Anda Wajib Tahu Sebelum Membangunkan Kedai Online Amazon


Amazon.com dan Amazon.co.uk merupakan antara tempat permainan eksperimen saya dalam dunia internet Marketing. Komisen di sana adalah diantara 4% sehingga 15% dan komisen ini bergantung kepada prestasi dan juga jenis produk di sana.

rate_komisen_amazon

Lebih banyak jualan yang anda buat, lebih banyak peratus komisen yang anda terima. Bermula daripada 4% daripada harga produk yang dijual di Amazon. Contohnya produk berharga USD10, anda akan terima 0.40sen komisen jika jualan keseluruhan anda kurang daripada 7.

komisen_kadar_tetap_amazon

Selain daripada peratus komisen mengikut jualan, terdapat juga produk yang mempunyak kadar komisen yang tetap tidak kira berapa jualan yang anda buat.

Buat Duit Dengan Amazon Dari Malaysia?

Amazon adalah gergasi e-commerce dunia. Transaksi di Amazon sahaja setahun mencecah trillion dollar setahun.Apa yang unik tentang Amazon Associates atau Affiliate Amazon ini, link tracking affiliate produk berlainan boleh digunakan untuk pembelian produk lain. Contohnya anda jual smartphone menerusi amazon, anda diberikan link affiliate untuk telefon berkenaan.

Pelawat pun klik berkenaan dan lihat tawaran berkenaan. Tetapi beliau tidak membuat pembelian telefon itu sebaliknya membeli telefon lain. Anda tetap dapat komisen walaupun pelawat beli produk lain menerusi link affiliate produk lain.

Tracking Sah Hanya Untuk 24 Jam Sahaja!

Ini part tak best tentang hayat tracking atau cookies Amazon, ia hayat bertahan untuk 24 jam sahaja. Jika pelawat tidak membuat sebarang pembelian dalam masa 24 jam, cookies atau tracking berkenaan akan expired. Contohnya Pelawat A datang menerusi link affiliate anda, dalam masa 24 jam beliau hanya survey harga sahaja. Keesokannya, barulah buat pembelian. Anda tidak akan dapat komisen daripadanya.

Menjadi Seller Di Amazon?

Selain itu menjadi affiliate, anda juga boleh menjadi Seller di Amazon. Namun, prosesnya cukup rumit dan anda perlu ada alamat US dan juga akaun bank US. Saya tak mampu nak buat lagi sebab ia memerlukan modal untuk produk. Amazon mengalakkan produk yang dijual berada atau dihasilkan di US. Amazon juga ada menyediakan program Fullfilment By Amazon atau FBA.

Dalam program ini, seller perlu hantar stok barang ke gudang Amazon dan semuanya diuruskan oleh Amazon seperti packaging dan juga penghantaran. Seller hanya perlu pastikan stok sentiasa ada di gudang Amazon setiap masa. Amazon akan kenakan caj untuk setiap produk ini selain ada caj sewa gudang mereka bagi setiap barang.

Saya tahu caranya tapi tidak membuatnya sebab rakyat Malaysia baru sahaja dibenarkan untuk menjadi Seller di Amazon. Malah duit daripada Amazon boleh ditransfer secara terus ke akaun di Malaysia.

Jual Ebook Di Amazon?

Ini adalah antara apa yang saya buat. Di Amazon, mereka mempunyai satu platform buat penulis menjual karya mereka. Malah ada yang sudah menjadi jutawan dengan menjual ebook di Amazon. Ia dinamakan Kindle Direct Publishing atau KDP. Selain daripada menjual, Amazon juga ada program pinjam ebook dan mereka bayar kepada penulis sebagai ganti dan juga tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Format ebook di Kindle dalam format epub. Jangan tanya saya apa benda tu. Anda boleh cari sendiri. Anda boleh ke laman web http://kdp.amazon.com/

Anda juga jual ebook berkenaan dalam bentuk buku bercetak! Sebab tak semua orang suka baca ebook, ada orang yang suka baca buku fizikal kerana lebih feel..hehehe

kindle

Pembayaran royalti dari Amazon tiada had tertentu. Jika ada royalti 30sen pun, ia tetap dibayar. Saya guna akaun bank US. Jadi ia transfer je ke akaun saya dan saya boleh withdraw ke akaun di Malaysia. Cukai bagi royalti di US adalah sebanyak 30%. Jadi bersiap sedialah untuk dipotong daripada royalti anda.

Jual Baju Di Amazon?

Ini mungkin inspirasi daripada Tee Spring iaitu affiliate jual baju rekaan mereka sendiri. Dan amazon baru saja melancarkan program yang sama di Amazon. Ia dinamakan sebagai Merch by Amazon. Jika anda terer buat design, masukkan design baju anda Merch dan jual di Amazon.

Ia percuma. Anda akan dapat royalti jika baju rekaan anda berjaya dijual di Amazon. Saya ada buat satu T Shirt kat sana. Design simple je..

>http://www.amazon.com/gp/product/B016QEIIMU

Boleh buat duit dengan baju amazon ni sebenarnya. Musim pilihan raya umum pemilihan Presiden akan berlangsung tahun hadapan. T shirt sokongan calon presiden adalah satu cara yang mudah untuk menjual. Salah seorang calon Presiden US adalah Donald Trump yang saya tak suka dengan sikapnya yang anti Islam.

Bagaimana Nak Buat Kedai Amazon atau Amazon Store?

Nak dapatkan jualan, ia bukan sekadar buat kedai online Amazon. Yang penting adalah promosi yang gila gila sebab cookies atau tracking bertahan hanya 24 jam. Tidak seperti affiliate lain cookies bertahan lama. Anda hanya ada 24 jam untuk buatkan mereka membeli daripada kedai anda.

Sekarang ada IM Malaysia membangunkan kedai niche Amazon ini iaitu Gobala Krishnan. Ia dinamakan Nichify. Saya ada mencuba sistem yang dibangunkan ini. Ianya bagus dan mudah untuk digunakan untuk newbie.

Cuma saya tak pasti adakah ia boleh menjual? Adakah ia sudah tested jualan dan sudah mendapat jualan daripada amazon?

Lagi satu kelemahan, ia hanya masukkan 50 product sahaja.Ini sebab ia dihost oleh server nichify kot. Dengan limit produk yang boleh dimasukkan, ia mengurangkan beban server.

Mungkin beliau boleh pertimbangkan cadangan saya ini.

  1. Cara mengatasi tempoh hayat cookies 24 jam Amazon
  2. Option untuk user menambah sendiri produk berdasarkan ASIN sebab apabila saya test drive sistem berkenaan, ada kalanya ia tidak releven jika berdasarkan keyword. Ia mungkin seller dalam amazon cuba target keyword famous.

Walau apa pun, ia satu usaha yang baik daripada Gobala.

Cara kedua ialah mengunakan Plugin WordPress. Ada banyak juga tapi saya gemar Fresh Store Builder dan juga Convert Store Builder. Selain tu ada banyak lagi plugin untuk buat Store Amazon ini. Tapi apa yang dinyatakan diatas adalah yang proven boleh menghasilkan jualan.

csb11

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • news
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 5

  1. sensasi2020 October 23, 2015
  2. Syami October 27, 2015
  3. Tuah November 2, 2015
  4. sham November 4, 2015
  5. Imadi November 6, 2015

Leave a Reply

error: Content is protected !!