Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
Pendedahan saya tentang taktik penipuan parcel dari luar negara sebelum ini telah memberikan kesedaran kepada seorang wanita yang telah menjadi mangsa penipuan ini. Ini adalah sebahagian daripada ramai mangsa penipuan yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu dan juga mungkin menjaga rumahtangga masing2. Ia berlaku tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.
Beliau telah terbayar RM3500 kerana kurang pengetahuan tentang taktik sendikit penipuan ini. Saya tutup gambar fb dan nama mangsa bagi privacy . Anda boleh mengikuti artikel saya berkenaan penipuan parcel dari luar negara di:
Beliau akan membuat laporan polis bagi memboleh polis menyiasat dan mencari dalang penipu ini. Jadi dalam artikel ini, saya akan menghurai bagaimanakah mereka berjaya melakukan penipuan tanpa disedari oleh mangsa.
- Mencari MangsaSendikit ini akan mencari mangsa menerusi laman sosial terutamanya FB. Mereka akan add sebagai kawan dan akan menghantar mesej berminat untuk berkawan. Mereka akan memuji bahawa mangsa sebagai seorang cantik dan sebagainya. Jika lelaki, profile wanita cantik. Jika wanita, profile lelaki yang hensem dan berkerjaya. Mereka akan mulakan proses seterusnya di fb mesengger atau whatsapp. Mereka akan mengayat mangsa dan memberikan bukti gambar mereka adalah orang yang sebenar seperti selfie ketika shopping, bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Jadi mangsa akan nampak “natural” seperti manusia biasa.
Mereka juga mengatakan mereka atau keluarga mereka berasal daripada Malaysia. Biasanya dari Kuching. Ia agak famous dalam skrip penipuan parcel ini.
- Menghantar “Hadiah” Secara Tiba-TibaKemudian scammer mendakwa telah menghantar parcel yang mengandungi hadiah ataupun duit. Mereka akan cakap dalam parcel tu ada pelbagai gadget seperti Iphone, barang kemas dan sebagaianya. Mereka akan siap berikan slip penghantaran kepada mangsa. Contohnya seperti dalam artikel saya sebelum ini.
- Parcel ditahan pihak Kastam?Kemudian scammer akan mengatakan parcel yang telah dihantar telah ditahan oleh pihak kastam kononnya sebab tak diistaharkan atau alasan pengubahan wang haram. Mereka akan meminta mangsa membayar sejumlah wang ke akaun agen mereka. Agen? Ia sebenarnya rakan subahat mereka.
- “Agen” akan menelefon untuk urusan pelepasan parcelMereka yang mengaku sebagai agen ini sebenarnya rakan subahat mereka yang terdiri daripada warga tempatan. Mereka akan meminta mangsa untuk membayar sejumlah wang ke akaun peribadi mereka. Mereka akan memujuk agar mangsa membayar dengan segera sebelum parcel berkenaan dirampas oleh pihak kastam. (Kesian kastam pula jadi kambing hitam).. Setelah mangsa membuat pembayaran..Agen ini akan diamkan diri seketika.
- Scammer hubungi pembayaran telah dibayar ke akaun salah! Parcel belum dilepaskan..What? Akaun salah? Itu taktik mereka sebenarnya. Mereka akan meminta membuat pembayaran lagi ke akaun “agen” lain pula. Dalam kes wanita ini, pembayaran RM3500 telah dilakukan. Mula-mula mereka mengatakan dibayar ke akaun salah. Kemudian meminta lagi RM2900 untuk membolehkan dia dilepaskan kerana ditahan. Sudah tak nyatakan akaun salah ke apa. Mereka akan memujuk rayu agar menolong mereka. Nak pinjam duit untuk lepaskan parcel yang ditahan. Mereka berjanji untuk membayar balik apabila parcel mereka bawa tu dilepaskan. Wanita ini bernasib baik kerana menjumpai blog ini.
