Setelah beberapa tahun tiada pengambilan, kini pengambilan dibuat untuk tahun 2024. Berbeza berbanding ujian sebelum ini yang mengandungi ujian pengetahuan am, kemahiran penyelesaian matematik dan juga psikometrik. Untuk ambilan kali ini, hanya dengan ujian psikometrik sahaja.
Proses Pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bagi mereka yang ingin memasuki perkhidmatan awam dengan top level dalam SPA ini, PTD merupakan jawatan paling premium. Mereka yang terpilih akan menjadi bos bos bagi kebanyakan jabatan kerajaan kecuali dalam bidang jabatan badan beruniform dan penguatkuasaan. Pengambilan kini melalui 10 proses tapisan.
- Permohonan di laman SPA9
Anda wajib memohon untuk jawatan PTD ini. Jika tak, memang tak dapat la kalau tak mohon. Jadi anda perlu memilih jawatan PTD dalam pilihan permohonan anda di SPA9. Jika anda layak, barulah dipanggil untuk ke peringkat seterusnya. - Ujian PSEE Psikometrik
Berbeza dengan ujian psikometrik jawatan lain. Ujian PTD mengandungi lebih daripada 500 soalan yang perlu dijawab dalam masa 3 jam. Ujian ini sangat mencabar jika anda tidak tahu taktik dan teknik menjawab soalan ini. Untuk bantuan dan panduan anda boleh layari >> Panduan Ujian Psikometrik - Profession Assesment Centre (PAC)
Jika melepasi tapisan psikometrik, anda akan dipanggil menghadiri PAC ini di INTAN berdekatan dengan anda. Biasanya mengikut zon anda tinggal samada zon utara, tengah, barat, timur dan selatan. Jadi kesemua calon akan melaporkan diri di INTAN untuk pemilihan peringkat seterusnya. Biasanya penilaian dalam bentuk public speaking, keterampilan dan debat dan sebagainya. - Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
Ujian ini biasanya dijalankan serentak semasa PAC. Anda perlu melalui ujian kecergasan dan stamina. Biasanya perlu berlari dalam jarak tertentu dalam masa yang ditetapkan. Contohnya jarak 5km dalam masa 30 minit. Bagi calon gagal melepasi masa yang ditetapkan akan disingkirkan dalam pemilihan ke peringkat seterusnya. Mencabar kan? Bukan senang nak jadi PTD! Kena CARGAS. Jadi anda perlu buat latihan stamina sedikit sebelum ke INTAN untuk PAC dan UKJK ini. - Temuduga SPA
Jika dah melepasi peringkat PAC dan UKJK, barulah temuduga akan dilakukan. Anda juga perlu buat persediaan untuk temuduga ini. Namun, cara mudah ada soalan bocor temuduga kerajaan ini. Biasanya format yang ditanya adalah lebih kurang sama. Anda boleh dapatkan panduan ini. Layari Panduan Temuduga Kerajaan. - Kadet PTD
Bagi mereka yang melepasi temuduga, anda perlu menjalani latihan sebagai Kadet PTD. Anda diwajibkan untuk mendapatkan Diploma Pentadbiran Awam biasanya memakan masa 10 bulan ke 1 tahun. Sebagai PTD, ada akan dilatih untuk menjadi seorang ketua dan menyelaraskan tindakan kerajaan. Jadi segala protokol dan prosedur pentadbiran negara perlu anda kuasai. Pentadbiran negara melibatkan PTD. Besar tanggungjawab ini. - Surat Pelantikan
Selesai mendapat DPA anda, barulah surat pelantikan sebagai PTD akan dikeluarkan. Seterusnya menunggu penempatan anda. Kerajaan akan meletakkan anda di jabatan yang sesuai dan ada kekosongan di seluruh negara. - Pilih Penempatan
Anda boleh pilih penempatan namun Penempatan anda akan ditentukan oleh SPA jika ada kekosongan. Sekarang anda bukan lagi PTD berjawatan tetap. Ketika penempatan ini, anda akan dinilai oleh SPA. - Penempatan dan Mula Berkhidmat
Ketika ini anda akan berkhidmat sebagai PTD berstatus kontrak. Prestasi anda akan dinilai oleh SPA. - Pengesahan Jawatan PTD
Setelah setahun perkhidmatan, barulah anda akan ditawarkan sebagai PTD dengan jawatan tetap. Prosesnya agak panjang dan berbaloi kerana gaji PTD merupakan antara jawatan bergaji tinggi dalam perkhidmatan awam. Malah kenaikan gaji setiap tahun antara paling tinggi dengan peluang kenaikan pangkat yang cepat berbanding dengan jawatan kerajaan yang lain.
Ini adalah proses yang perlu anda lalui untuk menjadi seorang Pagawai Tadbir dan Diplomatik.
Ujian Psikometrik PSEE PTD
Proses Pemilihan kedua dalam proses pengambilan PTD ialah PSEE Psikometrik ini. Berbeza untuk jawatan lain, jumlah soalan yang perlu dijawab dalam PSEE PTD ini lebih daripada 500 soalan dalam masa 3 jam. Jika penat, anda boleh berehat dan sambung namun ia perlu dihabiskan dalam masa yang ditetapkan.
Kalau tak tahu nak jawab macamana. Saya sarankan dapatkan Panduan Ujian Psikometrik ini. Ini akan membantu anda dalam menjawab soalan yang bakal menguji diri anda. ia merupakan pelaburan untuk masa hadapan anda.
Calon sangat ramai. Belanja untuk ilmu yang bakal mengubah hidup anda. All the best!