruncit yg sedia ada. Sya x bole komen lebih2 sebab di sabah ni blom pon ada kedai 1 malaysia ni..:)
sham
susah nak kontrol peruncit.. harga pun susah nak control walaupun harga dah ditetapkan contohnya gula, masih ada peruncit yang menjual rm2.40,rm2.50 walaupun harga kawalan pada harga rm2.30. Bagi sesetengah peniaga, mereka mesti untung dalam setiap barangan yang dijual.
nor
murah tk bermakna tk berkualiti. kerajaan byk membantu rakyat susah sekarang ni. patut disokong usaha ni bukannya ditolak. Pembangkang dah tk ada modal nak mengutuk kerajaan. org yg asyik tunjuk jadi pada org sebenarnya lebih byk kelemahan pada diri sendiri. harap kerajaan jangan mudah patah semangat dgn gangguan begini. kalau benda baik, teruskan saja. saya sendiri pun selalu beli di KR1M.
nor
sekarang ni saya lebih pentingkan produk IKS, sah2 terjamin HALAL pembuatannya. Insya-Allah…pasaraya besar pun patut buat ruangan IKS. lebih banyak pilihan lebih bagus macam Mydin
sham
saya pernah try sardin 1 Malaysia tu..sedap..rasanya macam brand king cup.
annisa
Produk IKS cuma ada di pasaraya tertentu dan terhad jualannya. Orang ramai terutama pengguna islam serata tempat yang berjauhan dengan tempat barangan IKS terjual sukar untuk mendapatkan produk IKS. Produk IKS seharusnya mendapat pasaran meluas di Malaysia mengikut permintaan pengguna-pengguna islam di semua tempat di Malaysia.
sham
kelemahan utama IKS, kekurangan modal dan sumber untuk supply keseluruh negara.
zuki
memang tepat sekali pandangan TT…
zie
KRIM di tempat saya sgt mendapat sambutan ,saya pernah mencuba aiskrim , biskut,laici …dll semuanya ok.