- Scammer akan menutup jejak mereka..Setelah mendapat wang, scammer ini akan menutup jejak mereka seperti meminta mangsa delete semua perbualan di mesengger mahupun whatsapp. Bagi mangsa yang lurus bendul, maka akan buat segala arahan berkenaan. Kemudian mereka akan menutup akaun FB dan block akaun whatsapp. Jadi semua bukti telah hilang, dan mereka boleh melepaskan diri dengan senang untuk mencari mangsa lain pula.
Ini adalah antara cara mereka melakukan penipuan. Mereka akan berbelit-belit jika anda perasan. Pada awalnya mereka cakap mereka pos dengan kurier dan parcel berkenaan ditahan. Kemudian mereka cakap mereka pula ditahan bersama parcel berkenaan dan perlukan wang untuk melepaskan diri mereka dan parcel yang dibawa.
Tak ke pelik?
Dalam kes wanita ini, scammer mengatakan mereka pos parcel. Kemudian ditukar dia telah ditahan di lapangan terbang Kuching daripada Bristol. Erk!! Tiada penerbangan terus daripada Heathrow UK ke Kuching. Kena ke KLIA dulu. Bagi yang tak tahu pasti akan mengiakan sahaja penipuan mereka ini.
Tak semua orang tahu pasal penerbangan ini. Dah ada kawan dari UK pun dah berbunga hati. Boleh speaking LONDON kata orang tua. 😛
Penipuan parcel ini biasanya mencari mangsa yang naif dan jujur. Orang yang positif dalam segala hal. Orang sebegini akan mudah untuk menurut apa sahaja mereka minta termasuk menyerahkan duit mereka dengan mudah. Ada kalanya elok juga jadi orang yang negatif sekali sekala ni.
Mereka akan sedaya upaya untuk mendapatkan sebanyak mungkin duit daripada mangsa. Pastinya dengan pelbagai alasan seperti sampai hati biarkan mereka tersangkut ditahan kastam dan sebagainya. Jadi sebagai seorang yang positif dan baik hati, pasti tidak sampai hati membiarkan kawan ditahan dan memerlukan bantuan. Jadi disitu mereka akan eksploitasi kelemahan ini.
Banyak kes penipuan ini mangsanya adalah wanita. Sebabnya wanita mudah tersentuh dengan masalah orang lain..
Mereka juga buat profiling terhadap bakal mangsa mereka seperti wanita bekerjaya, bekeluarga dan berduit!
Kalah orang buat bisnes online tau.
Apa nak buat jika dah terbagi maklumat seperti nama dan alamat?
Jangan risau. Jika mereka meminta wang, jangan buat bayaran apa apa. Abaikan sahaja. Mereka tidak berani untuk mengunakan keganasan. Kemahiran mereka dalam penipuan secara halus untuk mendapatkan duit sahaja.
Jika sudah tertipu, boleh buat laporan polis agar dalangnya ditangkap. Jangan biarkan mereka terus berleluasa mencari mangsa.
Sila share agar tidak ada yang tertipu lagi..
Klik butang FB di sisi kiri blog ini untuk share di sosial media anda.

Incoming search terms:
- penipuan parcel dr luar negara
Salam..saya online seller. Dah bg num akaun. After that baru tahu scam lepas dia hntar kata kena transfer baki. Akaun number yg saya dh bagi tu selamat ke?
selamat. Diorang tak boleh buat apa dengan no.akaun. Lain la bagi password internet banking dengan tac.
Omg..Thank to God because i found this blog. Actually, have scammer do this to me yesterday, but i dont believe because who is generous to post money by parcel. Nowadays is only need by click if want send money. LOL.
THINK SMART…IN THIS WORLD NO SUCH FREE MONEY!
