Review Video Panduan Upgrade Blog WordPress

Semalam Smartzul telah meminta saya mereview produk terbaru beliau iaitu Video Panduan Upgrade Blog WordPress. Secara keseluruhannya sangat bagus dan detail bagi membantu mereka yang sudah mempunyai blog wordpress. Tak tahu apa itu blog wordpress? Sila dapatkan Panduan Blogger Kit terlebih dahulu.

Video panduan ini mempunyai 12 video yang menunjukkan cara untuk menaiktarafkan versi blog wordpress. Seperti yang sedia maklum, wordpress.org agak aktif menghasilkan versi versi terbaru.Versi terbaru ketika review ini ditulis adalah versi 2.3.3 dan versi 2.5 telah mula diperkenalkan.

Namun beberapa kelemahan yang perlu Zul buat bagi memperbaiki video tutorial tersebut adalah dari segi sebutan seperti wordpress,cache dan beberapa ayat lain yang perlu diperbetulkan. Apa yang saya lihat dan dengar Zul cenderung untuk menyebut perkataan bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Pelik skit bunyinya. Macam bahasa baku..:p

Antara yang perlu diperbaiki ialah pengunaan intonasi. Ini yang saya belajar semasa Program NizalTalk baru baru ini. Intonasi boleh mempengaruhi kefahaman dan penerimaan maklumat oleh seseorang. Pengunaan intonasi yang salah boleh menyebabkan orang salah faham. Saya cukup respek bagaimana IM terkenal membuat video mereka. Intonasi dan suara yang cukup jelas.

Secara keseluruhan video ini saya rasa dapat membantu ramai orang dalam menaiktaraf blog WordPress mereka termasuk saya. Saya sebenarnya lebih gemar mengunakan fantastico berbanding upgrade secara manual sebagaimana yang Zul tunjukkan dalam video tersebut. Tetapi jika anda install WordPress secara manual, anda kena upgrade secara manual. Itulah peraturannya. Anda tak boleh guna Fantastico untuk upgrade blog yang diinstall secara manual.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Zul kerana telah berjaya mencipta satu lagi produk yang akan membantu ramai orang terutamanya Blogger dari Malaysia atau mereka yang faham bahasa Malaysia la. Mat salleh tak faham sebab penerangannya dalam Bahasa Malaysia.

Zul juga akan memberikan lesen jual semula kepada mereka yang berminat. Tapi saranan saya, mereka yang telah membeli lesen jual semula Blogger Kit diwajibkan membeli Video ini. Ini adalah kerana anda boleh membuat upsell kepada pelanggan sedia ada anda. Jadi ia akan menjadi kombinasi yang bagus untuk mengembangkan perniagaan reseller berkenaan.

Anda boleh mendapatkannyan di  http://bloggingsteps.com/up/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. mazlanz March 19, 2008
  2. smartzul March 19, 2008
  3. titan March 19, 2008
  4. nuwa March 20, 2008

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.