Kalau mereka yang terlibat dalam Google Adsense dan Affiliate Marketing pasti sudah biasa menerima cek luar negara dengan matawang USD. Bagi Google Adsense, saya gunakan WU.Tapi untuk clickbank, saya memang menerima cek setiap bulan. Proses untuk clearkan check ini memang agak memakan masa selama 1 bulan.
Update: Untuk Google Adsense boleh guna wired transfer, WU dan cek. Untuk clickbank, boleh guna cek dan guna akaun bank US payoneer kalau nak cepat. Google juga kini mengenakan cukai 30% untuk publisher bagi negara luar dari US. Maybe kesan dari pandemik, diorang sedut duit yang keluar dari US untuk kaver income negara mereka.
Memang lambat untuk dapat duit. Malah nilai tukaran wang asing diantara USD-RM juga semakin mengecil. Jika dulu dengan USD100, kita boleh mendapat kira kira RM350++ setelah ditolak caj bank. Kini dengan nilai USD100, kita hanya mendapat kira kira RM280++ je selepas tolak caj bank.
Bagaimana Nak Clearkan Cek USD tersebut?
Ok. Anda boleh ke mana mana bank perdagangan yang ada seperti Maybank,CIMB,RHB,PB,Bank Rakyat,Bank Muamalat,Bank Islam dan sebagainya. Kemudian cakap kat kaunter, nak borang untuk masukkan foreign check. Pengawai akan berikan borang untuk anda isikan. Anda perlu ada akaun di bank berkenaan.
Kemudian ambil nombor tunggu ke kaunter. Sediakan juga IC. Sesetengah bank hanya menerima check berkenaan di cawangan anda membuka akaun bank tersebut sahaja. Antaranya ialah CIMB. Penyelesaiannya.Anda perlu buka akaun baru la di cawangan berkenaan.
Boleh ke buka banyak akaun? Sesetengah bank boleh.Antaranya ialah Affin bank dan juga RHB Bank.
Setelah selesai di kaunter. Tunggu la duit tu clear pada bulan depan. Hampir semua bank mengambil masa 30 hari mengikut pengalaman saya.
Bank caj macamana?
Bagi bank caj pula ia berlainan antara bank yang terlibat. Menurut LiewCF di blog beliau:
- Hong Leong Bank: RM50 + RM10 (courier) + USD75 (Citibank Delaware)
- MayBank::
- 0.1% of the cheque amount drawn in RM with minimum of RM25.00 and maximum of RM100.00
- PublicBank:
- 0.1% of cheque amount (min: RM20, max: RM100)
- Postage: RM5
- Stamp duty: RM0.15
- HSBC:
- 0.1% of cheque amount (min: RM10, max: RM100)
- Stamp duty – RM0.15 per cheque
- Other charges – below 10k = RM1.15
- EON Bank: RM10
- BCB (CIMB):
- 0.1% charge (min: RM5, max: RM100)
- Postage: RM5
- Stamp duty: RM0.15
- The 0.1% is only applicable if it is above USD 1000.
Note: You can deposit your check to the home branch only. But, you can mail your check to your BCB account’s home branch for bank-in.
- RHB:
- Postage: RM5.00
- Stamp Duty: RM0.15
- Commission: 0.1% of your cheque amount (minimum RM 10.00 and maximum RM 100.00)
- Standard Chartered: 0.01% of cheque amount OR min RM 50.
- Bank Muamalat: RM5
- Alliance: ~RM70
- Southern Bank: RM30 + RM0.15 stamp duty.
Mungkin ketika ini berlaku peningkatan terhadap caj ini. Antaranya ialah RHB.Kenaikannya saya tak pasti kerana kadar tukaran wang asing yang semakin mengecil dan berubah setiap hari.
Nasihat saya, pilih bank yang mempunyai kadar caj yang rendah seperti Bank Muamalat, CIMB,RHB. Antara faktor yang menyebabkan proses clearance ini lambat disebabkan cek ini perlu dihantar kembali ke bank yang berkenaan untuk urusan clearance. Jadi anda boleh tengok ada caj postage dan stamp duti.