Saya juga hampir terkena… diaorg nk hantar barang berupa hadiah lah katanya. Saya tk de mintak pun. Tp mahu ber juga. Saya beri nama samaran dan alamat pejabat je. Bila barang dah sampai saya terkejut kena buat bayaran kos kastam sebanyak rm1550. Pihak courier tu yg telefon sy suruh buat bayaran . Saya kata tengok lah mcmane. Jadi…perlu buat report polis ke utk perkara ini…
Assalam…..saya juga dah terkena dgn scammer ni….dia mintak supaya saya bayar pd agen utk lps kan brg yang dia hantar sbnyk 3k…saya dh bagi full details termasuk lah no IC saya….selamat kah saya sbb dia dh ada full details saya…
Sendikit ni nak duit je. Abaikan jika tak bayar apa apa.
Saya rasa mgkn saya pun dh kena tipu..duit pun dh bayar..sekiranya parcel di tahan oleh pihak kastam dan saya mmg x mau dgn brg ni boleh ke saya abaikan saja…bkn saya yg nak ..tiba2 jer baik hati nk beri gift konon..mmg dh tau duit xkn dpt balik lar..mcmana tu ..adakah saya akan dikenakan denda or tindakan apa2 oleh kastam….
Hampir terkene,tpi ble sebut kne wt byrn,mmg xkn wt la..dh nknbg brg,nk kne byr plk…huhuhu..lega rsenyerr
sy pn bru terkena.. fuhh nasib die bru nk mengayat.. nasib la sy cpt2 trsedar sbb nmpk mcm pelik je ttibe nk bg hadiah… sedangkn org yg sy kenal pn xde nk bg hadiah ni kn org xpnh kenal… logik ke x? hihihi…. mulanye die add sy dikenali sbg dato aasif aazim. sy pn approve sbgai friend.. lalu die pn inbox sy ckp sy ni lawa, comel n sbgainye.. sdgkn xpnh org puji cmtu skli… sy lynkn je pstu die mntk no whatsapp sy bg la. die crita serba sdkit psl diri die… dilahirkn di singapore n membesar di uk. skrg ade kat uk kje sbgai businessman. kat fb gmbr mcm org cina.. sy x pkir negatif lg mse tu sy pn lyn lg. die ckp die suka n syg kt sy. sy pelik knp plak kte blm knl lg kot nk brsyg2 bagai… pstu sbgai tnda syg die nk bg hadiah.. nk belikn sy handbag, jewellery, iphone dll. wahh untungnyerr sy rse. rse excited sgt2… pstu sy brtrme ksih bagai la kt die sbb nk hadiah tu… xsdr lg jerat dah msuk hihihi… pstu die anta screenshot no tracking dr height domestics pe nth…. sy ni rse mcm x sdp hati tetibe bukak la google nk cri maklumat asalnye… pstu trjumpa la blog penipuan parcel dr luar negara. sy pn berminat nk bace… tetibe trs trsedar dr lamunan… ya allah nsib la aku blm buat bayaran lg tp maklumat peribadi sy die amik sbb konon nk msuk dlm borang parcel tu.. pstu sy pn whatsapp die smula.. lgpn no die sy trace dr trinidad n tobago. makkkk oiiii.. fone sy ni blh trace hihihi.. sy pn tnya bkn ke awk ddk uk.. pstu die diam je xbls2 mcm die dh tahu yg sy ni dh syak die… brtubi2 soalan sy tnya die last2 die block fb n whatsapp sy… trs xleh cntact.. hahhahahahah nsib ko la jnji duit aku x melayang… ko nk tipu aku tp aku dlu tipu ko…
Dah kena menangis tak berlagu la.. Jumaat ni masukkan sedekah dalam tabung masjid sebab Allah dah selamatkan cik pun daripada ditipu. 🙂
Tahniah kerana berjaya melindungi diri daripada ditipu.
