WordPress + Easy Azon Plugin + Amazon = Duit


Bagi mereka yang teringin untuk buat duit menerusi Amazon, antara plugin paling mudah ialah mengunakan plugin premium seperti Easy Azon. Plugin ini adalah antara tools berbayar yang digunakan oleh kebanyakan blogger menjalan pendapatan menerusi Amazon Affiliate.

Perkara yang perlu anda miliki ialah blog wordpress berbayar (bukan wordpress.com), akaun amazon associates dan plugin ini.

Easy Azon Plugins

Easy Azon Plugins

Harga plugin ini adalah USD47 atau kira kira RM141. Bagi seorang blogger, kepelbagaian sumber pendapatan sangat penting. Selain daripada Google Adsense, kita juga boleh menambah pendapatan menerusi program affiliate seperti Clickbank  dan juga Amazon Affiliate.

Percuma takde ke? Ada. Anda boleh gunakan Amazon Press.

http://wordpress.org/extend/plugins/amazon-press/

Namun, ia tidak sehebat kesan daripada plugin premium seperti Easy Azon.

Ramai yang beranggapan Amazon memberikan komisen yang rendah iaitu hanya 4%-6% daripada harga jualan di Amazon. Namun, ramai yang tidak tahun ia sangat convert berbanding produk lain. Mungkin orang mempercayaai Amazon sebagai kedai online terbesar di dunia. Orang mempercayai jenama Amazon.

Apa yang perlu dilakukan ialah menghasilkan niche blog berkenaan sesuai produk. Yang paling mudah anda boleh mencari produk yang best seller. Niche kegemaran saya ialah baby. Sebabnya ibu bapa sering ingikan yang terbaik untuk anak anak mereka. Mereka akan membeli apa sahaja barangan untuk anak-anak mereka.

Inilah budaya masyarakat barat. Mereka membeli secara online. Dengan jenama Amazon, ia lebih mudah untuk bertukar menjadi pembeli setelah membaca review produk atau artikel berkenaan sesuatu produk. Selain daripada itu, kita boleh selitkan juga iklan Google Adsense pada  blog berkenaan.

Jadi selain daripada komisen Amazon, anda boleh mendapat income tambahan daripada Google Adsense. Daripada pengalaman saya, biasanya ibu bapa ini tidak akan membeli hanya satu barang. Tetapi 2,3 barang apabila mereka melayari laman amazon setelah “terpengaruh” dengan review di blog.

Jika anda ada blog wordpress, boleh gunakan plugin Easy Azon ini. Kalau nak gunakan plugin percuma Amazon Press pun boleh. Namun, kesannya sangat berbeza diantara plugin percuma dan berbayar. Cara mengunakan plugin berbayar ini juga mudah.

Pendapatan saya di internet adalah menerusi iklan, Google Adsense, Text Link Ads, Affiliate dan juga Amazon. Amazon Associate ini menawarkan komisen 4%. Apabila anda berjaya menghasilkan sejumlah jualan tertentu, ia akan dinaikkan kepada 6%. Ada juga produk yang menawarkan komisen sehingga 10% iaitu produk berbentuk MP3 dan digital yang lain.

Anda boleh tengok Video Penggunaan Easy AZon ini dulu.

Bagi yang belum mampu, boleh download dan gunakan plugin percuma Amazon Press. Ia boleh dijadikan satu ujian sebelum anda mengunakan plugin berbayar. Terus terang, kesannya memang sangat berbeza dan bentuk iklan amazon pada blog juga seolah olah sebahagian daripada kandungan blog anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. ayu October 30, 2011
  2. sham October 31, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.