Diharap ini membantu anda dalam meng”clear”kan cek luar negara anda.
p/s: Hati hati juga dengan scammer yang memberikan gambar cek dan meminta bayaran daripadanya. Ia adalah scammer bukan cek sebenar pun.
Incoming search terms:
- https://www shamsuriyadi com/perniagaan/bagaimana-nak-clearkan-check-luar-negara-dalam-matawang-usd/
titan
selalu aku pakai cimb aje. Senang. Dekat dengan rumah dan tak telan kita sangat.
sham
kelemahan cimb, kena hantar ke cawangan dimana kita buka akaun.kalau tak, cek tu tak diterima. tengah tunggu cek clickbank sampai lagi. ni tak best cek clickbank. kena tunggu 2 minggu baru sampai.huhuhu..nak clear pulak 1 bulan. jadi ambik masa sebulan setengah untuk settle semuanya.
money money
bagaimana pula dgn govt tax? atau pun income tax? apakah lhdn senyap je dgn urusniaga mcm ni esp. bila transaksi besar dan jumlah payment pun besar i.e USD50,000?
sham
rasanya kena declare la kalau jumlah yang besar. Biasanya diorang nak tau payment untuk apa. satu akta je yang terlibat iaitu akta pengubahan wang haram. Biasanya bank akan tanya dulu duit tu untuk bayaran apa.
Gaz
Tumpang tanye bang,
Kalau deposit check Clickbank thru bank Muamalat, tempoh clearance berapa lama? Reliable tak agaknye?
Bukan apa, selama ni saya deposit pakai Public Bank tapi rasa rugi sgt la sampai RM 30 clearance fee per check ( postage dia RM10 biasanye + RM 20 commission). Tapi saya still pakai Public because reliable. Antara 25 – 32 hari mesti clear punye.
So, Bank Muamalat pulak mcm mana memandangkan fee dia murah sangat?
Terima kasih.
sham
saya setakat ni guna 3 bank untuk bank in foreign cek..
muamalat ok jugak. caj hanya RM5 flat rate. masa diambil sama je dengan bank lain..30 hari. Yang bagusnya, diorang akan hantar
penyata resit ke rumah bila cek clear. RHB tak. CIMB rasanya tak hantar juga resit.
Public saya tak pernah try. no comment la.
Maybank pulak caj terlalu tinggi.
miekof
Thanks sham atas info,, aku tak pernah try lagi bank muamalat, dok guna public bank, caj dalam rm30,, Kalo bank muamalat flat rate mmg jimat gila laa,,,
sham
saya guna rhb sekarang ni..caj dalam rm15 lebih tapi masa clear dah makin cepat. sebelum ni 30 hari. sekarang dah 20 hari je.
zuar
thanks bro atas info ni..saya baru dapat cheque tadi..search2 cara nak clearkan cheque jumpa blog ni..huhu.ada la dlm usd107..agak2 tukaran rm dgn usd sekarang berapa bleh dapat balik bro?
sham
rasanya dalam usd1 = rm2.9++ jugak la. Ikut rate bank..Biasanya bank ambil untung skit.. cuma elakkan maybank sebab diorang ambik persen daripada tukaran tu. bank lain diorang ada fix charge.
zuar
memang salah pilih type of payment la..skrg dah bleh guna western union kn..sy pilih cheque..mmg lmbt la proses die..huhu.kalau dalam 107 usd guna CIMB agak2 bleh dapat balik dalam bape bro..tau x..thanks bro atas info tu
sham
boleh tukar kepad WU untuk mempercepatkan proses kalau sebelum ini pilih cek. Lagi kalau cek, ia lambat dan bank akan kenakan caj. Bagi WU, Google yang bayar fee sebab hanya penghantar yang dikenakan caj, penerima tak kena caj.
zuar
saya dah dapat kat tangan cek tu semalam.sebelum ni smpi kt kg..so, ingat hari ni nak clearkan kat maybank..tunggu sebulan la baru dapt agaknye kn bro..huhu
sham
maybank cajnya agak tinggi. Better RHB atau CIMB kerana lebih murah.
zuar
kalau cimb berapa cas dia eh bro?aah la..maybank mmg mahal.hrni tak sempat nak ke bank.maybe next week
sham
cimb dalam rm12.. rhb rm15. Maybank rasanya 10% daripada nilai cek kalau tak silap. Paling murah ialah bank muamalat. diorang caj hanya RM5.
zuar
apa yg saya baca, cimb cuma boleh clearkan dekat bank yang kita bukak akaun je ke?
sham
ya. macam tulah polisinya. kalau bank lain, biasanya HQ yang akan settle urusan cheque clearing. Cawangan hanya kutip untuk dihantar ke HQ.
zuar
ok.thanks bro atas info tu.isnin ni la g clearkan cheque tu.lepas tu tunggu la sebulan lbh baru dpt duit tu.huhu
sham
Sekarang ni clearing dah makin cepat. Ia mungkin dalam 20 hari je sekarang ni. Bukan lagi 30 hari. Tapi bergantung kepad bank la. Saya guna RHB sekarang ni.Biasanya 20 hari untuk clear.
azam
Maybank charge 0.1% atau 10%?
Mahalnya 10%..menyesal pulak hantar kat maybank
bulan lepas 20 sept saya hantar cek kat maybank tapi belum clear2 lagi..lambat betul
sham
nampaknya 20 oktober baru clear jawabnya. Rate Maybank ialah 0.1% daripada nilai cek atau sekurang kurangnya RM25 min.
zuar
sy lak 3 hb 10 b.in chek tu.3hb 11 la nmpknya clear..tu pun kalau cepat la.huhu
sham
bank lain rasanya dah makin cepat. cuma mbb yang masih ditakuk lama. RHB sekarang dah 20 hari.
shahril zulkarnain
salam abg sham, sy nk tnye. sy skg kt luar negara, klau cek kite set utk hntr ke mlysia, kmudian suruh member
tlg clearkan cek tu boleh ke. pihak bank die perlukan ic x? boleh ke mmber
sy clearkan cek tp nama pada cek tu xsama ngn die?
sham
Asalkan ada nombor akaun di Malaysia je. Tapi make sure alamat kat cek adalah alamat di Malaysia. Suruh je saudara ke bank minta borang nak masuk foreign cek. Diorang akan bagi borang dan isi borang tu. Pastu ke kaunter untuk masukkan cek. Duit akan masuk ke dalam akaun bank. Bukan dapat cash terus. Foreign cek ambil masa 20-30 hari untuk clear.
Ahmad Basyir
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya, bank manakah yang lebih baik antara CIMB dan RHB untuk saya clearkan cek clickbank..? Cek lebih $500 dan kadang-kadang bawah $200.. Saya tidak ada akaun CIMB dan RHB lagi.
sham
RHB lebih cepat clear check tu. RHB kini ambil masa 20 hari untuk clear. CIMB saya tak pasti.. fees pun lebih kurang sama je..
MUHAMMAD NAIM BIN MOHAMMAD AMIN
salam..
saya ada masalah denagn penrimaan cek saya dari thailand,, mulanya saya meminta membuat kiriman DHL beralamatkan rumah saya di malaysia.. masalahnya sampul yang berisi cek tersebut di tahan di imigresen di tahiland,, dan diaowng meminta duit custom tamp duty fee is about $3.830USD.. saya betul-betul tidak faham kenapa jadi sebegitu sedangkan saya sudah membuat bayaran yang dikenekan oleh pihak DHL.. s
minta tolong abg pahamkan n jelaskan pada sya kenapa jadi begitu.. nie ade no fon saya 0173-3725063
sham
beli apa tuan naim? kalau tak beli pape…kemungkinan ia adalah scam..ia teknik nigerian scam…
MUHAMMAD NAIM
sampu berkenaan mengenai cek bayaran keatas peniagaan saya di Thailand. apa itu teknik nigerian scam? saya tidak faham,, minta jelaskan..
sham
Tuan boleh rujuk artikel ini – http://www.shamsuriyadi.com/scam-alert/scam-alert-taktik-nigerian-scammer/
nezz
assalamualaikum..abg,, saya baru jer dapat cek dari clickbank,, saya masih confuse lagi..camner nak clear check ni..
ok first pergi dkat bank..mintak borang foreign check
second isi borang tuh,,kan
soalan pertama: kat belakang cek clickbank ni kena tulis x? no phone,& no akaun,
soalan kedua: dekat borang foreign check ,kena isi maklumat bank kan,, no.check yang mana satu ? sebab ada banyak sangat nombor dkat cek ni,
soalan ketiga:akaun yg saya kena ada tu,,akaun simpanan ker akaun semasa
mintak pandangan abg.
sham
kat belakang, sain je kat ruangan yang disediakan tu.
nombor cek biasanya kat depan sekali… kat sudut kanan pun ada nombor check.
tak kisah akaun semasa atau simpanan. Asalkan ada akaun.
