Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Tips Membeli Iklan Di Internet
Umum

Tips Membeli Iklan Di Internet

sham 4 Comments

Tips Membeli Iklan Di Internet

Bagi mereka yang ingin membeli iklan di internet tidak kira Pay Per Click ataupun media buying. Pastikan ia adalah berkenaan dengan niche atau target market anda. Jangan membeli membuta tuli. Walaupun sesebuah laman web berkenaan mempunyai pelawat yang ramai. Ia bukan bermakna ia akan convert dan menghasilkan jualan.

 

Pastikan Ia Targetted!

Apa yang dimaksudkan targetted ialah membeli iklan pada laman web kumpulan sasaran. Contohnya anda ingin menjual produk berkenaan wanita. pastikan anda membeli di laman web yang mempunyai ramai kaum wanita yang melawati laman web berkenaan. Dengan ini, ia lebih dekat dengan jiwa wanita. Jadi ini akan memudahkan pelawat tersebut menjadi pelanggan anda.

Pilih Platform Terbaik dan Lihat Kemampuan Untuk Berbelanja

Dalam pemilihan membeli iklan. Pastikan platform yang digunakan adalah sesuai dan di dalam kemampuan kita. Membeli iklan adalah satu perbelanjaan hangus. Anda mungkin mengalami kerugian jika membeli iklan di tempat yang salah.

Jangan terlalu teruja melihat statistik pelawat laman web berkenaan. Ia mungkin tidak membawa sebarang keuntungan kepada anda. Sebagai contoh, laman web Harakah Daily mungkin adalah satu laman web yang mempunyai trafik yang tinggi. Ia tidak bermakna ia sesuai untuk semua jenis produk. Anda perlu tahu apakah demografi pelawat laman web berkenaan. Rata rata pelawatnya adalah lelaki. Jadi produk yang berkenaan dengan lelaki lebih sesuai.

Kedudukan Iklan

Kedudukan iklan juga memainkan peranan. Jangan membeli jika ia menawarkan kedudukan yang tidak sesuai atau terlalu kecil. Contohnya iklan banner, jika banner tersebut terletak di bahagian bawah atau terlalu banyak banner. Elakkan sahaja. Pelawat biasanya inginkan maklumat. Jika ada ruangan yang mempunyai banyak iklan, ia akan dielakkan oleh pelawat.

Orang inginkan maklumat. Bukan melihat iklan.

Banner Animasi atau Statik?

Ada yang bertanya, apakah banner yang terbaik. Banner beranimasi, yang bergerak gerak atau banner statik iaitu banner yang mempunyai ayat statik. Hasil daripada pemerhatian saya, jika terlalu banyak animasi. Pelawat tidak akan klik iklan banner tersebut. Memadai banner yang mempunyai animasi yang ringkas. Malah banner tanpa animasi pun boleh memberikan kesan yang cukup baik.

Di blog ini, saya ada gunakan banner statik. Ia menjana klik yang lebih banyak berbanding banner yang mempunyai animasi. Ia nampak lebih natural tanpa animasi yang berkelip kelip yang boleh menghilang fokus pelawat.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda.

Artikel Berkaitan
  • Google Adwords: Bentuk Iklan Baru
    Saya tengok semakin banyak perubahan yang dilakukan oleh Google. Ada diantaranya menyebabkan kontrov...
  • Tips Adwords: Tentukan Matlamat Pengiklanan Anda
    Bagi mereka yang terlibat dalam pengiklanan di Google Adwords, ini sangat penting. Jika tidak, a...
  • Tips Promosi: Tempat yang betul
    Dalam pemasaran di internet, tindakan memkhinzir membabi buta boleh merugikan kita dan perniagaan ki...
  • Tips Mendapat Tempat Pertama Dalam Google Adwords
  • Tips Interview KPLI SR J-QAF 2011-2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 593
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:cara beli iklan di internet tip beli iklan tips beli iklan Tips Membeli Iklan Di Internet

Related Articles

Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang
Sekarang ini banyak betul barang mengalami kenaikan harga berikutan penarikan …

Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Apa khabar buat pembaca blog ini. Topik kali ini adalah …

Pentingnya Mailing List & Berapa Yang Saya Ada..

4 Comments

  1. Jamal

    Assalamualaikum Bang Sham,

    Saya nak tanya nie, kalau blog kita ada letak iklan Adsense. Boleh ke kita beli/sewa ruangan iklan di website/blog lain untuk menambahkan traffic. Adakah ianya melanggar Policies Google Adsense.

    Thanks,
    -Jamal-
    My blog: Oil and Gas Blog

  2. sham

    rujuk ini : https://support.google.com/adsense/bin/answer.py?hl=en&utm_medium=link&gsessionid=Uy7EG5pqeJFLDRkOjt85NQ&utm_campaign=ww-ww-et-asfe_&utm_source=aso&answer=48182

    Tengok kat bahagian traffic resources.

    To ensure a positive experience for Internet users and Google advertisers, sites displaying Google ads may not:

    1. Use third-party services that generate clicks or impressions such as paid-to-click, paid-to-surf, autosurf and click-exchange programs.

    2. Be promoted through unsolicited mass emails or unwanted advertisements on third-party websites.
    3. Display Google ads, search boxes or search results as a result of the actions of software applications such as toolbars.
    4. Be loaded by any software that can trigger pop-ups, redirect users to unwanted websites, modify browser settings or otherwise interfere with site navigation. It is your responsibility to ensure that no ad network or affiliate uses such methods to direct traffic to pages that contain your AdSense code.
    5. Receive traffic from online advertising unless the site complies with the spirit of Google’s Landing Page Quality Guidelines. For instance, users should easily be able to find what your ad promises.

    Boleh nak beli iklan. Syaratnya ia mestilah natural. trafik yang datang sebab betul2 berminat dan bukan trafik jenis robot. Contohnya kita beli iklan banner, orang klik banner sebab berminat.

  3. Jamal

    Oh thanks.

    Memang dah baca Policies nie tadi, cuma tak berapa faham sangat dengan explanation diorang. Tue yang cuba tanya, takut-takut nanti kena banned pulak akaun adsense tue.

    Yup, memang plan nak beli/sewa iklan jenis banner kat website yg dah well established. So memang takde masalah la kan, sebab memang target natural traffic pun.

  4. proffads

    no komen…trp baik jugak la nasihat yg d berikan tu.. TQ

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Geran Percuma Dalam Ternakan Kelulut
  • Kawan Online Bagi Hadiah Tapi Suruh Bayar Kurier? Scam ke?
  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Nadia on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Fatimah on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • NORAZLEN BINTI MOHAMAD SALIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Iman nazihah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Promote CPA Di Google Adwords, Kena Ban

Ketika menyiapkan Ebook Seni Adwords, saya ada terperasaan produk baru yang dila…

exam online ptd

Panduan Exam Online PTD

Pada tahun 2015, exam online ptd ini tidak dilaksanakan berikutan pembekuan peng…

Laporan Percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank

Saya baru sahaja selesai membaca laporan percuma 7 Rahsia Buat Duit Dengan Click…