Produk Hangat Yang Pasti Terjual Untuk Mereka Baru Meniaga Di Internet

Masih tercari-cari produk untuk di jual di internet?

Oklah. Ini adalah daripada pemerhatian saya sebab berlaku peningkatan ketara iklan dan juga sponsored newfeed di Facebook. Anda sendiri mungkin perasan tentang hal ini. Tapi bagi yang tak perasan, saya kongsikan sedikit hasil pemerhatian dan juga kajian. Ia sebenarnya asas dalam keperluan manusia.

Jika produk yang dihasilkan atau dijual, pasti akan tergolong dalam kategori atau niche ini.

1. Seks

2. Tamak/Kaya

3. Cemburu/Iri hati

4.Kesihatan

5. Malas/Nak Senang

6. Bangga Diri/Cantik/Hebat

7. Motivasi/Perhubungan antara manusia

Kesemua 7 kategori ini adalah asas dalam pembangunan produk yang paling diinginkan oleh manusia. Ia adalah Nafsu manusia. Produk yang tergolong dalam kesemua kategori berkenaan sangat mudah dijual di internet. Paling laris ialah kategori nombor 1. Orang putih cakap.. Sex Sell!

Baiklah saya detailkan bagi setiap kategori ini agar memudahkan pemahaman anda. Ia tak susah nak faham sebab ia memang nafsu yang ada dalam semua manusia kecuali orang gila. Orang gila je tidak termasuk dalam kategori ni.

Seks

Dalam masyarakat orang dulu-dulu, ia kurang dibincangkan. Hal dalam bilik tidur jarang dibincangkan oleh generasi dulu. Sekarang ia semakin terbuka. Orang kini tanpa segan silu membincangkan bagaimana untuk mem”pink”kan nimple dan faraj yang gelap. Orang membincangkan dengan terbuka bagaimana untuk mengetatkan faraj seperti anak dara.

Malah kini ada banyak produk dihasilkan yang dikatakan boleh membantu hal ini. Jika dulu produk seksual banyak tertumpu kepada pasaran lelaki iaitu ubat kuat, tahan lama, besarkan tutt dan sebagainya. Kini pasaran wanita pula terbuka dan diterima.

Produk sebegini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan di internet. Antara faktornya, privacy. Yelakan. Malu nak beli produk sebegini di kedai. Kalau bising-bising, jatuhla saham kalau orang tahu masalah bilik tidur sebegini. Beli di internet, orang tak tahu masalah kita. Posmen yang hantar pun tak tahu kandungan yang dia hantar kepada kita.

Ini adalah contoh yang saya jumpa di newsfeed Facebook saya mereka yang menjual Jus Dara Manja.

dara manja

 

Disclaimer: Saya tiada kena mengena dengan produk ini. Ia adalah contoh yang terbit di facebook saya. Jika berminat untuk beli samada untuk diri atau isteri. Silakan 🙂

Tamak/Kaya

Ini rasanya dah banyak kat internet ini. Berlambak dengan pelbagai helah. Perlu diingat, duit bukan segalanya. Jangan terjebak dalam sistem yang haram dalam islam. Maka hilangkan keberkatan daripada rezeki yang anda perolehi. Ada banyak sistem dan kaedah yang digunakan untuk menarik ahli baru mereka.

Sistem yang digunakan pula ada yang berbentuk MLM atau Multi Level Marketing, Randomizor,Binary System dan banyak lagi. Jangan terjebak dalam program yang mensasarkan head hunting iaitu mendapatkan ahli kemudian dapat duit. Ianya haram dalam Islam. Contohnya saya sudah bincangkan dalam blog ini sebelum ini iaitu infity downline. Ianya disahkan haram oleh pakar kewangan Islam iaitu Dr.Zaharudin Abdul Rahman (UZAR). Boleh search kat atas sana untuk mencari artikel berkenaan.

Antara lain ialah berbentuk pelaburan seperi pelaburan emas. Contohnya VGMC. Dulu ramai ahlinya menghentam saya disebabkan artikel saya berkenaan skim mereka ini. Akhirnya kini terkubur. Semua yang masuk last, menyesal tak sudah. Yang masuk awal, ketawa tergolek golek sebab duit dah banyak dapat hasil penyertaan orang baru. Mereka pula masuk skim baru dan promote skim tersebut untuk cari mangsa baru.

