Haloo apa habaq semua? Ini post terbaru berkenaan scam ni. Sebab ramai gila orang PM aku kat FB dan komen kat blog ni berkenaan benda ni. Jadi aku kena ulang balik la taktik diorang ni. Ramai yang terkena. Malah cikgu yang ada kena. Sebabnya mudah, scammer ni adalah kerjaya profesional yang terlatih dalam manipulasi perasaan.
Mostly diorang didalangi oleh sendikit penipuan antarabangsa. Dulu orang cakap Nigerian Scammer. Ya. Separuh KDNK Nigeria hasil daripada scammer online ni semua. Jadi saya akan cuba huraikan satu per satu taktik penipuan mereka ini.
Pengunaan Media Sosial dan Emel
Sekarang ni ada teknologi dimana diorang boleh add friend dan kumpul data seperti email daripada media sosial. Memang diorang cakap platform mereka tu selamat. Realiti sebenar, ianya tidak. Ia masih boleh dimanipulasi. Di Malaysia ni, mostly mangsa daripada Facebook.
Sebabnya penguna FB adalah golongan berumur 25 tahun ke atas. Budak bawah umur tu mostly kat platform lain. Umur 25 keatas ini mereka cenderung untuk mencari pasangan. Ada mencari cinta nak kahwin dan sebagainya. Ada juga mereka kesunyian, janda,duda dan mereka yang ada masalah rumah tangga. Nak cari pasangan lain.
sumber :jabatan penerangan malaysia.
Mereka akan request add sebagai Friend. Kadang kadang terusnya PM/DM cakap nak berkenaan. Untuk mendapatkan keserasian, diorang akan cakap parent mereka berasal daripada Malaysia tapi bekerja di luar negara. Ada yang claim keje doktor, engineer dan sebagainya yang bergaji mahal dan tinggi. Bagi mereka yang kesunyian ni, pasti teruja sebab ada orang lawa dan hensem nak jadi kawan.
Yang dah berkahwin pun kena juga. Dah gatal melayan…hahaha
Kalau lelaki, diorang akan guna profile wanita. Jika bakal mangsa wanita, diorang akan guna gambar lelaki yang hensem. Ini semua adalah fake profile. Seterusnya jika kita melayan, diorang akan minta nak nombor Whatsapp pula. Kat FB, susah nak personal.
Selepas mengayat sikit, diorang akan cakap diorang nak bagi hadiah. Eh..tibe kan? Baru kenal sehari dua dah nak bagi hadiah! Lelaki kat Malaysia ni pun tak pernah nak bagi hadiah lepas berkenalan. Lepas je cakap nak bagi hadiah, keesokannya terus dapat Whatsapp kononnya daripada syarikat kurier yang nak hantar barang.
Cepat gila. Nak pos barang dalam Malaysia pun makan masa dekat seminggu. Paling cepat 2 hari, diorang ni sampai sehari je dari luar negara. Orang yang waras, diorang akan fikir benda ni. Tetapi bila dah jatuh cinta dengan profile fake dioarang tu. Terus tak fikir dah.
Bila kononnya syarikat kurier tu contact, diorang akan cakap. Barang tu berharga USD15000. Kena bayar RM5000 kalau nak tuntut hadiah tu. Tak rasa pelik ke? Orang bagi hadiah, kena bayar plak tu! Baik beli terus bagi hadiah kat diri sendiri.hahaha
Saya ada share tentang kronologi kat part kurier ni sebelum ni.
Apa akan jadi jika dah bayar kat kononnya Syarikat Kurier?
Apa yang pelik kat sini. Kata dia syarikat kurier, akaun bank yang diberikan adalah akaun personal, bukan akaun syarikat. Ini akaun keldai akaun yang disewa oleh sendikit ini. Diorang sewa beribu ringgit sebulan dengan syarat diorang ada akses termasuk kad bank. Jika syarikat kurier, semua urusan mesti ke dalam akaun syarikat.
Ada juga yang mengunakan nama Kastam. Dimana kononnya parcel telah ditahan oleh kastam dan perlu bayar Cukai kerana barang dalam tu terlalu MAHAL. Tetapi diorang suruh bayar ke dalam akaun peribadi juga. Sama kes macam syarikat kurier tu.
Kawan Online Bagi Bagi Hadiah Kot, Takkan Kena Bayar Pulak?
Sebab boleh dik. Kawan tu scammer. Memang la diorang nak duit korang. Itu je matlamat diorang. Mereka akan gunakan nombor akaun bank sewaan mereka untuk dapatkan duit. Jika polis cuba mengesan, yang kena adalah pemilik akaun bank tulah.
Diorang akan cabut lari. Diorang takkan tinggal duit dalam akaun bank tu. Sebab tu, semua kes tak dapat balik duit sebab duit dah pun dipindahkan ke akaun lain. Kad ada kat tangan scammer, dapat duit terus keluar duit. Bila keluar dalam bentuk tunai, terus hilang jejak.
Sumber: PDRM,BERNAMA
Jadi diorang takkan tinggal jejak. Sebab itu, agak sukar untuk polis mengesan transaksi selepas diorang keluarkan duit tunai dari bank. Jika transfer ke akaun lain, ia boleh dikesan. Jika dalam bentuk tunai, memang susah dan hampir mustahil nak dapat balik.
Jangan Terlalu Teruja bila Kawan Online Anda Bagi Hadiah Mahal
Orang tak sebaik dan semudah itu nak bagi hadiah kat orang baru kenal. Itu realiti. Kalau tetiba nak bagi hadiah, pasti ada udang di sebalik mee. Ini taktik scammer dah bertahun. Tapi tetap ramai yang masih tertipu. Sebabnya mudah terlalu percaya kat orang lain. Ada kes pesara hilang berjuta ringgit simpanan pencen sebab terkena dengan love scam ni.
Bila dah percaya sangat, otak jadi bingai. Anak menegur pun tak percaya. Bila dah terlajak jauh, menyesal pun tak berguna.
Jadi benda online ni, perlu selidik dulu. Ala pakcik Google kan ada. Google je. Pasti dapat maklumat. Pastikan sentiasa berfikir dengan waras. Scammer memang suka sangat dengan duit anda.
Jangan percaya sangat kalau ada kawan online bagi hadiah. Siasat dulu. Kalau terkena, yuran kebodohan tu sangat besar.
Semoga bermanfaat.
Nurrul
Assalamualaikum tuan, saya dari brunei. Saya nak tanya jika kita ada kawan yang berkerja di luar negara tapi kawan kita tu nak beri hadiah juga, jadi saya pernah kena call dari mslaysia courier dia beritahu kepada saya barang saya dah sampai di malaysia jadi saya disuruh bayar yang agak tinggi nilai nya..tapi saya nak tahu perlu ke saya kena bayar barang saya dari us ke malaysia ke brunei?