Setiap bank caj untuk clear cek adalah berlainan.
sham
Sedikit update:
RHB kini caj RM50++ termasuk postage dan duti stamp. Sudah naik lama cuma saya tak perasan.. Insyallah akan cuba bank lain untuk tengok caj ini.
muhd khairil
ada update untuk bank lain tu ?
sham
caj dah naik bagi kebanyakan bank.. rhb kini mencecah rm60 per cek.
nezz
saya pakai cimb jer skarang nih..caj dia murah x mahal rm 10 jer,,masa utk cek cair bg usd dlam sebulan lebih..
rosliana
assalam..sy nk tanya soalan.draft bank cheque sama juga ker?di terima dkt bank.caj2 tu tolak dari cek atau kita byr asing.kalau usd550000 berapa caj cimb.berapa lama kena tunggu..tq
Gaz
Leceh pakai Cek. Lambat dan mahal, terutama sekali kalau nak deposit lebih dari satu cek sekali arong. Pakai Payoneer Mastercard debit card je, senang cerite. Clickbank direct deposit dalam masa satu hari dah masuk kad account. Lepas tu withdraw dari mana2 ATM yg ada logo Mastercard – habis, TAMAT RIWAYAT KESAN KELEMBAPAN CEK…
Bisnes Online
maybank caj RM75 untuk clear foreign cek saya..jemkoil tul
haswindy
Saya pun dpt checkque dri singapore Dbs bank dan saya dah tukar ke publick bank dlm SGD 4070 dolar, saye nk tanye beape lame boleh dpt duit saye tu ekk?
ardiana
Saya dari muar nak tanya berkenaan USD TO MYR…saya minta transfer wang asing terus ke bank iaitu bankrakyat. .masalahnya..bankrakyat kata kena byr rm1800 pd bankrakyat baru duit itu dapat di masukkan ke dalam bank tersebut betul ke? Harap dapat jelaskan saya first time tak tahu
sham
Ada diorang cakap bayaran RM1800 untuk apa? Wang asing tu dalam bentuk cash ke apa ya? Tak clear. Kalau cek, elakkan daripada bank rakyat. staffnya tak tau pape.
Tak silap saya, bank rakyat tak terima cek luar negara.
ardiana
Macam mana kita nak tahu duit yang di hantar dari USD ke akaun kita iaitu bankrakyat sudah diterima?
kalau melalui cek
ardiana
Saya sendiri telipon pjbt bankrakyat…pihak bank kata mungkin yang talipon saya bukan dari pihak bank…ada orang lain yang tepon saya…sedangkan pihak bank tidak meminta bayaran sekiranya duit dari US. .transfer ke bankrakyat hanya tunggu duit itu dah masuk je…hantar duit dr USD pada 29hb jan atau 30hb jan…samapai sekarang tidak dapat lagi duitnya…saya tidak faham…
ardiana
Saya tidak ada terima pun cek…sebab dia terus masukkn ke dalam akaun saya..iaitu bankrakyat tapi kawan cakap cuma clear kn cek….yang telipon saya cakap untuk proses perlu bayar rm1800 sebab nk bank in ke akaun saya…klu tidak bayar duit tu akan dihantar semula…saya mmg tak tahu ttg ini…sy kurg fhm
ZaNa
Saya perlukan penjelasan tentang penerimaan cek dari luar negara. Jumlah yang saya terima sebanyak $250,000.00 usd.
Saya di fahamkan oleh pihak bank HSBC untuk membayar transfer fee dan GST sebelum di masuk kan ke dalam akaun.
