DragonBall Evolution Tak Best!

Visited 1 times

March 13, 2009 · 14 comments

in Berita

Tadi sempat merayau ke dalam panggung wayang untuk menonton filem yang saya nantikan sejak sekian lama, DragonBall Evolution. Saya merupakan colector Dragonball, saya kumpul semua komik & CD anime Dragonball. Filem Dragonball? Rasanya perlu dinilai balik kalau nak kumpul. Ia bukan seperti yang saya jangkakan.

dragon-ball-movie

Awek cun? Memang heroin dalam DragonBall cun terutama yang menjadi Bulma & Chi Chi. Dragonball yang digarap oleh Hollywood memang tak berapa best. Memang jauh terpesong daripada cerita asal DragonBall yang diminati jutaan orang di seluruh dunia.

Hari ni merupakan hari pembukaan. Memang penuh pawagam. Bagi saya, ia biasa je. CGI Hollywood memang best. Tapi mereka yang mengikuti perkembangan Dragonball, ia adalah hambar.Harap filem sambungan kalo ada, ikut story asal. Kalo pengkritik filem pasti akan jumpa banyak kesilapan yang berlaku dalam filem berkenaan.

Hollywood cuba selitkan aksi lucu oleh Chow Yun Fatt. Okay la babak tu. Tapi style nak wat kame hame ha pun agak kaku. Serius. Kalo ikut komik & anime, lain bangat. Nampak kaku semacam je. Inilah jadinya bila digarap kembali oleh pengarah Hollywood yang bukannya peminat Dragonball.

Watak KURIN, iaitu rakan seguru Goku pun takde.Sedangkan dalam cerita asal, dari awal pembabitan Kurin terutamanya ketika menentang Picollo. Jalan cerita juga tak berapa jelas sangat. Mungkin sebab nak buat kelainan, lain pulak jadinya.

Kalo diberikan bintang, saya berikan 5 bintang untuk CGI tetapi hanya 3 bintang untuk jalan cerita. Mat salleh memang suka babak cium dalam filem diorang. Mungkin ini akan menjadi ikutan budak budak nanti. Memang agak mengecewakan. Kenapa la Stephen Chow tidak mengarahkan sendiri filem tu? Sedangkan dia menerbitkan filem ni.Dragonball adalah watak cerita dari Asia. Apabila ia di Mat sallehkan, ia nampak cacat.

Cerita asal Dragonball jauh lebih best dengan jalan cerita yang jelas. Itu yang membuatkan orang teruja. Apa pulak akan jadi bila Goku jadi Super Saiya nanti.

Mungkin buat mereka kena buat filem DragonBall: The Beginning ke? Guna la pelakon budak kung fu yang berlakon bersama dengan Jet Li tu. Mula cerita sejak Goku kecik, bukan dah besar/tua macam sekarang. Lagi satu beri peluang pada pengarah orang Asia atau Stephen Chow sendiri yang mengarahkannya. Beliau memang terkenal dengan idea gile gile yang best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 13 comments… read them below or add one }

shuth March 13, 2009 at 9:01 am

Dah agak dah.. tgk dia punya iklan kat TV pun dah tahu cite nie tak best.. kalau tak silap filem dragon ball nie pernah dibuat oleh orang jepun.. guna 3D.. ala-ala final fantasy.. tapi tak tahu cite apa jadi ngan filem tu.. entah siap ke tak?

sham March 13, 2009 at 9:32 am

hollywood buat memang tak jadi & jauh dari cerita asal. dia kena pengarah orang Asia juga kalo nak wat cerita orang Asia. Ikut cerita asal dia. Kenapa la Akira Toriyama tak sound.

yang ala 3d tak pernah tengok. tak sampai kat Malaysia kot. Ura ura cite dragonball ni sejak tahun 2002 lagi. Lepas 3 tahun baru buat. Macam kelam kabut skit jalan cerita dia. macam nak kejar sesuatu je.

mask March 15, 2009 at 9:02 pm

dah agak dah since tgk trailer dan baca previu pasal filem ni…citer yg hollywood buat ni x best…
Ni la masalahnya kalau pengarahnya bukan peminat dragonball..so die x tau sentimental value yg ada pada citer tu..dan pengharapan peminatnya..
kalau ikut syok sendiri jer…macam ni la jadinya…
sayang betul la…
rasa kecewa la plak..sebelum ni excited gile bila tau filem dragonball nak difilemkan…

Zairi Zaidi March 20, 2009 at 2:41 pm

Memang betul rupanya apa yang kawan2 cakap…

Jacob March 21, 2009 at 7:51 am

nak diberi bintang? 1.99/5…huhuhu

Dhiaqis March 21, 2009 at 1:04 pm

Fuh.. nasib baik tak tengok hehe.. dah agak dah kureng skit jalan citernya..

Richie March 22, 2009 at 8:53 am

sanat2 bersetuju dengan perkara ini.. huhu

earnword March 30, 2009 at 11:52 am

takpun. stephen chow je jadi goku. ok gak apa..

fadli April 8, 2009 at 5:12 pm

betul 2..saya dh tengok,memang x best,grafik kurang menarik,jalan cerita pendek.Watak pun x menarik..2 je leh kmen…sy bg 2 bintg jew..

izq April 13, 2009 at 11:05 pm

betul la bro, filem ni mmg xbest…ak siap tertidur mase layan cd cite nie..mmg time 2 aku tension gile, da la tengok cite yg xbest, terlepas match ManU dgn Porto plak..ak tertidur mase lyn cite nih!!

faiz June 5, 2009 at 12:18 am

cerita yg dibuat Hollywood tu menjadikan goku yang baik ala2 innoncent tu kepada pervert. Huhh sangat menyimpang.

sah90 March 3, 2010 at 1:27 am

setuju sangat2..
hampir tertido menengok cite ni..

Dato Zubir @ Murad saudagar penipu April 27, 2010 at 9:08 am

dari 10 aku bagi cerita nie negatif 100… mmg tak boleh dipakai

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: