Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Tips Ebiz :Komunikasi Berkesan Antara Pelanggan & Kisah Kek Lapis Sarawak
Umum

Tips Ebiz :Komunikasi Berkesan Antara Pelanggan & Kisah Kek Lapis Sarawak

sham 1 Comment

Komunikasi sangat penting dalam perniagaan terutamanya perniagaan internet. Ini adalah kerana kita tidak bersemuka. Urusan hanya menerusi sms atau email sahaja. Malah ini meninggikan lagi risiko untuk berlaku penipuan yang terancang.

Sebagai usahawan, hubungan dengan pelanggan sangat penting.

Tindakan berdiam diri hanya akan memakan diri!

Jika ada masalah yang timbul, beritahu dengan jujur keadaan dan situasi anda. Itulah yang saya tengok terjadi kepada beberapa IM yang dah lama menempa nama.

Kadang kadang, pelanggan boleh memahami keadaan yang kita alami. Yang penting ialah beritahu kepada pelanggan anda. Contohnya anda menjual produk kraf ke eropah. Baru baru ini ada berlaku letusan gunung berapi menyebabkan ruang udara dipenuhi debu dan merbahaya kepada kapal terbang.

Jadi anda perlu beritahu kemungkinan berlaku kelewatan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan tersebut.

Begitu juga jika anda demam. Beritahu kepada pelanggan anda tentang masalah yang dihadapi dan mungki berlaku kemungkinan kelewatan untuk menghantar barang. Mereka boleh maafkannya. Jika anda berdiam diri, mereka mungkin hanya sekali sahaja membeli daripada anda.

Jadi berkomunikasi dengan pelanggan anda ye.

Terbaru saya dan isteri menempah kek lapis sarawak daripada seorang penjual sebulan lepas. Sebelum bayaran dibuat, beliau berjanji untuk pos pada keesokannya. Tunggu punya tunggu. Tak sampai jugak. Seminggu selepas itu saya email & bertanya status pesanan. Dia cakap neneknya meninggal tak sempat nak pos.

Saya pun ok la. Tunggu lagi. Masuk 2 minggu saya email lagi. Katanya dah pos pagi tadi dengan pos laju. Katanya tak sampai hati nak bagi kek lapis yang lama.So dia buat baru. Ingat merasanya makan kek lapis sarawak tu. Rupanya sampai sekarang tak sampai sampai.

Bila email bertanya tentang tracking number.Email Tak berjawab dah. Call tak angkat, Sms tak berjawab. Minggu ni dah masuk minggu ke 4 dah kot. Nampaknya tak merasa jugak la kek lapis Sarawak…

Nasib baik takde yang mengidam pape. Just sekadar nak merasa kek lapis sarawak yang terkenal tu. Saya tak tahu apa masalah beliau, kalau dia sms ke apa. Kapal terbang terhempas bawa kek lapis ke, pejabat pos kena rompak ke saya memang boleh terima. Sebab saya pun seorang peniaga. Ada kalanya perkara berlaku diluar kuasa kita untuk mengelaknya.

Tapi kalau diam seribu bahasa…satu je saya fikir sekarang ni… dia adalah scammer.

Oh…Kek Lapis Sarawak… Bila la aku boleh rasa..

Artikel Berkaitan
  • Forum Support Pelanggan Shamsuriyadi.com
    Bagi memudahkan pelanggan-pelanggan saya untuk mendapat bantuan talian hayat. Saya telah menambah sa...
  • Google Adwords: Bentuk Iklan Baru
    Saya tengok semakin banyak perubahan yang dilakukan oleh Google. Ada diantaranya menyebabkan kontrov...
  • Pembayaran Google Adwords Menerusi Bank Tempatan
    Akhirnya apa yang saya harapkan telah menjadi kenyataan. Semalam Google melancarkan kaedah pembayara...
  • Bagaimana Menentukan Kos Penghantaran Produk Di Malaysia
  • SKMM Mula Halang Akses Blog Lucah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 913
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Saya pun pelik kenapa la masih ada orang tertukar saya …

Sham adalah bukan Saifulsham

Agak lama tak menulis di blog ini. Sebelum ini, saya …

Iklan H12 – Buat Duit Atau Buat Dosa?

One Response

  1. mashita

    dia demama h1n1 kot..

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Menegur atau Biarkan Sahaja Mereka Hanyut

Saya menerima pelbagai pendapat tentang cara menulis dan menguruskan blog ini. A…

Komisen Affiliate

Cara Mudah Promosi Produk Affiliate

Saya menerima banyak emel bagaimana untuk mempromosikan produk affiliate. Jadi u…

Beginikah Kaum Aad, Kaum Nabi Hud

Dalam Al-Quran, Kaum ‘Aad dikurniakan badan yang besar dan sangat kuat.  M…