Hati Hati Laman Web Phising Maybank2u

Ok.Ini adalah email phising terbaru yang berjaya dikesan. Kali ini mereka gunakan email berwarna kuning yang nampak seolah olah daripada Maybank. Ia sebenarnya tidak.Maybank tidak akan email kepada anda untuk kemaskini akaun apatah lagi meminta anda berikan nombor TAC.

Anda boleh lihat email ini di bawah:

Maybank Phising Email

Maybank Phising Email

Ia lebih kurang sama dengan yang sebelum ini. Cuma url untuk menghantar TAC telah berubah ke laman web yang lain. Saya telah klik link tersebut dan dibawa ke laman ini.

Maybank2u Phising Website

Maybank2u Phising Website

Ia seolah olah laman login Maybank2u. Tetapi terdapat 3 perkara  yang diminta iaitu Username,Password dan juga TAC. Jika pada laman login Maybank hanya terdapat 2 perkara yang diperlukan iaitu username dan password.Ia merupakan kaedah licik untuk mencuri duit dari maybank anda. Jangan buat apa apa. Hanya delete sahaja email berkenaan.

Saya tak galakkan anda klik link yang disediakan menerusi email phising seperti yang saya lakukan. Ia berisiko.  Anda boleh melawat blog ini dari masa ke semasa untuk maklumat terbaru tentang kaedah phising dan mencuri identiti ini.

Saya dah laporkan kepada pihak Maybank2u tentang laman web phising tersebut. Harap pihak maybank akan bertindak segera sebelum ada yang terkena.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • banyak phising dimaybank2u
  • cara nak emel alert untuk maubank2u

Comments 12

  1. ilham March 5, 2009
  2. Junid Abdullah March 5, 2009
  3. Salina Salihin March 5, 2009
  4. sham March 5, 2009
  5. ajang March 5, 2009
  6. MohdHafizKamal March 6, 2009
  7. sham March 6, 2009
  8. [email protected] March 12, 2009
  9. umminani March 19, 2009
  10. Dr.Ariffaizal April 16, 2009
  11. sham April 16, 2009
  12. Malaysia web design August 5, 2009

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.