En, boleh tolong jelaskan perbezaan menerima cek luar negara dan pemindahan wang dari akaun luar negara ke akaun di malaysia
sham
Zana itu satu penipuan. GST atau sebarang caj dikenakan daripada jumlah cek berkenaan, bukan dibayar berasingan. Prosedur sama macam clearkan cek di malaysia. Untuk cek luar negara, kita perlu isi borang dan serahkan dikaunter.
Jangan membuat sebarang pembayaran jika mendapat emel yang kononnya anda mendapat USD250K daripada orang yang tak kenali. Ia adalah satu penipuan oleh nigerian scammer.
ayda
Askum..abg mntak pandangan sy first time dpt check luar negara mmg tthu lnsung pasal caj tau mase check ni clear..fuhh lama nk tggu sy pg tunaikn kn kt public bank dia bgthu 3 mggu plg lwat 1 bulan..terkesima dibuatnya…ingt mau wat hr raya ni…Tggu ja la duit ni clear…soalan sy da byar duti stamp sbyk rm39..adakn lpas ni ak tolak caj2 lg???
sham
ayda, bergantung pada bank. Ada yang ada fee lagi, ada tidak.
GG
Hari tu dapat cek clickbank. sikit jer. $128. clearkan dekat maybank. Kalo ikot exchange rate sekarang dalam 4 lebih. saya dapat dlm RM 382 sahaja. byk nye charge maybank. pengsan mcm ni.
sham
maybank caj tinggi.. guna cimb kalau nak murah tak silap dalam RM16 lebih. Kalau rhb dalam rm20 lebih caj.
sham
Saya guna kad payoneer, duit terus masuk kad. Boleh guna isi minyak terus atau shopping kat pasaraya sebab ia kad mastercard.
GG
ada dapat surat drp maybank hari tu. agent charges yg paling mahal sampai $31.00 . tolak yg lain komisen RM 25.00, Postage dgn stamp duty RM 0.15. Pastu tolak GST dalam seringgit lebih. last2 dpt RM 382.94 drp $128.66. Rate 4.194. yg sedih agent charges tu. 🙁
Kad payoneer saya takde. saya ada neteller sahaja tuan.
azani
Nak Tanya.. Contoh sya buka akaun semasa dbs singapura kemudian macam mana nak clearkan cek di akaun Malaysia.. Ape Yg sya tahu, tak semua bank malaysia terima cek bank luar negara kecuali bank2 tertentu
nisa
saya nak tanya .kawan saya datang dari usa,dia datang kesabah nak beli sparts dan engine motor,dia bawa cek sebanyak 200,000 usd,dia masukan ceknya ke bank cimb
bank kata clear cek seama 2 minggu atau lebih,betul ke,sebab dia kata cek tu hantar balik usa kemudian hantar balik ke sabah,betul ke
sham
Tak semua bank tapi hampir semua terima. Setakat ni bank rakyat sahaja yang menolak cek luar negara.
sham
Tipu..
Mohd
Salam nk tnya, contoh saya dpt cek dlm bentuk usd, tpi nma pd cek sy hnyala kamarul mohamad noor tpi nma sbnr sy adlh Mohamad kamarul hisyam bin mohamad noor, agak2 bank terima atau tak? Bank mana yang menawarkan kadar paling rendah untul pertukaran cek asing sekarang? Terima kasih
sham
Ia bergantung kepada budi bicara pihak bank. Sebaiknya guna nama penuh untuk pembayaran takut ia ditolak oleh pihak bank. Yang termurah cimb tetapi hanya boleh masukkan ke cawangan buka akaun bank berkenaan.
Zulhilmi
assalam sham,, sy nk tnye sikit nie? okeyy kalau kite dpt duit cash dari luar negara kn.. ia dlm $600,000 dan nk ditukar ke dlm RM.. mana tmpt pertukaran wang yg diterima?
sham
Fuh banyak tu.. Kena declare duit tu. Duit lebih daripada $10,000 kena declare kat kastam. Kalau nak tukar boleh dalam kuantiti yang kecil la kat money changer. Kalau kuantiti yang besar, kena declare dulu.. Then baru boleh proceed ke bank. Biasanya maybank dia ada money changer dioarang yang boleh dalam kuantiti yang besar.
Biasanya BNM pun nak tahu duit tu dari mana takut ia dari hasil haram dan sebagainya.
