Tadi saya ada tengok AL Kuliyyah di TV3 tentang perubatan islam,isu makhluk halus dan juga ilmu hitam. Diorg buat live mcmana orang kena sampuk dek jin. Ustaz yang berubat tu memang pro, sempat berubatkan orang sambil ditemuramah pada masa yang sama.
Apa yang saya nak gelak skit ialah reaksi ustaz jemputan dan juga ustaz pengerusi majlis. Diorang nampak mcm terkejut skit bila tengok reaksi orang kena rasuk ini. Nampak sangat perbezaan ilmu diantara mereka. Ustaz teori dan jugak ustaz praktikal dalam perubatan islam.
Ada sambungannya pada jumaat ini dan yang pastinya saya akan menontonnya. Saya pernah menulis tentang bahawa saya pun pernah mengalami masalah ilmu hitam ini. Ia semakin menjejaskan kesihatan saya sebenarnya. Sebab itulah saya kadang kadang tak sihat.Insyallah 15hb ni saya akan bertemu doktor pakar dada untuk cek badan. Kalo diorang masih cakap takde apa apa masalah kesihatan mcm dulu jugak. Saya stay dengan perubatan islam la.
Apa yang saya tengok tadi dalam Al Kuliyyah memang perkara yang menarik. Anda kena tonton jika tidak bekerja pada hari jumaat la. Pukul 5 petang di TV3. Ia sambungan episod kedua sebab atas permintaan ramai. Berubat orang kena rasuk secara live, takde sunting pape dah. Memang hebat la. Banyak benda yang saya dapat dari program tadi tu.
Syabas buat TV3 dan krew Al Kulliyyah. Saya tak pasti samada diorang ada masukkan rakaman tadi kat laman web TV3.com.my atau tidak. Rasanya tak kot. Kalo rancangan hiburan,diorang letak la. Rancangan agama tak letak. huhuhu.
Tak sabar nak tengok minggu depan. 🙂
Update: jika ingin maklumat lanjut tentang cawangan DarulSyifa’. Layari http://www.darussyifa.org/
fifasal
ye betul. saya pun tengok rancangan ni… kebetulan tengok sebab saya jarang berkesempatan dapat tengok al kulliah. memang bes tajuk ni… mmg funny tgk aksi pengacara tu..hehe lawak je tapi saya cakap mmg bes.. saya harap sape2 yang tak tgk tu..tgk la…
titan
Aku jarang tengok TV petang2 nih. Tapi kekadang sangkut la gak. dulu penah tengok. Memang best cite nih.
salam
Salam… aku terlupa nak tengok rancangan tu semalam….
ada tak videonya.. tolong add kat youtu tube atau mana2…
please… nak tengok sangat….
hanif
Aku ade tgk episod tu tapi x sempat nk amek nombor telifon dia.
Ko ade tak?
sham
tak record,sayang gak ek…benda real betul..
hanif, saya tak ambik jugak tapi ada cawangan darul shifa’ kat kuala ibai ni..akak saya cakap ustaz yang dalam tv tu akan rotate ke semua cawangan dia..
mama auni
sape name ustaz ni ek…lupa la…nak cari cd dier la..