Bagi mereka yang masih belum perasan terdapat fungsi baru dalam wordpress 2.9 keatas. Saya pun baru perasan selepas install blog baru. Memang pelik kenapa susah nak tersenarai di enjin carian. Rupanya terdapat satu setting baru terselit pada wordpress baru.
Ia adalah privacy setting.
Apa yang perlu anda pastikan ialah memilih ” I would like my blog to be visible to everyone, including search engines (like Google, Bing, Technorati) and archieves. Jika anda tidak memilih setting berkenaan, blog anda tidak akan tersenarai di enjin carian.
Jika anda baru install blog baru. Sila cek setting tersebut dan pilih setting yang betul. Jika tidak, sia sia sahaja usaha anda mengemaskini blog kerana blog tersebut tidak akan tersenarai di enjin carian. Ia adalah antara setting SEO atau Search Engine Optization asas untuk wordpress.
Jika anda nak berjinak jinak dengan dunia blogging dengan mengunakan platform wordpress. Pastikan setting blog anda betul. Itu je perkongsian kali ini tentang blogging. Harap anda mendapat manfaat.

Raihana
kat mana nak klik privacy setting tu? tak jumpa..:(