Bro
Thu x ..rate/kos – tunaikan cek luar ngra dkat Bsn
sham
tak pasti BSN ada ke tak kemudahan clear cek luar negara ni.
Nurul
Salam nak tanya, kalau cek dari singapore mcm mana pula ye? Fees tetap sama ye?
sham
Sama. Ia dikira sebagai foreign check.
nur
salam…ingin pencerahan.kawan saya ada transfer 40 000 USD ke akaun sy….jumlah yang sangat banyak….dia transfer melalui diplomatic agency,wujud ke agensi tu ? caj yang dikenakan local charge,charge gst…..dan sekarang mereka minta money laundering certificate…jika tiada,mereka buatkan dan cas rm 3800….adakah boleh dipercayai proses-proses tu ?
lagi satu jika saya xnak terima duit transfer tue,nak kembalikan ke pengirim…akan di cas rm 3000 dlm ms 3 minggu dan rm 2000 dlm ms 2 mggu?
siapa ada penjelasan?dan jika tidak benar,pada siapa saya mahu buat aduan ?
sham
Tipu tu cik puan nur. Jangan bayar pape. Ini taktik nigerian scam.
Anis
Salam. Awal bulan 6 saya masukkan 2 keping cek masing2 usd50 hasil global test market survey. Cek dari citibank US. Saya masukkan ke akaun maybank dan baru2 ni saya lihat jumlah foreign bill masuk hanya RM100.28
Saya terfikir takkan banyak sangat caj bank yang dikenakan..sehingga RM300 memandangkan nilai tukaran pada 15 dan 17 Jun iaitu tarikh duit clear di akaun saya adalah USD1 bersamaan RM4. Entahlah..saya mengadu pun sebab terjumpa artikel ini.
sham
Maybank memang cekik skit caj.. guna rhb atau cimb untuk caj lebih rendah.
Asama saad
Asalamualaikum
Sham akk nk tnya kalau duit usd amount dia besar ada masaallah ke?
sham
Besar macamana? Jangan tertipu dengan tetiba orang nak bagi duit berjuta tu. Itu taktik nigerian scammer.
Nur Hamsiah
Assalammualaikum. Tuan sham, sy nk tanya, kalau $ 25,000 dollars di tukar ke MYR berapa jumlah dia ye? Dia guna fax cheque.. Guna bankrakyat. Ada cas apa2 tak? TQ
sham
Tak wujud fax check. Tak diterima pakai oleh bank. Cek mesti ada watermark dan beberapa ciri keselamatan yang lain.
elle
Amboi ramainya yg ditawarkan beribu-ribu USD…. oleh some stranger yang langsung anda tak kenal. tak rasa something fishy ke kat situ. tapi kalau baru first time dapat mesej atau email dari diorg, memang percaya jugak la. saya ada jual barang online di Mudah.my. harga barang saya tu lebih kurang RM 100 la setiap satu jenis. Pada suatu hari ni, saya dapat SMS dari no +44…….. something, no luar negara, yang mengatakan dia orang mix Malaysia dan UK, now staying in UK. dia berminat nak beli SEMUA barang saya sebab semua cantik2 sgt. woww mestila aku sangat gembira kan. Jackpot! pastu pelik pulak sebab dia suruh aku mesej alamat, no akaun dan detail aku kepada seseorang yg guna no hp malaysia. aku pulak bodo…. bagi detail. pastu aku baca balik pasal Nigerian Scammer. sah mmg diorg le ni. antara ciri2 utama, diorg tiba2 berminat nak bagi kita duit yg banyak (saje nak bagi kabur mata), pastu ayat English diorg pelik… contoh I am staying in the UK… ayat diorg… Am staying in UK… sume ayat mule dgn AM.. english diorg bunyi pelik tak mcm standard english. so mujur la aku tak terjebak dgn scammer ni. barang lebur, duit x dapat.
sham
Fuh..nasib baik. Tapi ramai yang tertipu ribu-ribu duit simpanan sampai kering terus pun ada.
