Saya pun pelik kenapa la masih ada orang tertukar saya dan saifulsham. Saifulsham terdiri daripada 2 orang pelajar UTP dan juga penulis buku Buat Duit Dengan Internet. Rupa mereka lihat dibawah…
Inilah Saifulsham yang terdiri daripada Syazwan dan jugak Sabri. Mereka dikenali sebagai Saifulsham.Tengok betul betul. Mereka menamakan team mereka sebagai Team Saifulsham. Tak tau kenapa..Tapi itulah mereka.Laman web/blog mereka ialah http://www.saifulsham.com.
Mereka baru sahaja melancarkan ebook mereka yang pertama. Mereka adalah antara pakar dalam perniagaan berkonsepkan produk fizikal. Antara produk mereka adalah model kapal terbang, iphone dan beberapa lagi produk mereka yang tak didedahkan kepada umum.
Boleh dikatakan mereka adalah pakar dalam perniagaan berkonsepkan kedai online ni.
Ini pulak sham atau Shamsuriyadi iaitu saya, penulis blog ni.Urlnya ialah http://www.shamsuriyadi.com
Saya berada disebelah irfan khairi tu. Itulah sham aka shamsuriyadi iaitu nama penuh saya. Saya menulis post ini kerana ada yang marahkan saya kerana saya trackback tentang Sistem Kedai Online dengan post saya tentang Monsun-Biz, perniagaan paling hot kat surat khabar sekarang ini.
Salah orang la bro. Saya pernah buat kedai online,tapi hanya sekadar untuk presentation ketika saya menyertai MSC Technopreneur Academy Program pada tahun 2006. Walaupun saya tahu untuk membina dan memasarkannya, saya tak buat biz produk fizikal berkonsepkan shopping cart ni.
Memang dua dua ada “sham” tapi kami adalah individu berlainan. Kami mengenali antara satu sama lain. Kadang kadang ada yang bertanya saya bila jumpa, ni saifulsham ke? Huhuhu..
Takkan nak kena tukar nama kot.Nama saya kat IC pun Mohd Shamsuriyadi bin Mamat. Dari kecil sampai besar nama orang panggil, sham. Sebab itulah saya guna sham. Kelakar pulak sampai saya kena terang mcm ni sekali. :p
Apa apa pun, nak komen pape..teruskan je..Saya bersikap terbuka walaupun ada yang mengkritik saya. Boleh la kan sebab tak nampak rupa.Ada berani nak tunjuk muka ke? hohoho.
Takde pulak geng monsun komen kat blog Mail. Ayat mail lagi bisa kot..takut kena laser kat mail agaknya..huhuhu
Harap takde lagi la yang tersalah orang…

kooreen79
semoga slps ni takde lagi yg terkeliru dan tersalah anggap..
Mohd Ismail
gini Sham.. ko banyakkan gambar ko sendiri sebagai pendedahan… =) byk IM kat Malaysia ni malu2 nak dedahkan wajah..
tgk Irfan Khairi, kalo keluar seorang IM nama Irfan Khairi, konfem org takleh keliru.. hehe
*kejar populariti.. itu penting & menyeronokkan sebenarnya.. ha ha*
sham
kalo irwan ada juga tertukar dengan irfan.. :p
memang pasni setiap site ada muka…tapi ada yang kenal rupa pun still tertukar dengan saifulsham…ada orang cakap rupa saya mcm sabri…
saya tak rasa ada yang sama antara sabri dan saya…maybe kami pkai spek mata kot..
Sabri SaifulSham
Sebenarnya saya baru nak kata, Sham adalah sikit2 iras2 saya. Especially…. kalau tengok sekali lalu..hehe 🙂
Macam mana boleh lekat nama SaifulSham?
Sebenarnya tu nick name saya. SaifulSham.com mula2 plan sebagai personal site je, tapi lepas tu tak ada masa nak update. Jadi saya donatekan pada business kami untuk buat blog. Lepas tu dah terlekat dengan nama tu, malas nak tukar.
Nanti SaifulSham akan berubah sedikit struktur. Nanti saya fikir macam mana nak differentiate kan kita. hehe… 😉
Btw, orang monsun-biz banyak marahkan Sham pasal
SKO ke?
Sabri
sham
Diorang marah saya dedahkan tembelang mereka..diorang cakap saya ada agenda tersembunyi..hohoho
Kutuk konsep biz mereka pastu promote Ebook Sistem Kedai Online..
Well,siapa yang makan cili dia yang terasa pedas..Saya? Biasa je sebab saya memang suka makan pedas.. :p
Bagi saya,jika tak didedahkan lagi ramai yang akan rasa tertipu sebab marketing style mereka yang melampau hype & manis. Bahaya kalo main media buat benda yang mass sedangkan perniagaan tak mampu untuk menampungnya.
sham
Lupa plak, saya ada janggut…sabri takde janggut..
titan
haha. ler..kan mudah je nak tau..jangan susah2kan kepala je. muka pun beza sangat apa..
geng monsun tu dah senyap kot. site diorang pun dah better banding sebelum nih. tapi still cam kosong…
latif
Assalamualaikum,
Tak tahu camne memulakan langkah pertama membina perniagaan internet,bleh bagi tip atau klu tak?
Camne nak bina mailling list?