Cemburu/Iri hati

Orang lain hidup senang, kita pula hidup susah. Ada yang begitu cemburu dengan orang lain. Mereka nak jadi lebih baik daripada orang lain. Orang lain berkulit putih, kita pun nak berkulit putih. Orang lain gigi putih, kita pun nak gigi putih. Konsep ini yang membuatkan ramai yang cuba mengubah ciptaan Allah dengan melakukan pembedahan plastik dan sebagainya.

Kesihatan

Agak banyak produk dihasilkan berteraskan kesihatan. Ebook, produk, ubat dan banyak lagi.  Contohnya bagaimana untuk mendapatkan zuriat, masalah kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Di akhbar dan majalah  Malaysia  ada banyak iklan sebegini.

Malah sesetengah produk tergolong dalam beberapa ketegori. Kadang ia boleh termasuk dalam kategori cemburu juga disebabkan pengaruh iklan yang dibuat oleh pengeluar dan pemasar produk berkenaan.

Malas/Nak Senang

Ia lebih kurang dengan kategori tamak. Malah ditambah dengan satu satu lagi iaitu malas. Nak kaya tetapi dengan cara mudah dan cepat.  Sebab itulah skim cepat kaya senang bertapak di Malaysia. Ramai yang nak duduk diam dapat duit. Duit cara malas. Sedangkan ilmu takde dan tiada inisitif untuk menambah ilmu.

Mereka berharap orang lain buat kerja untuk diri sendiri. Jika nak kaya dan berkaya, anda perlulah berusaha. Bukannya dengan bermalas malasan dan berharap orang bagi duit untuk anda.

Bangga Diri

Produk berkonsepkan bangga diri juga banyak. Contohnya produk kecantikan yang ada sekarang ini. Rambut cantik, bentuk badan cantik dan sebagainya. Ramai yang hanyut sehingga membuat dosa. Ada rambut cantik, tidak memakai tudung. Bentuk badan dah cantik, pakai pakaian ketat menampakkan susuk tubuh.

Motivasi

Ini kategori yang bagus. Ia memotivasikan orang lain untuk berubah kepada lebih baik. Contohnya seminar-seminar, kursus dan program pemantapan diri. Contohnya ialah seminar-seminar Dr. Azizan Osman yang banyak mengubah minda peserta mereka. Anda banyak lagi seminar lain. Dalam perniagaan internet pun ada, terbaru ialah Konvensyen Pakar Bisnes Internet . Ia akan menampilkan beberapa orang pakar yang berkongsi strategi perniagaan mereka.

Semoga artikel ini boleh membantu anda mencari idea untuk bisnes anda.Berikut adalah Produk Hangat Yang Pasti Terjual Untuk Mereka Baru Meniaga Di Internet , semoga bermanfaat. Jika ingin memulakan bisnes, ikut sahaja trend semasa. Ia lebih mudah dijual. Jangan melawan trend dengan mencipta trend baru. Anda pasti akan rebah sebelum ia berjaya.

Cara paling mudah, tengok pada majalah dan iklan. Jadi agen pengedar produk yang diiiklankan. Ada juga yang menawarkan kaedah dropshiping iaitu kita jualkan sahaja tanpa perlu menyimpan stok. Dropshipper akan hantarkan produk bagi pihak kita.

Contoh ialah

–> https://www.facebook.com/groups/norisyambeautymarketing/ – Dropshipper bagi sabun vitamin A,C E yang laris dipasaran. Ia percuma untuk disertai. Mereka juga dropship produk pemutih gigi, whitelight. Boleh join kalau nak  cuba meniaga. Kalau ada orang order daripada kita, barulah kita bayar kat Norisyam Beuty. Mereka yang akan uruskan penghantaran bagi pihak kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • perniagaan online paling laris
  • bisnes online paling laris
  • barang niaga paling laris
  • niaga online paling laris
  • bisnes paling laris
  • jualan online paling laris
  • perniagaan paling laris
  • barang paling laris di mudah my
  • produk yang laris di pasaran
  • barang yang laku dijual online
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.