Kyinisa
Nak Tanya.. Sy ada seorang rakan ni.. Dia cakap dia dah transfer duit bjumlah 100GBP… adakah ini satu penipuan ke macam mna?sbb dr document dia email saya.. Dsitu ttulis.. At 11 October 2016. 515myr estimated to …….. Account. Mcm mna ye?
sham
Ya. Penipuan. Jangan layan atau bayar jika diminta. sayangi duit anda.
V'ne
Ingin pencerahan…sy ada seorang rakan. Rakan sy ni ckp dia ada sorg kawan dr UK, kawan dia dr UK ni ada kirim cek USD 150,000 kepadanya utk beli rumah. Dia kirim melalui Etiqa Bank. Tapi sbelum cek tu di transfer ke akaun rakan sy tu,dia diminta membayar Rm2500. Lepas buat bayaran,dlm 30minit wang itu akan masuk ke akaun dia. Betulka?
sham
Itu tipu. Takde ETIQA BANK.. ETIQA TAKAFUL ada.. Jangan bayar. Kalau nak beli rumah, kena datang sendiri sini. Bukan passing bodoh macam tu.
Abdul Latif bin Abdullah
Assalam….Ada seseorang kawan yang ingin membeli barangan dari saya kemudian dia offer lah nak bagi cek dalam jumlah $200 ribu usd untuk saya menjadi wakilnya diMalaysia untuk mencari dan membeli barang2 tertentu disini.Selama ini saya puas berhadapan dengan scammer2 diluar negara dan saya tak pernah pun membayar pada mereka.Saya tukar modus operandi saya dari bank to bank ke cheque.Bila saya mengenakan syarat hanya urusan cek sahaja ramai scammer2 menarik diri.aMacam menjadi jer taktik saya ni.Tapi ada seseorang sanggup menggunakan bayaran melalu cheque dgn bayaran $200000 usd.wow mcm best jer bila membaca tapi saya tetap mcm x percaya jer.Apakah boleh sseorg itu memberi wang melalui cheque seperti itu?Apakah prosedur2 tertentu jika cheque 2 iti sampai kepada saya.Dan apakah perlu saya membayar wang tebusan untuk menebus cheque itu.Minta admin terangkan.tkasih kerana membuka blog seperti ini.
sham
Ia taktik scammer. Untuk bayaran luar negara dalam jumlah yang besar melebihi RM10,000 perlu mendapat kebenaran BNM untuk mengelakkan transaksi money laundring. Pada tahun 2008, saya ada menerima aduan tentang scammer yang memberikan check USD100 juta. Tapi gambar jela dan dari bank di Nigeria. Perlu diingat, hanya bank di US sahaja yang mengeluarkan cek dalam notasi USD. Bank negara lain akan mengikut matawang negara mereka.
Julia Adlynna
As salam .terima kasih sudi baca…nak tanya ada sorang rakan kerja kt malaysia dia dri uk dia ckpla,then dia nk clearkn cek dia kat kl tp dia kta dia dikenakn gst untuk cek dia tu..sebab dia foreigner,soalan sya tak blh ke bnk deduct tu fee dri cek dia?dan skg dia kena byr rm3780 cas gst untuk cek dia yg jumlh 850usd tu.Betul ke ada bnda cmtu?dan tarikh cek dia tu 24 julai 2017…dia cakap takda tempoh tarikh luput..skrg dia nk pnjm sya duit bg byr cas gst dia…tp sya mang xdalaa duit mcmtu byk nk tlg dia.
Sya bg jee brpa sya dpt tlg dlm rm850 ..skg dia ktaa dah ckup daa hari rbu mngu lepas dia da ckup dhaa duit bg byr cas cek dia tu…then skg tgu clear je dia kta…Mohon penjelasan…
Cek tu dia siap htr lg kt sni gmbr cek dia tu…nak thu adakah dia scammer atau cmna?terima kasih.
sham
Tempoh sah cek adalah 3 bulan. Ada bank 1 tahun. Julia Adlynna, anda telah tertipu. Jangan bayar lagi. GST dipotong daripada jumlah cek apabila clearing cek dari luar negara.
iza
Salam..perlu ke kita byar utk safety deposit? Xboleh ke tolak dari cek?…
sham
tak perlu deposit. Bank potong fees daripada jumlah yang kita terima tu.
anis
Kalau sekarang ni nak clearkan check memang lambat ye?