Fuhhh slmat ad blog psal ni,,,bru td hampir kne tipu,ad hadiah,die kirim sprti laptop,hnfon,baju,sluar and dlm bgkusan tu ad duit 500 000$..pastu klu nk ambk brang tu,kne bank in duit rm4800 kononny cukai…tp nonakaun die xbg dlu,pastikan duit dh ad bru die bagi,brng ny akn smpai pkul 6ptg…nasibaik lh xkne tipu…thnks penulis blog….Allah melindungi ku…Alhamdulillah
Saya pon dah kena tipu saya dah bayar rm4100 untuk bayar parcel tu no akaun pon dah bagi sbb dia kata nak bagi balik duit tu hari tu katanya dia kena tahan kat airports tapi peliknya semasa dia ditahan dia boleh pulak balas whatsapp saya dan sekarang dia suruh saya bayar rm800 untuk parcel dia…dia paksa untuk bayar rm800 tu esok ..apa patut saya buat saya takut nak buat report polis kerana sbb tertentu
jangan bayar lagi dah.
Samalah Tuan. Baru pg tadi mak saya merayu2 kat saya minta masukkan rm3500 ke akaun agen kurier yg personel punya. Sebwlum tu dia berkenalan dgn mamat dri uk ke poland ke saya tak tahu, namanya Raja Ahmad Najib. Ggambar profile pun gambar curi sape punya. Saya request nk friend dgn dia pun dia x approve. Dan dia bersyg syg kat mak saya dok puji semua. Tetiba nk hantar parcel. Kononnya ada iphone 8 smsung, jewelery semualah.. termasuk duit 10k pounds entahlah. Pergh mak saya kata org ni betul3 sayang kat mama ? saya cakap itu scammer lah scammer. Mak saya x percaya. Kata saya anak derhaka semua tau. Saat nk transfer duit melalui online banking tu tetiba x boleh sbb terlebih limit. Mak saya mmg yakin gila ada duit semua tu Allah…. saya tak tahan saya termaki mak saya terus. Apsal lah bodoh sgt. Smpi mcm ni. Menitik air mata. Sbb mak saya ni lurus bendul tp degil yg amat. Duit ayah saya pun dia nk bg kat scammer tu. Saya pergi balai polis , dan peg polis dah terangkan pun tetap mak saya percayakan scammer tu. Saya terus cakap semua kad bank website bank password semua saya pgg. Sbb mak saya ni kalau dia nak dia nak juga. Keras kepala punya org. Skrg terduduk lah. Saya kebas semua kad dia. Maaflah. Sbb mak saya terlalu positif, naif jujur mudah sgt kena tipu. Tp xnk dgr cakap org. Skrg ni saya nk mak saya baca post tuan ni supaya bukak minda dia sikit. Bukan semua org baik taw. Thank you Tuan.
Assalamualaikum tuan
Sy just nk tnya duit yg da byr tu boleh dpt blik x… Dan apa tindakan seterusnya sekiranya da buat byran kepada scammer laknatullah ni..
susah nak dapat balik dah sebab duit diorang dah keluarkan siap2 bila dah dapat masuk ke tempat lain.
Sy rsa sy mcm kena tipu…tpi mcm mw prcaya pula sma scammer itu..kmi bru ja kenal mlalui instagram..dia ckp dia org uk krja d LA california..tiba-tiba dia mw bgi sy gift..tpi sy blg sy tdk prlu…lpas 1 mnggu dia mnta lgi alamat rmh sy..sbab mw hntar gift..akhirnya sy bgi ja la..sbab mw tw dia ni btl ka atau pnipu je..lpas itu dia send bnyak gmbar y dia blg smua itu gift utk sy n dia sdh post..tpi dia blg sy prlu byar clearence kpd courier company sblum dorg dpt deliver itu gift sma sy..sy blg sy tiada duit..tpi dia sruh sy pinjam duit pla…sy tnya apa nma courier company itu,dia blg tnggu sja dorg akn call nti blg,sy mnta tracking number,,dia sruh sy tnggu ja pnggilan..sy pn takut sdh..apa sy prlu buat skrng ni??sy tiada duit mw bayar nti..org itu juga pesan tlg bayar sma itu company..sbab dia tdk mw khilngan itu package y dia kirim…apa yang perlu sy buat skrng.?? Tolong sy..
Jangan bayar apa apa. ITU semua scam
Sy dh kena bayar 4500..sekarang mintak suruh byr lg? Aka perlu sy buat…?