Norsyakilla
Salam abg sham sy dari johor bahru nk bertanya kalau cek dalam amaun singapore dollar nak tukar kpada ringgit tapi owner pd nama cek dollar sudah meninggal boleh ke saya mmbuat penukaran ke akaun yg simati ni ade?
Cek under public bank,,akaun simati under BSN..
Macam mana saya nak cashkan cek tu kerana owner pada cek dh meninggal.. Akaun simati yg aktif cuma BSN GIRO..
sham
Boleh rasanya selagi akaun masih aktif.
sham
Biasanya 2 minggu tu biasa. Tak pastilah sekarang sebab dah jarang terima cek luar negara. Guna wired transfer je sekarang ni.
Nurafidah Hanum
Baru terima cek luar negara utk google adsense pertama kali. Memang Maybank caj agak tinggi cukai perkhidmatan. Jika terpaksa kena buka akaun bank lain sbb terasa rugi sgt. Kita kumpul USD100 pun beetahun ? lamanya
Fud_Tujuh
Memang merepek meraban la dapat ratus ribu USD, lain la anda berada di dunia perniagaan global.
Memang wajar Kementerian Pelajaran Malaysia masukkan silibus cerdik IT di sekolah menengah, agar bangsa kita tak tertipu dengan scammer2 licik.
So anak-anak boleh juga ajar makbapak langkah berhati2 dalam dunia digital ni.
Sekian, scrut for truth.
Semah Binti Ibrahim
Kalau cheque Bernilai usd15000 berapa agak2 maybank akan charge ye… mohon pencerahan
sham
Siapa yang bagi cek tu? Takut scammer je.. 🙂
Semah Binti Ibrahim
Abang angkat yang bertugas di London, memang dah biasa vedeo call apa semua.Dia nak tolong bagi untuk rawatan ketumbuhan yang saya sedang alami.Dan dia juga ada menghantar gambar check yang dia kirimkan pada saya dengan menggunakan akaun Maybank berjumlah USD 15000. Dan berapa agaknya Maybank kenakan charge untuk exchange payment
sham
Biasanya maksimum rm100 per cek. USD15000 x 4.1 = rm61,500. Jadi akan dapat dalam RM61,400 mcm tu. Angaran je sebab Forex setiap hari tak sama.
Tapi saya pelik, dia kat UK. Kenapa cek dia USD bukan Pound.
Kalau tetiba suruh bayar nak clear cek tu, itu scammer. Tak kira la abang angkat ke apa. Sekarang macam-mcam cara scammer nak menipu dan ambik kesempatan.
Semah Binti Ibrahim
Boleh tak saya private WhatsApp awak untuk memastikan check tu palsu atau betul
Zull
Tahun 2024.. boleh ke tukar cek asing di RHB Bank…
sham
boleh
Katimi Bin Azmi
Assalam tuan Sham..saya ada cek baru sampai ke rumah saya berjumlah $183.30.. saya ingat nak cash kan cek saya tu di CIMB berhampiran rumah saya sahaja..memandangkan CIMB bank hanya terima cek dibranch sahaja..sedangkan dibranch tempat saya buka acc bank CIMB dulu alamatnya di kampung telah lama ditutup..agak2 tuan CIMB dekat rumah saya ni mereka terima atau tak cek saya tu?? Mohon penjelasan dari pihak tuan..Terima Kaseh..
sham
Boleh tanya dulu pegawai bank tu. Kot2 polisi dah berubah.
Ani
Salam cik sham saya nk tanya bank rakyat untuk tahun 2024 ni tidak terima cek dari Singapore ke?macam saya hanya ada akuan bank rakyat sahaja. saya dapat tahu mereka tak terima cek foreigner.boleh cik cadangkan pada saya Masih ada tak cara lain unk saya clear kan cek ini.sebab saya suri rumah nk bukan akuan bank lain tk blh dh zaman skrg.tolong cik sham
sham
Biasanya bank terima foreign cek. Maybe staff tu yang tak tahu kot. Try tanya cawangan lain. Tak pun call customer service HQ bank rakyat.Untuk foreign check, kena by counter. Jangan masuk kat mesin cek deposit plak. Banyak ke cek tu? Daripada mana?