Puan rosidayu buat laporan polis.
Tertarik saya baca blog ni. Camne kite nk tau sama ada die scammer @ bukan?… Betul ke kalau dpt barangan dari luar negara perlu bayar agent….??
mudah je.
1. kurier, sender yang bayar bukan penerima yang bayar. Tiada COD.
2. Takde sapa yang mudah2 nak bagi barang mahal-mahal.
3. Nama kurier yang pelik. Google je nama kurier tu. Kalau tak wujud, sah tipu tu.
4. Semua urusan kastam wajib dilakukan dikaunter kastam. Kalau ada barang, pihak kastam akan hantar surat berdaftar dan minta ke pejabat kastam berdekatan untuk bayar cukai (jika ada) dan tuntut barang. Tak semua barang dikenakan cukai. Dulu ada GST, sekarang takde dah.
Paling penting, gunakan akal yang waras. Dapatkan pendapat orang lain. Kalau dah terbayar, boleh buat laporan polis untuk polis lakukan siasatan dan bekukan akaun. Simpan semua bukti seperti chat,slip transaksi dan sebagainya yang boleh dijadikan bukti.
assalam.. sy nk tnya… kwn sy ada bkenalan dgn mamat dr US… konon2 mmat ni nk tlg dia.. transfer duit USD 50K tp kwn sy ni perlu byar smua fee n lpas byar rm1690 ckp kna lg utk kdar tkaran sbanyak rm700.. siap bg tau dlm whatsapp mat saleh ni kna cekup sbb duit dia hntar pd kwn sy still pending.. btul ker kiriman wang dr luar kita yg byar pd activies… siap bg num acc tp org tmpatan
Salam semua…maaf no tye tuan..sy baru terkena ni..huhuhu..tp sy dah byr 1500..org Poland..pastu courier ckp brg kene tahankat kastam..sy kne byr rm3500..dlm mse 3 hr klau x byr die ugut kne naik court & dipenjara 15 thun..mamat yg sy knal ckp acc die pn one block..ape perlu sy buat tuan??yg 1500 tu pn sy pnjm ngan kwn sy..perlu ke sy block org yg sy knal Kat fb & org courier yg chat sy ni??mohon pencerahan tuan
Fiza kena buat laporan polis. Jangan bayar apa apa.
salam ? tlg sy , sy baru kema follow kononnya mamat tu dri korea tapi menetap d uk . dan dia kirim barang kononnya dri london . barang tuu sekarang on the way ke malaysia , dia dah bagi tracking number and web untuk cek tracking number tersebut . apa yg patut sy lakukan ? sy takut ? sbb sy msih seorang pelajar ipt . tlg sygg
abaikan je. blok terus
Assalamualaikum, saya baru saja nyaris ditipu oleh seorang yang maybe sedang menyamar adalah seorang pesakit cancer hati di Memorial Sloan Kattering of America dan menyatakan suaminya telah meninggal pada 2014 dan telah meninggalkan wang sejumlah 1,500,000 dolar. Wow banyak nya dan telah mengirimkan dari sana dari 15-17hb sampai. Kata nya menggunakan peguam yang kirimkan dari sana siap hantar video isi duit dalam peti tu… Ya Allah. Ayat dia mmg cair la sbb selalu sebut nama Allah la kebajikan la amal la… Dia kata dia x lama hidup dan akan mati. Sebelum mati dia nak tgk duit tu sampai la ke saya dengan keadaannya yang tenang. Bila sampai di Malaysia adalah courier katanya choice logistic call dan mengatakan barang dah sampai ke Malaysia tapi saya kena bayar services tax sejumlah RM3,050.00 kerana beratnya barangan tu 14kg. Saya nyaris bank in kerana saya fikir kenapa saya kena bayar pula. Nasib baik saya tidak terburu-buru. Apa harus saya buat. Fikiran saya sudah terganggu sekarang.
Abaikan. Jangan bayar apa. Teruskan hidup.